Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,439 kes (633,624 kes kumulatif, 90.4%);
  • Kes baharu : 4,611 kes (701,019 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (4 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,603 kes [3,683 warganegara (80.0%); 920 bukan warganegara (20.0%)];
  • Kes aktif : 62,918 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :880 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 452 kes;
  • Kes kematian : 69 kes (4,477 kes kumulatif, 0.64%; 66 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,645 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,801 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 844 kluster.

Sebanyak 69 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 24 kes di Selangor, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Johor,masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Terengganu, Sabah, dan Sarawak, serta satu (1) kes di Melaka.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT  DI LEMBAH KLANG

Perintah Kawalan Pergerakan (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke tiga (3) di mana jumlah kes harian COVID-19 dilihat masih berada pada paras yang tinggi melebihi empat (4) ribu kes sehari. Kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi.

Dari 1 Januari 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-53/2020] hingga 19 Jun 2021 (ME ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah negeri Selangor dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) dan diikuti oleh negeri Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus).

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul. Graf di bawah menunjukkan taburan kes sporadik dan kluster di Malaysia

Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. Tiga (3) daerah tertinggi melaporkan Daerah Petaling dengan 3,905 kes, Daerah Hulu Langat dengan 2,783 kes, dan Daerah Klang dengan 2,482 kes.

Rajah-rajah di atas menunjukkan taburan pemetaan kes sporadik dan kes kluster di kawasan Lembah Klang bagi ME ke-13 sehingga ME ke-24. Dapat dilihat dengan jelas pertambahan kes sporadik dan taburannya yang makin meluas dan ketara apabila dibandingkan dengan pemetaan sebelumnya. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara (lihat graf 1).

PATUHI SARANAN “TINDAKAN KESIHATAN AWAM KENDIRI”

Implikasi kepada perkara di atas, kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan dari kes-kes COVID-19 ini tidak mempunyai gejala. Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai COVID-19 di kalangan kita. Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya COVID-19.

Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

Antara Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;

  • Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
  • Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN);
  • Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
  • Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
  • Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
  • Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
  • Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,346229,481
WP KUALA LUMPUR31071,478
JOHOR 314 (6)68,307
SABAH16667,707
SARAWAK 682 (2)60,482
NEGERI SEMBILAN43738,964
KELANTAN21933,705
PULAU PINANG8433,131
PERAK45325,206
KEDAH18223,462
MELAKA20516,205
PAHANG 5012,080
TERENGGANU1810,953
WP LABUAN1307,114
WP PUTRAJAYA152,172
PERLIS0572
JUMLAH KESELURUHAN4,611 (8)701,019

