Press

Kenyataan Akhbar KPK 11 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,749 kes (563,779 kes kumulatif, 87.2%);
  • Kes baharu : 6,849 kes (646,411 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (1 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,845 kes [4,935 warganegara (72.1%); 1,910 bukan warganegara (27.9%)];
  • Kes aktif : 78,864 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :912 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 458 kes;
  • Kes kematian : 84 kes (3,768 kes kumulatif, 0.58%; 76 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,438 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,683 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 755 kluster.

Sebanyak 84 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 19 kes di Selangor, 12 kes di Sarawak, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tujuh (7) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Pahang dan Sabah, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes di Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT BERKENAAN SINDROM POST COVID (LONG COVID)

Pada 18 Disember 2020, The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long COVID atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid. Sindrom ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.

Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post COVID. Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).

Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit (symptomatic relief) dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum. Kajian klinikal akan terus dijalankan bagi memahami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post COVID dan ianya akan dimaklumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, pesakit-pesakit COVID-19 yang didiscaj dari hospital akan diberikan temujanji rawatan susulan dan mereka diingatkan untuk hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Manakala bagi bekas pesakit COVID-19 yang masih mempunyai gejala, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit COVID-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang.

Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga kita supaya kekal terlindung daripada bahaya COVID-19 dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit COVID-19 yang serius. Ini kerana kesannya boleh berpanjangan dan mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang. Harus diingatkan bahawa golongan muda adalah merupakan kumpulan utama warga kerja bagi pelbagai sektor di negara kita. Golongan muda yang sihat adalah kunci kepada produktiviti negara.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,558 (4)211,403
WP KUALA LUMPUR88466,195
SABAH30965,330
JOHOR 42663,772
SARAWAK 69954,330
NEGERI SEMBILAN68532,833
PULAU PINANG 20531,656
KELANTAN   24831,537
PERAK16123,307
KEDAH16121,399
MELAKA17014,527
PAHANG 8911,415
TERENGGANU6610,439
WP LABUAN1765,634
WP PUTRAJAYA102,086
PERLIS2548
JUMLAH KESELURUHAN6,849 (4)646,411

