Press

Kenyataan Akhbar KPK 2 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT  

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 

2 JULAI 2021 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,278 kes (694,538 kes kumulatif, 90.7%);
  • Kes baharu : 6,982 kes (765,949 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,979 kes [5,265 warganegara (75.4%); 1,714 bukan warganegara (24.6%)];
  • Kes aktif : 66,084 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 443 kes;
  • Kes kematian : 73 kes (5,327 kes kumulatif, 0.70%; 64 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,882 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,005 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 877 kluster.

Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah,masing-masing empat (4) kes di Johor, Pahang, dan Sarawak, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan,masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka dan Kedah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES KEMATIAN SEBELUM TIBA KE HOSPITAL (BID) PESAKIT COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 Julai 2021, KKM telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian (0.70 peratus) sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita. Manakala, sebanyak 4,856 (91.2 peratus) kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021. Daripada jumlah kematian pada tahun 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) dilaporkan. Analisa CPRC Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh (7) kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).

Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun (iaitu sebanyak 76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus). Tiga (3) negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Sabah sebanyak 85 kes (12.7 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 78 kes (11.6 peratus).

Orang ramai perlu cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh setiap individu, iaitu;

  • Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif;
  • Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sementara menunggu keputusan ujian dan panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan COVID-19 Assessment Centre (CAC);
  • Maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau CAC berdekatan sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen;
  • Segera laporkan sebarang “warning signs” dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan. Warning signs merupakan gejala yang memberi petanda bahawa keadaan seseorang pesakit COVID-19 semakin teruk. Antara warning signs yang memerlukan rawatan segera adalah seperti berikut:
    • Demam berpanjangan;
    • Kesukaran bernafas;
    • Sakit dada;
    • Kurang selera makan dan minum;
    • Kelesuan bertambah teruk;
    • Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan;
    • Batuk, muntah, dan cirit yang semakin teruk;
    • Kurang buang air kecil;
    • Bibir atau jari menjadi kebiruan; dan
    • Ketepuan oksigen <95%.

Ahli keluarga atau rakan serumah dinasihatkan agar prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19 dengan memanfaatkan teknologi komunikasi untuk memantau kesihatan pesakit sepanjang pemantauan kuarantin di rumah.

Selain itu, beberapa langkah telah dan sedang diambil oleh Kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengatasi situasi berkenaan;

  • Pengukuhan Fungsi CAC

KKM sedang menambahbaik proses pemantauan oleh CAC di seluruh negara bagi membolehkan penilaian awal menyeluruh dapat dilakukan segera terhadap kes-kes positif. Kes-kes ini seterusnya akan ditentukan sama ada boleh menjalani pengasingan dan pemantauan kendiri di rumah, perlu dimasukkan ke Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PRKC) atau dirujuk ke hospital. Dengan pengukuhan CAC, pemantauan kes dapat dijalankan dengan lebih baik dan rujukan segera dapat dilakukan sekiranya perlu.

  • Meningkatkan Kapasiti Makmal

KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kapasiti ujian pengesanan virus SARS-CoV-2 harian yang terdiri daripada ujian RT-PCR dan RTK-Ag. Bagi meningkatkan kapasiti ujian RT-PCR, KKM menjalankan kerjasama dengan makmal-makmal dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pertahanan Malaysia, dan makmal-makmal swasta, manakala ujian RTK-Ag pula dijalankan oleh klinik dan hospital swasta secara meluas sama ada secara individu atau mass screening. Kerjasama di antara agensi dan sektor ini telah membolehkan aktiviti pengesanan kes dan tindakan kesihatan awam lain dilaksanakan dengan segera.

  • Pendigitalan Pengurusan Pandemik COVID-19

KKM akan memulakan inisiatif peranti pintar di beberapa buah CAC termasuk pulse oxymeter bagi memantau keadaan semasa pesakit COVID-19 ketika berada di rumah. Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan, inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan pengurusan pesakit COVID-19. Dengan adanya inisiatif ini, tahap kesihatan kes positif khususnya yang sedang menjalani pengasingan di rumah, dapat diselia dengan lebih baik seterusnya sebarang kemerosotan gejala dapat dikesan dengan lebih cepat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Julai 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,907 (1)254,543
WP KUALA LUMPUR637 (1)79,303
JOHOR 51771,611
SABAH23069,907
SARAWAK 44065,835
NEGERI SEMBILAN606 (1)46,178
KELANTAN12935,048
PULAU PINANG35135,020
PERAK18226,959
KEDAH25725,776
MELAKA20218,928
PAHANG 32914,190
TERENGGANU4411,295
WP LABUAN1318,429
WP PUTRAJAYA202,332
PERLIS0595
JUMLAH KESELURUHAN 6,982 (3) 765,949