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 69 kes kematian pada 21 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
4409SabahPerempuan (WN)63Hospital TawauKencing manis
4410KelantanPerempuan (WN)79Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi
4411SelangorPerempuan (WN)62Pusat Perubatan Subang Jaya-
4412SelangorLelaki (WN)42Hospital Sungai BulohDarah tinggi
4413SabahLelaki (WN)31Hospital TawauDarah tinggi dan obesiti
4414SelangorPerempuan (WN)56Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan kencing manis
4415SarawakPerempuan (WN)86Hospital Bintulu-
4416SelangorPerempuan (WN)72Hospital SerdangDarah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
4417WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4418TerengganuPerempuan (WN)63Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuDarah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan kanser
4419WP LabuanPerempuan (WN)78Hospital LabuanDarah tinggi, kencing manis, jantung, dan kanser
4420TerengganuLelaki (WN)53Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu-
4421SelangorPerempuan (WN)93Hospital SerdangKencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
4422WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital Rehabilitasi Cheras-
4423JohorLelaki (WN)75Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi dan dislipidemia
4424SarawakLelaki (WN)78Hospital Sibu-
4425JohorLelaki (WN)81Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru-
4426JohorLelaki (WN)55Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi, kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
4427KedahLelaki (WN)31Hospital KulimObesiti
4428WP Kuala LumpurPerempuan (WN)63Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4429SelangorLelaki (WN)77Hospital Banting-
4430SelangorLelaki (WN)67Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4431SelangorPerempuan (WN)55Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4432WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4433WP Kuala LumpurPerempuan (WN)74Hospital Rehabilitasi CherasDarah tinggi dan dislipidemia
4434JohorPerempuan (WN)92Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi
4435JohorPerempuan (WN)80Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru-
4436Negeri SembilanLelaki (WN)72Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan kencing manis
4437KelantanPerempuan (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang kronik, dan hati
4438KedahLelaki (WN)61Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis
4439WP Kuala LumpurPerempuan (WN)74Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi, kencing manis, jantung, dan strok
4440KelantanLelaki (WN)92Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiDarah tinggi
4441WP LabuanLelaki (WN)59Hospital LabuanDarah tinggi
4442Negeri SembilanLelaki (WN)60Hospital TampinDarah tinggi dan kencing manis
4443SelangorLelaki (WN)80Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan strok
4444Negeri SembilanPerempuan (WN)38Hospital JempolDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4445Negeri SembilanPerempuan (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4446SelangorLelaki (WN)70Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4447JohorLelaki (WN)63Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi, kencing manis, dan strok
4448JohorLelaki (WN)56Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4449KelantanPerempuan (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital Pasir MasBuah pinggang dan obesiti
4450SelangorLelaki (WN)65Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4451SelangorLelaki (WN)62Hospital Sungai BulohDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4452SelangorLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
4453WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Sungai BulohDarah tinggi, kencing manis, dan jantung
4454Negeri SembilanLelaki (WN)89Hospital Tuanku Jaafar, Seremban-
4455Negeri SembilanPerempuan (WN)52Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4456KedahPerempuan (WN)54Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis
4457SelangorPerempuan (WN)82Hospital Sungai BulohKencing manis, dislipidemia, dan jantung
4458SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohKencing manis, dan buah pinggang kronik
4459Negeri SembilanLelaki (WN)61Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahDarah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
4460SelangorPerempuan (WN)59Hospital KajangDarah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4461SelangorPerempuan (WN)78Hospital SelayangDarah tinggi, kencing manis, dislipidemia, dan strok
4462SelangorLelaki (WN)68Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4463SelangorPerempuan (WN)61Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi, kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik
4464SelangorLelaki (WN)51Hospital SelayangKencing manis, buah pinggang kronik, strok, dan kanser
4465SelangorPerempuan (WN)46Hospital SelayangDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4466SelangorLelaki (WN)34Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasObesiti
4467WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital AmpangDarah tinggi, kencing manis, hati, jantung, dan buah pinggang kronik
4468WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital AmpangDarah tinggi, kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik
4469WP Kuala LumpurPerempuan (WN)70Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi dan dislipidemia
4470WP Kuala LumpurPerempuan (WN)56Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4471Negeri SembilanPerempuan (WN)28Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
4472Negeri SembilanPerempuan (WN)76Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan kencing manis
4473MelakaPerempuan (WN)45Jenazah dibawa ke Hospital MelakaObesiti
4474WP LabuanLelaki (WN)72Hospital LabuanDarah tinggi dan kencing manis
4475WP LabuanPerempuan (BWN)52Hospital LabuanObesiti
4476SelangorLelaki (BWN)36Jenazah dibawa ke Hospital Banting-
4477SelangorLelaki (BWN)61Hospital SelayangDarah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 4,611 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,346199719-428
SARAWAK682191408281
PERAK45340540-8
NEGERI SEMBILAN43782254-101
JOHOR314130143635
WP KUALA LUMPUR31036146-128
KELANTAN21911078-31
MELAKA20511275-18
KEDAH1825990-33
SABAH1665676-34
WP LABUAN130677-47
PULAU PINANG84556-23
PAHANG502520-5
TERENGGANU18413-1
WP PUTRAJAYA15-12-3
PERLIS-----
JUMLAH KESELURUHAN4,6111,4702,1578976

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Jalan Bebas TigaTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling24240
2Industri Jalan Enggang AmpangTempat KerjaSelangorGombak854
3Industri Jati KiriTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling184404
4Industri Batu BesarTempat KerjaSelangorKlang130229
5Tapak Bina Gunung SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru15106
6Perindustrian Sri PlentongTempat KerjaJohorJohor Bahru1453
7Jalan Pekeliling IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru26421
8Jalan Bioteknologi DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru9233
9Industri Bukit TengahTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah2494
10Lebuh Kurau TigaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan1212
11Jalan Jelai - RompinTempat KerjaNegeri SembilanJempol42334
12SamedraTempat KerjaSabahKota Kinabalu2582
13Jalan Merbok Ayer KerohTempat KerjaMelakaMelaka Tengah dan Jasin21117
14Jalan Baru Tatau - BintuluTempat KerjaSarawakTatau2266
15Kampung Muara TebasKomunitiSarawakKuching19332
16KevokKomunitiSarawakTelang Usan58280
17Quadruplex Lapan EnamKomunitiSarawakMiri2061
18Kampung TiongKomunitiKelantanKota Bharu1324
19Jalan Jeram PasuKomunitiKelantanPasir Puteh2939
20Taman Rantau MasKomunitiKelantanPasir Mas1021
21Serudung BaruKomunitiSabahTawau1956
22Jalan Tok JangggutKumpulan Berisiko TinggiKelantanBachok, Kota Bharu, Machang, dan Pasir Puteh1672