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 84 kes kematian pada 11 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3685SelangorLelaki (WN)69Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3686PerlisPerempuan (WN)70Hospital Tuanku Fauziah, KangarKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3687SelangorLelaki (WN)55Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia-
3688SelangorLelaki (WN)65Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi dan dislipidemia
3689SelangorLelaki (WN)57Hospital Sungai BulohDarah tinggi
3690SelangorLelaki (WN)65Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
3691SarawakLelaki (WN)63Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3692SarawakPerempuan (WN)70Hospital SibuDarah tinggi, dislipidemia, dan strok
3693SelangorLelaki (WN)63Hospital Sungai BulohDarah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3694JohorPerempuan (WN)61Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar-
3695MelakaLelaki (WN)55Hospital MelakaDarah tinggi dan jantung
3696PahangLelaki (WN)78Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3697PahangLelaki (WN)47Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, KuantanDarah tinggi dan obesiti
3698SarawakLelaki (WN)76Hospital SibuJantung, kencing manis, dan buah pinggang kronik
3699SelangorLelaki (WN)67Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3700SarawakPerempuan (WN)72Jenazah dibawa ke Hospital KanowitDarah tinggi dan dislipidemia
3701Negeri SembilanPerempuan (WN)72Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
3702SabahPerempuan (WN)67Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3703SarawakLelaki (WN)54Hospital MiriDarah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3704PahangPerempuan (WN)35Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanObesiti, kencing manis, dan darah tinggi
3705TerengganuPerempuan (WN)69Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuDarah tinggi, buah pinggang kronik, dan hati
3706SabahPerempuan (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital SempornaKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3707PahangLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanDarah tinggi dan dislipidemia
3708PahangPerempuan (WN)84Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3709TerengganuLelaki (WN)87Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuDarah tinggi dan sawan
3710SelangorPerempuan (WN)83Hospital Kajang-
3711KelantanPerempuan (WN)79Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianJantung, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3712PerakPerempuan (WN)85Hospital TaipingKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3713SabahLelaki (WN)69Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluKencing manis dan darah tinggi
3714SarawakLelaki (WN)55Jenazah dibawa ke Hospital Miri-
3715WP LabuanPerempuan (WN)65Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3716Negeri SembilanPerempuan (WN)75Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3717TerengganuPerempuan (WN)66Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan strok
3718SelangorLelaki (WN)75Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3719JohorLelaki (WN)73Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3720JohorLelaki (WN)60Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi
3721SarawakPerempuan (WN)67Hospital SibuDarah tinggi, dislipidemia, dan pankreas
3722Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3723PahangPerempuan (WN)74Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan-
3724SelangorPerempuan (WN)75Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3725SabahLelaki (WN)67Hospital TawauDarah tinggi, dislipidemia, jantung, dan asma
3726SarawakLelaki (WN)63Hospital MiriKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3727Negeri SembilanLelaki (WN)72Hospital JelebuStrok
3728WP LabuanPerempuan (WN)63Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3729SelangorPerempuan (WN)61Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3730SelangorLelaki (WN)73Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi
3731MelakaLelaki (WN)51Hospital Melaka-
3732WP LabuanLelaki (WN)77Hospital LabuanDarah tinggi
3733SelangorLelaki (WN)71Hospital KajangKencing manis dan darah tinggi
3734SelangorLelaki (WN)39Hospital Sungai BulohObesiti
3735Negeri SembilanLelaki (WN)38Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
3736KedahLelaki (WN)60Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3737SarawakPerempuan (WN)81Hospital MiriDarah tinggi dan dislipidemia
3738Negeri SembilanPerempuan (WN)79Hospital Tuanku Jaafar, SerembanJantung dan kanser
3739WP LabuanLelaki (WN)27Hospital Labuan-
3740WP Kuala LumpurPerempuan (WN)46Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
3741WP Kuala LumpurPerempuan (WN)44Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
3742SarawakPerempuan (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital BintuluKencing manis dan darah tinggi
3743SarawakPerempuan (WN)68Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan kanser
3744SarawakPerempuan (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Sri AmanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
3745SelangorPerempuan (WN)55Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
3746SelangorLelaki (WN)42Hospital Sungai BulohDarah tinggi
3747WP Kuala LumpurPerempuan (WN)89Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
3748SabahLelaki (WN)67Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan-
3749JohorLelaki (WN)66Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis dan darah tinggi
3750SelangorLelaki (WN)68Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3751WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan tiroid
3752JohorPerempuan (WN)76Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi
3753JohorLelaki (WN)52Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan obesiti
3754JohorLelaki (WN)61Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3755WP LabuanPerempuan (WN)61Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3756WP LabuanLelaki (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital LabuanDarah tinggi dan strok
3757Negeri SembilanLelaki (WN)72Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3758Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3759Negeri SembilanPerempuan (WN)41Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan obesiti
3760Pulau PinangLelaki (WN)82Hospital Pulau PinangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3761SelangorPerempuan (BWN)57Hospital Sungai Buloh-
3762WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)28Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya-
3763SelangorLelaki (BWN)49Jenazah dibawa ke Hospital KajangTuberkulosis
3764SabahPerempuan (BWN)74Hospital TawauKencing manis
3765WP Kuala LumpurLelaki (BWN)52Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
3766WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)41Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaDarah tinggi
3767WP LabuanLelaki (BWN)78Jenazah dibawa ke Hospital Labuan-
3768WP LabuanLelaki (BWN)52Jenazah dibawa ke Hospital Labuan-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,849 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,5589791,1634412
WP KUALA LUMPUR88465552-267
SARAWAK69990441-168
NEGERI SEMBILAN685426220-39
JOHOR426178172-76
SABAH30990144-75
KELANTAN24829169-50
PULAU PINANG2058169-55
WP LABUAN1763478-64
MELAKA1705487-29
PERAK16110242-17
KEDAH1611196-54
PAHANG893840-11
TERENGGANU66537-24
WP PUTRAJAYA1045-1
PERLIS2---2
JUMLAH KESELURUHAN6,8492,1863,31541,344

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Persiaran Raja LumuTempat KerjaSelangorKlang95197
2Industri Jalan Bunga Cempaka DuaTempat KerjaSelangorHulu Selangor dan Petaling71261
3Industri Sungai PutusTempat KerjaSelangorKlang52261
4Industri Puchong LimaTempat KerjaSelangorPetaling4468
5Industri Jalan Batu ArangTempat KerjaSelangorGombak dan Petaling3446
6Bukit BakriTempat KerjaJohorMuar2538
7Jalan Tanjung A TigaTempat KerjaJohorJohor Bahru19119
8Jalan RenchongTempat KerjaJohorMuar1222
9Laman SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1034
10Sungai KakusTempat KerjaSarawakTatau51117
11Pekan Tatau BaruTempat KerjaSarawakTatau27742
12SemanokTempat KerjaSarawakTatau7196
13Kopi BluesKomunitiSabahTawau1220
14PenchalaKomunitiWP Kuala LumpurKepong105521
15Cabang Empat ChetokKomunitiKelantanPasir Mas1727
16Jalan Permatang LapanKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru1857

Categories: Press

Tagged as: