Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,588 kes (586,864 kes kumulatif, 88.6%);
  • Kes baharu : 4,949 kes (662,457 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,943 kes [4,019 warganegara (81.3%); 924 bukan warganegara (18.7%)];
  • Kes aktif : 71,625 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :921 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 60 kes (3,968 kes kumulatif, 0.60%; 58 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,494 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,720 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 774 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes diNegeri Sembilan, enam (6) kes diSarawak, empat (4) kes di   Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan,serta masing-masing satu (1) kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN PERATUSAN KLUSTER TEMPAT KERJA MASIH BERTERUSAN

Sehingga 14 Jun 2021, sejumlah 1,328 kluster tempat kerja telah dilaporkan. Sebanyak 624,246 individu telah disaring dalam kluster-kluster tersebut dengan 147,040 kes telah dikesan positif COVID-19 (kadar positiviti sebanyak 23.6 peratus). Walaupun tren kes mingguan di Malaysia menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini, namun kluster-kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster-kluster baharu di Malaysia.

Graf 1: Tren Kluster Tempat Kerja Mengikut Minggu Epidemiologi Bagi Tahun 2021

Kebanyakan kes-kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus). Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.

Graf 2 : Pecahan Jumlah Warganegara Dan Bukan Warganegara Bagi Kluster Tempat Kerja

Berikut adalah kluster-kluster tempat kerja yang masih aktif dengan kadar jangkitan yang tinggi di tempat kerja (Jadual 1). Usaha berterusan oleh majikan dalam menjalankan ujian saringan ke atas pekerja-pekerja amatlah dihargai sebagai langkah awal bagi membendung penularan jangkitan di tempat kerja. 

Jadual 1: Lima (5) Kluster Aktif Tertinggi Bagi Kluster Tempat Kerja

NoKlusterNegeriSub KategoriLatar BelakangKes baharuJumlah KesJumlah saringan
1Kluster Jalan Tiga Salak TinggiSelangorPengilanganKluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang28731,500
2Kluster Industri SenawangNegeri Sembilan, MelakaPengilanganKluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di  Senawang Industrial Estate, Seremban167528,134
3Kluster Industri Batu BerendamMelakaPengilanganKluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam, Melaka Tengah.1464115,578
4Kluster Jalan Padang TembakKelantan, TerengganuPengilanganKluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah  kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu.05981,565
5Kluster Tok HasTerengganuPerkhidmatanKluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Sebarang Jertih, Kampung Tok Has, Jerteh05413,679

Kementerian telah menetapkan pelbagai garis panduan dan SOP di tempat kerja seperti penjarakan fizikal, menghadkan jumlah pekerja yang hadir ke tempat kerja, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, didapati tahap kesedaran berkenaan kepentingan pelaksanaan SOP tersebut masih perlu dipertingkatkan. Masyarakat khususnya majikan dan pekerja-pekerja perlu menyedari bahawa kepatuhan kepada garis panduan adalah untuk kebaikan mereka juga.

Terdapat juga segelintir masyarakat yang hanya mengambil berat berkenaan pematuhan SOP apabila terdapat penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan. Kelekaan inilah yang banyak mengundang kepada peningkatan kes COVID-19 terutamanya di tempat kerja. Justeru, KKM berpendapat penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja wajar dipertingkatkan dalam usaha untuk terus mengekang jangkitan COVID-19 khususnya melibatkan kluster-kluster di tempat kerja.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,523216,481
WP KUALA LUMPUR503 (2)67,719
SABAH27366,316
JOHOR 430 (2)65,069
SARAWAK 74456,187
NEGERI SEMBILAN323 (2)34,105
PULAU PINANG21432,324
KELANTAN21432,267
PERAK13623,782
KEDAH19922,070
MELAKA11914,969
PAHANG 6111,675
TERENGGANU8610,653
WP LABUAN1136,155
WP PUTRAJAYA102,126
PERLIS1559
JUMLAH KESELURUHAN4,949 (6)662,457

