Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 10 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

10 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,325 kes (556,030 kes kumulatif, 86.9%);
  • Kes baharu : 5,671 kes (639,562 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (4 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,663 kes [4,880 warganegara (86.2%); 783 bukan warganegara (13.8%)];
  • Kes aktif : 79,848 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :911 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 462 kes;
  • Kes kematian : 73 kes (3,684 kes kumulatif, 0.58%; 70 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,422 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,677 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 745 kluster.

Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 11 kes di Johor, lapan (8) kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat (4) kes di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang, tiga (3) kes di Pahang, dua (2) kes di Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka, Sabah, Terengganu, dan Perak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KLUSTER PERAYAAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bermula 13 Mei 2021 sehingga 10 Jun 2021, terdapat sebanyak 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (2 kluster) telah dilaporkan. Sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster ini, di mana terdapat 3,511 kes COVID-19 telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus. Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi adalah Sabah dengan 11 kluster (18.3 peratus), Sarawak dengan lapan (8) kluster (13.3 peratus), serta Kedah  dengan 7 kluster (11.7 peratus).

Situasi peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini dianggap serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya masyarakat masih lagi leka serta tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan tersebut, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berulang di negara kita. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung halaman dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini.

Kita wajar mencontohi negara-negara jiran yang telah berjaya mengawal situasi pandemik COVID-19 dengan baik di negara mereka. Mereka telah membuktikan bahawa dengan kerjasama antara semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, fungsi kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan.

Oleh itu, rakyat Malaysia digesa untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 bagi membentuk imuniti kelompok (herd immunity) dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,510 (4)208,845
WP KUALA LUMPUR769 (3)65,311
SABAH23365,021
JOHOR 524 (1)63,346
SARAWAK 63153,631
NEGERI SEMBILAN59332,148
PULAU PINANG 16631,451
KELANTAN   26231,289
PERAK14323,146
KEDAH30921,238
MELAKA18414,357
PAHANG 11211,326
TERENGGANU10810,373
WP LABUAN1065,458
WP PUTRAJAYA182,076
PERLIS3546
JUMLAH KESELURUHAN5,671 (8)639,562

