Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,941 kes (628,185 kes kumulatif, 90.2%);
  • Kes baharu : 5,293 kes (696,408 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (3 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,286 kes [3,894 warganegara (73.7%); 1,392 bukan warganegara (26.3%)];
  • Kes aktif : 63,815 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 880 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 454 kes;
  • Kes kematian : 60 kes (4,408 kes kumulatif, 0.63%; 56 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,623 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,789 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 834 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 20 kes di Selangor, 12 kes di Johor, 11 kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat (4) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan,masing-masing dua (2) kes di Sabah, Perak, dan Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan. Daripada 11 Jun 2021 sehingga 19 Jun 2021, sebanyak 22 kes varian baharu Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan iaitu:

  • 14 kes varian Beta (B.1.351); dan
  • Lapan (8) kes varian Delta (B.1.617.2).

Sebanyak 14 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang telah dilaporkan adalah masing-masing tiga (3) kes di Selangor, Sabah, dan Terengganu, dua (2) kes di Kedah, dan masing-masing satu (1) kes di Perak, Johor, dan Kelantan.

Manakala lapan (8) kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) adalah masing-masing dua (2) kes di Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Perlis dan Pulau Pinang.

Sehingga 19 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 183 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 167 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

VOC yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu:

•       137 kes adalah varian Beta (B.1.351) (kesemua kes jangkitan tempatan);

•       21 kes varian Delta (B.1.617.2) (12 kes jangkitan tempatan dan 9 kes import); dan

•       Sembilan (9) kes adalah varian Alpha (B.1.1.7) (4 kes jangkitan tempatan dan 5 kes import).

VOI yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:

•       12 kes adalah varian Theta (P.3) (kesemua kes jangkitan   tempatan);

•       Tiga (3) kes adalah varian Eta (B.1.525) (kesemua kes import); dan

•       Satu (1) kes varian Kappa (B.1.617.1) (kes import).

KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Masyarakat dinasihatkan untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok. Ini juga merupakan salah satu langkah bagi mengekang kesan buruk penularan varian dalam kalangan komuniti.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Jun 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,680 (4)228,135
WP KUALA LUMPUR37971,168
JOHOR 62767,993
SABAH16367,541
SARAWAK 661 (3)59,800
NEGERI SEMBILAN69338,527
KELANTAN16733,486
PULAU PINANG11433,047
PERAK20524,753
KEDAH17023,280
MELAKA18316,000
PAHANG 7712,030
TERENGGANU1210,935
WP LABUAN1566,984
WP PUTRAJAYA42,157
PERLIS2572
JUMLAH KESELURUHAN5,293 (7)696,408