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 60 kes kematian pada 14 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3909Pulau PinangLelaki (WN)73Hospital Kepala BatasDarah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3910Pulau PinangLelaki (WN)86Hospital Kepala BatasDarah tinggi, kanser, saraf, dan paru-paru kronik
3911SarawakLelaki (WN)50Hospital Sibu
3912SarawakLelaki (WN)55Hospital SibuDarah tinggi dan dislipidemia
3913SabahLelaki (WN)62Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3914SarawakLelaki (WN)57Hospital SibuDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3915JohorPerempuan (WN)61Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis dan Darah tinggi
3916SelangorLelaki (WN)41Hospital Sungai BulohObesiti
3917JohorLelaki (WN)72Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3918PerakLelaki (WN)77Hospital TaipingJantung dan paru-paru kronik
3919JohorLelaki (WN)68Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan jantung
3920Negeri SembilanLelaki (WN)66Hospital Tampin
3921SarawakPerempuan (WN)81Hospital KapitDarah tinggi dan dislipidemia
3922WP LabuanPerempuan (WN)69Hospital LabuanDarah tinggi
3923SelangorLelaki (WN)72Hospital PutrajayaKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
3924SelangorLelaki (WN)77Hospital Shah Alam
3925JohorPerempuan (WN)54Hospital SegamatDarah tinggi dan tiroid
3926JohorLelaki (WN)52Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan buah pinggang
3927WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital Kuala Lumpur
3928TerengganuLelaki (WN)69Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan strok
3929Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
 3930WP LabuanPerempuan (WN)34Hospital LabuanKencing manis, obesiti, dan asma
3931SelangorPerempuan (WN)67Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan dislipidemia
3932Negeri SembilanPerempuan (WN)76Hospital JelebuKencing manis dan strok
3933WP LabuanPerempuan (WN)48Hospital LabuanKencing manis
3934SelangorPerempuan (WN)58Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3935WP Kuala LumpurLelaki (WN)78Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3936SelangorLelaki (WN)76Hospital BantingKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3937WP Kuala LumpurLelaki (WN)66Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3938WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan tuberkulosis
3939WP Kuala LumpurLelaki (WN)85Hospital Kuala LumpurDislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik
3940SelangorLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
3941WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital Sungai BulohDarah tinggi
3942MelakaPerempuan (WN)70Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3943SelangorLelaki (WN)75Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3944JohorLelaki (WN)57Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis dan  darah tinggi
3945KelantanPerempuan (WN)93Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang
3946SelangorPerempuan (WN)82Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3947SelangorPerempuan (WN)64Hospital BantingKencing manis, darah tinggi, dan hati
3948JohorLelaki (WN)45Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatDarah tinggi dan obesiti
3949KelantanPerempuan (WN)84Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang
3950SelangorLelaki (WN)62Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3951SelangorPerempuan (WN)59Hospital SelayangDarah tinggi dan strok
3952SelangorLelaki (WN)60Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, paru-paru kronik, dan buah pinggang kronik
3953JohorPerempuan (WN)56Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3954SarawakLelaki (WN)85Hospital Umum Sarawak, KuchingJantung dan buah pinggang kronik
3955Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital Tuanku Jaafar, SerembanJantung
3956SelangorLelaki (WN)65Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak BernamKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3957WP Kuala LumpurPerempuan (WN)64Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3958Negeri SembilanPerempuan (WN)68Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan buah  pinggang kronik
3959SelangorLelaki (WN)89Hospital Shah AlamStrok, darah tinggi, dan jantung
3960SelangorPerempuan (WN)87Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3961SelangorPerempuan (WN)84Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung
3962SelangorPerempuan (WN)80Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah  pinggang kronik
3963WP Kuala LumpurLelaki (WN)98Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
3964SarawakPerempuan (WN)72Hospital Umum Sarawak, KuchingDarah tinggi dan buah pinggang
3965Negeri SembilanPerempuan (WN)58Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan tiroid
3966Negeri SembilanPerempuan (WN)43Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan dislipidemia
3967WP LabuanLelaki (BWN)56Hospital Labuan
3968JohorPerempuan (BWN)57Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 4,949 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,523199998326
SARAWAK744146440158
WP KUALA LUMPUR5031252522124
JOHOR430197148283
NEGERI SEMBILAN323781272116
SABAH2737914549
PULAU PINANG2141324933
KELANTAN2142714839
KEDAH199499555
PERAK136355843
MELAKA119226730
WP LABUAN113145940
TERENGGANU8666713
PAHANG6125333
WP PUTRAJAYA1073
PERLIS11
JUMLAH KESELURUHAN4,9491,1342,69461,115

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Sungai Pinang LapanTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling75300
2Industri Persiaran Usahawan TigaTempat KerjaSelangorHulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang57338
3Industri Subang TujuhTempat KerjaSelangorPetaling3780
4Industri Jalan MakmurTempat KerjaSelangorKuala Selangor26176
5Industri Jalan Tengah EmpatTempat KerjaSelangorGombak1142
6Perindustrian Bakri LimaTempat KerjaJohorMuar70464
7Jalan Aik Hwa ChoonTempat KerjaJohorMuar3064
8Walit AgasTempat KerjaJohorTangkak dan Muar2545
9Jalan Minyak BekuTempat KerjaJohorBatu Pahat15216
10Batu Empat TunjongTempat KerjaKelantanKota Bharu, Bachok, Pasir Mas, dan Pasir Puteh2966
11Industri 5084 Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu1220
12Tapak Bina Persiaran PertahananTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa115570
13Sungai SentebuKomunitiSarawakSarikei4869
14Ulu SanganKomunitiSarawakTatau1259
15Kampung Berangan ApamKomunitiKelantanPasir Mas819
16Kampung SenggangKomunitiPerakKuala Kangsar1847
17Jalan Bukit DelimaKumpulan Berisiko TinggiNegeri SembilanSeremban2837