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 73 kes kematian pada 10 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3612JohorLelaki (WN)75Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruLimfoma
3613PahangPerempuan (WN)70Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis dan darah tinggi
3614JohorLelaki (WN)73Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangKencing manis, darah tinggi, kanser, hati, paru-paru kronik, jantung, dan tiroid
3615SelangorPerempuan (WN)86Pusat Perubatan Universiti MalayaPituitari, tiroid, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
3616SelangorPerempuan (WN)67Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit buah pinggang dan kanser
3617SelangorLelaki (WN)62Hospital Sungai BulohDislipidemia
3618SelangorLelaki (WN)59Hospital KajangDarah tinggi
3619WP Kuala LumpurLelaki (WN)70Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dislipidemia, paru-paru kronik, dan kanser
3620KedahPerempuan (WN)70Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan asma
3621SelangorLelaki (WN)55Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3622SelangorPerempuan (WN)35Hospital KajangObesiti
3623Negeri SembilanPerempuan (WN)76Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3624Pulau PinangPerempuan (WN)68Hospital Pulau PinangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
3625Pulau PinangLelaki (WN)31Hospital Kepala BatasDown’s syndrome dan obesiti
3626MelakaLelaki (WN)59Hospital MelakaKencing manis
3627SelangorLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan dislipidemia
3628SelangorPerempuan (WN)60Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan asma
3629SelangorLelaki (WN)58Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan obesiti
3630JohorLelaki (WN)27Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
3631SelangorLelaki (WN)59Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, jantung, asma, dan obesiti
3632WP Kuala LumpurLelaki (WN)60Hospital SelayangDarah tinggi dan jantung
3633PahangLelaki (WN)78Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanDarah tinggi
3634JohorLelaki (WN)65Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan jantung
3635WP LabuanLelaki (WN)45Hospital LabuanDarah tinggi dan dislipidemia
3636WP Kuala LumpurLelaki (WN)71Hospital Kuala LumpurKencing manis
3637KelantanPerempuan (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3638TerengganuLelaki (WN)59Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuDarah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan dislipidemia
3639SelangorLelaki (WN)75Pusat Perubatan Universiti MalayaTiroid
3640KedahLelaki (WN)76Hospital JitraKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3641SelangorLelaki (WN)60Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3642SelangorLelaki (WN)60Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3643SelangorLelaki (WN)58Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, buah pinggang kronik, dan kanser
3644SelangorLelaki (WN)45Hospital AmpangKanser
3645SelangorPerempuan (WN)45Hospital SelayangAsma dan jantung
3646SelangorLelaki (WN)85Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
3647SabahLelaki (WN)71Jenazah dibawa ke Hospital SempornaDarah tinggi
3648JohorLelaki (WN)36Hospital SegamatAsma dan kencing manis
3649PerakLelaki (WN)87Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit jantung
3650SelangorPerempuan (WN)46Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit hati kronik
3651Pulau PinangPerempuan (WN)79Hospital Pulau Pinang-
3652KelantanPerempuan (WN)50Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu-
3653PahangLelaki (WN)62Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3654WP LabuanPerempuan (WN)53Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3655WP LabuanLelaki (WN)59Hospital LabuanDarah tinggi
3656JohorPerempuan (WN)56Hospital SegamatKencing manis
3657Pulau PinangPerempuan (WN)104Hospital Lam Wah Ee, Pulau PinangDislipidemia
3658SelangorLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3659WP Kuala LumpurPerempuan (WN)87Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, jantung, paru-paru kronik, dan kanser
3660SelangorPerempuan (WN)76Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan strok
3661SelangorLelaki (WN)72Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3662SelangorPerempuan (WN)69Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3663SelangorLelaki (WN)66Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
3664SelangorLelaki (WN)59Hospital Sungai BulohDarah tinggi
3665SelangorPerempuan (WN)46Hospital SerdangDarah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
3666SelangorPerempuan (WN)55Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan obesiti
3667SelangorPerempuan (WN)54Jenazah dibawa ke Hospital AmpangObesiti
3668JohorLelaki (WN)82Hospital Sultan Ismail, Johor BahruTuberkulosis
3669JohorLelaki (WN)66Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis dan jantung
3670JohorLelaki (WN)59Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3671JohorPerempuan (WN)58Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis dan dislipidemia
3672JohorLelaki (WN)75Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruStrok
3673Negeri SembilanLelaki (WN)84Hospital Tuanku Jaafar, SerembanJantung
3674Negeri SembilanLelaki (WN)79Hospital JelebuDarah tinggi
3675Negeri SembilanPerempuan (WN)77Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
3676Negeri SembilanPerempuan (WN)73Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3677Negeri SembilanPerempuan (WN)68Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3678Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan asma
3679Negeri SembilanLelaki (WN)53Hospital Tuanku Jaafar, Seremban-
3680KedahPerempuan (WN)13Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarBuah pinggang kronik dan Systemic Lupus Erythematosus
3681KedahPerempuan (WN)53Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis dan darah tinggi
3682SelangorPerempuan (BWN)88Jenazah dibawa ke Hospital Kajang-
3683SelangorLelaki (BWN)33Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangBuah pinggang
3684WP LabuanLelaki (BWN)62Jenazah dibawa ke Hospital Labuan-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,671 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,5101251,0694312
WP KUALA LUMPUR7691883623216
SARAWAK631141373-117
NEGERI SEMBILAN593140258-195
JOHOR524202230191
KEDAH30943212-54
KELANTAN26217215-30
SABAH23355128-50
MELAKA18445102-37
PULAU PINANG1665167-48
PERAK1435759-27
PAHANG1124658-8
TERENGGANU1083557-16
WP LABUAN1063731-38
WP PUTRAJAYA18-15-3
PERLIS3-2-1
JUMLAH KESELURUHAN5,6711,1823,23881,243

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 10 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Kampung JayaTempat KerjaSelangorGombak dan Petaling19425
2Jalan Dua Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat14267
3Jalan Perindustrian Balakong Jaya DuaTempat KerjaSelangorHulu Langat15118
4Jalan Tiga Salak TinggiTempat KerjaSelangorSepang dan Hulu Langat701,500
5Jalan Tanjung KlangTempat KerjaSelangorKlang, Kuala Langat, dan Petaling31162
6Tapak Bina Alam PerdanaTempat KerjaSelangorKuala Selangor24336
7Jalan SS Lapan EmpatTempat KerjaSelangor, WP Kuala Lumpur, dan WP PutrajayaGombak, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Klang, Sepang, Lembah Pantai, dan Putrajaya71606
8PloteknologiTempat KerjaJohorMuar dan Tangkak49109
9Jalan Besar Batu EnamTempat KerjaJohorMuar623
10Jalan Bukit Satu ZinkTempat KerjaJohorJohor Bahru3073
11Jalan Bandar Pasir GudangTempat KerjaJohorJohor Bahru10127
12Jalan Seri AustinTempat KerjaJohorJohor Bahru923
13Jalan Lee Bah ChaiTempat KerjaJohorMuar46191
14Jalan Perusahaan Maju EmpatTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan192,253
15Lebuh Sungai Tiram SatuTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut18673
16Jalan Besar PeraiTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara10700
17Tapak Bina Jalan Kolam AirTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong131349
18Dah Pekan BaruTempat KerjaKedahKuala Muda2980
19Bali PieKomunitiSarawakSubis dan Miri62242
20Jalan SamarakanKomunitiSarawakTatau4979
21Kampung LakaiKomunitiNegeri SembilanJelebu50369
22Kampung LobouKeagamaanSabahKota Kinabalu1562