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 60 kes kematian pada 20 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
4349JohorPerempuan (WN)64Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4350SelangorLelaki (WN)56Hospital Pakar KPJ KajangAsma, darah tinggi, dan dislipidemia
4351JohorLelaki (WN)68Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4352PerakPerempuan (WN)70Hospital TaipingKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
4353WP Kuala LumpurLelaki (WN)38Hospital Kuala LumpurKencing manis dan obesiti
4354JohorLelaki (WN)52Hospital Kota TinggiKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4355KedahPerempuan (WN)61Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani-
4356WP Kuala LumpurLelaki (WN)85Pusat Perubatan Subang Jaya-
4357SelangorLelaki (WN)68Hospital SerdangDarah tinggi
4358SelangorPerempuan (WN)57Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
4359SelangorLelaki (WN)68Hospital Sungai BulohDarah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
4360SelangorLelaki (WN)64Hospital Ampang-
4361SelangorLelaki (WN)44Hospital BantingDarah tinggi dan obesiti
4362SelangorPerempuan (WN)86Jenazah dibawa ke Hospital Banting-
4363SarawakPerempuan (WN)39Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
4364WP Kuala LumpurPerempuan (WN)53Hospital Kuala Lumpur-
4365PahangLelaki (WN)75Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh-
4366Negeri SembilanLelaki (WN)55Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4367SelangorPerempuan (WN)80Hospital Banting-
4368JohorPerempuan (WN)78Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4369SarawakPerempuan (WN)47Hospital MiriKencing manis
4370Negeri SembilanLelaki (WN)70Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
4371SelangorPerempuan (WN)60Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4372JohorLelaki (WN)84Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi, dislipidemia, dan strok
4373SabahPerempuan (WN)60Hospital TawauDarah tinggi dan obesiti
4374Negeri SembilanPerempuan (WN)89Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4375Negeri SembilanLelaki (WN)77Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4376WP LabuanLelaki (WN)53Hospital Labuan-
4377SelangorPerempuan (WN)83Hospital BantingKencing manis dan darah tinggi
4378WP Kuala LumpurLelaki (WN)76Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan dislipidemia
4379SelangorPerempuan (WN)78Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4380SelangorPerempuan (WN)77Hospital Kajang-
4381SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai BulohDarah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
4382SelangorPerempuan (WN)71Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
4383SelangorPerempuan (WN)75Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan strok
4384JohorLelaki (WN)75Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti, kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
4385PerakLelaki (WN)51Hospital Teluk IntanDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4386WP LabuanLelaki (WN)60Hospital LabuanKencing manis dan darah tinggi
4387SelangorLelaki (WN)76Hospital BantingDarah tinggi dan strok
4388Negeri SembilanLelaki (WN)71Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
4389Negeri SembilanPerempuan (WN)51Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
4390Negeri SembilanLelaki (WN)82Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4391WP LabuanPerempuan (WN)82Hospital Labuan-
4392JohorLelaki (WN)70Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4393Negeri SembilanPerempuan (WN)57Hospital TampinDarah tinggi dan strok
4394SelangorLelaki (WN)55Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh-
4395JohorLelaki (WN)86Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan strok
4396JohorLelaki (WN)58Hospital Kota TinggiKencing manis dan darah tinggi
4397JohorPerempuan (WN)45Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis dan darah tinggi
4398JohorPerempuan (WN)68Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, jantung, paru-paru kronik, dan obesiti
4399JohorPerempuan (WN)55Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4400Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis
4401Negeri SembilanLelaki (WN)60Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
4402Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan dislipidemia
4403Pulau PinangPerempuan (WN)76Hospital Kepala BatasKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4404WP LabuanPerempuan (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4405SelangorPerempuan (BWN)54Jenazah dibawa ke Hospital Kajang-
4406SelangorPerempuan (BWN)28Hospital Kajang-
4407SelangorLelaki (BWN)46Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis
4408SabahLelaki (BWN)80Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanTuberkulosis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,293 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,680771,0114588
NEGERI SEMBILAN693176336-181
SARAWAK6611583853115
JOHOR627464129-34
WP KUALA LUMPUR37935224-120
PERAK20517118-16
MELAKA18311038-35
KEDAH1705792-21
KELANTAN1675369-45
SABAH1633895-30
WP LABUAN156870-78
PULAU PINANG1145428-32
PAHANG773929-9
TERENGGANU1219-2
WP PUTRAJAYA411-2
PERLIS2---2
JUMLAH KESELURUHAN5,2931,4422,53471,310

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Lebuh SatuTempat KerjaSelangorKlang, Kuala Selangor, dan Petaling18170
2Industri Solok Waja SatuTempat KerjaSelangorKlang22114
3Industri Meranti DuaTempat KerjaSelangorSepang3951
4Tapak Bina Perindustrian Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat3643
5Tapak Bina Persiaran HamidiahTempat KerjaSelangorHulu Langat244332
6Tapak Bina Jalan Seri Tanjung PinangTempat KerjaPulau PinangTimur Laut25177
7Jalan BundusanTempat KerjaSabahKota Kinabalu dan Penampang99
8Indera Mahkota 16Tempat KerjaPahangKuantan9140
9Lorong Empat JerantutTempat KerjaPahangJerantut921
10Kampung Kubang PanjangTempat KerjaKelantanPasir Mas dan Kota Bharu3661
11Industri Lukut TigaTempat KerjaNegeri SembilanPort Dickson35112
12Kampung Tok KamisKomunitiKelantanPasir Puteh1965
13Kampung Pulau PanjangKomunitiKelantanKota Bharu1430
14Lorong Perlis EmpatKomunitiSarawakMiri dan Subis33769
15Beladau SelatKomunitiTerengganuKuala Terengganu2470
16Kampung Nelayan TengahKomunitiSabahSandakan2545
17Jalan Kemboja TujuhKumpulan Berisiko TinggiNegeri SembilanSeremban2751
18Iris GardenKumpulan Berisiko TinggiSarawakKuching2346
19Tembok Sungai Udang 2Pusat TahananMelakaMelaka Tengah81256