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 73 kes kematian pada 2 Julai 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
5255SelangorPerempuan (WN)38Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
5256SabahLelaki (WN)64Hospital Duchess of Kent, SandakanKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5257SelangorLelaki (WN)64Hospital KajangKencing manis
5258PahangPerempuan (WN)56Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis dan darah tinggi
5259KelantanPerempuan (WN)59Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5260Negeri SembilanPerempuan (WN)74Hospital JempolDarah tinggi dan jantung
5261WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5262SarawakPerempuan (WN)81Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5263SarawakLelaki (WN)78Hospital Umum Sarawak, Kuching-
5264Negeri SembilanLelaki (WN)59Hospital JempolDarah tinggi dan dislipidemia
5265Negeri SembilanLelaki (WN)33Hospital JempolDarah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5266WP Kuala LumpurLelaki (WN)78Hospital Rehabilitasi CherasDarah tinggi dan jantung
5267Negeri SembilanPerempuan (WN)68Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
5268SelangorLelaki (WN)70Hospital Shah AlamJantung
5269KelantanLelaki (WN)75Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5270SelangorLelaki (WN)53Hospital Sungai BulohAsma
5271JohorPerempuan (WN)53Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis dan darah tinggi
5272JohorPerempuan (WN)46Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar-
5273JohorLelaki (WN)67Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5274Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5275SabahPerempuan (WN)59Hospital Lahad DatuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5276SelangorPerempuan (WN)72Hospital Sungai Buloh-
5277JohorPerempuan (WN)30Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
5278SelangorLelaki (WN)59Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5279SarawakLelaki (WN)55Hospital SibuDarah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5280WP Kuala LumpurPerempuan (WN)57Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5281Negeri SembilanLelaki (WN)70Hospital TampinDarah tinggi, dislipidemia, dan saraf
5282Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital JempolKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan paru-paru kronik
5283SelangorLelaki (WN)72Hospital KajangDarah tinggi dan saraf
5284SelangorLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohDarah tinggi, jantung, dan kanser
5285Pulau PinangLelaki (WN)26Jenazah dibawa ke Hospital Pulau PinangEpilepsi
5286PahangLelaki (WN)72Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dan kanser
5287SelangorPerempuan (WN)72Hospital Rehabilitasi CherasKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5288SelangorPerempuan (WN)58Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, asma, dan buah pinggang
5289WP Kuala LumpurPerempuan (WN)60Hospital Kuala LumpurObesiti
5290Negeri SembilanPerempuan (WN)76Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan dislipidemia
5291PahangLelaki (WN)24Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanObesiti
5292SelangorPerempuan (WN)67Hospital KajangDarah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang
5293SelangorPerempuan (WN)87Hospital Serdang-
5294SabahLelaki (WN)89Hospital Lahad Datu-
5295SelangorPerempuan (WN)58Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan obesiti
5296SelangorPerempuan (WN)53Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
5297WP Kuala LumpurLelaki (WN)91Hospital Rehabilitasi CherasDarah tinggi dan strok
5298Negeri SembilanPerempuan (WN)79Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
5299PahangLelaki (WN)59Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis, darah tinggi, dan saraf
5300SelangorPerempuan (WN)75Hospital Shah AlamKencing manis
5301SelangorLelaki (WN)70Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangStrok
5302SelangorLelaki (WN)60Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi
5303SelangorLelaki (WN)40Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKanser
5304SelangorLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
5305SabahLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital BeaufortTiroid
5306Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, jantung, dan buah pinggang
5307WP LabuanPerempuan (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital LabuanDarah tinggi
5308SelangorPerempuan (WN)85Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5309SelangorPerempuan (WN)78Hospital Kajang-
5310SelangorLelaki (WN)76Hospital BantingStrok
5311SelangorLelaki (WN)74Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5312SelangorPerempuan (WN)54Hospital Shah AlamKencing manis dan darah tinggi
5313SelangorPerempuan (WN)70Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis
5314Negeri SembilanPerempuan (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang
5315Negeri SembilanLelaki (WN)47Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5316Negeri SembilanPerempuan (WN)43Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, penyakit jantung, dan buah pinggang
5317MelakaLelaki (WN)33Jenazah dibawa ke Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
5318WP LabuanLelaki (WN)75Jenazah dibawa ke Hospital LabuanEndokrin
5319Pulau PinangLelaki (BWN)36Hospital Kepala Batas-
5320SelangorLelaki (BWN)51Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
5321SelangorPerempuan (BWN)51Hospital Shah AlamDarah tinggi
5322SabahLelaki (BWN)49Hospital Lahad DatuJantung
5323KedahLelaki (BWN)67Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani-
5324WP LabuanPerempuan (BWN)61Jenazah dibawa ke Hospital LabuanDarah tinggi
5325SelangorPerempuan (BWN)47Hospital Serdang-
5326SelangorLelaki (BWN)60Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis dan asma
5327SarawakLelaki (BWN)48Jenazah dibawa ke Hospital Kapit-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,982 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,9071651,61911,122
WP KUALA LUMPUR6371492761211
NEGERI SEMBILAN6061862441175
JOHOR51736096-61
SARAWAK44081244-115
PULAU PINANG35125651-44
PAHANG329173118-38
KEDAH2579995-63
SABAH2304996-85
MELAKA2028786-29
PERAK18213426-22
WP LABUAN131580-46
KELANTAN1294153-35
TERENGGANU44366-2
WP PUTRAJAYA 20012-8
 PERLIS-----
JUMLAH KESELURUHAN6,9821,8213,10232,056

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 JULAI 2021

No. Nama Kluster Kategori  Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring 
1Damai 16Tempat KerjaJohorJohor Bahru1374
2Jalan By Pass Batu AnamTempat KerjaJohorSegamat26128
3Keluli Industri TigaTempat KerjaJohorJohor Bahru932
4Perdagangan Harmoni SatuTempat KerjaSelangorSepang1969
5Jalan Besar Teras JernangTempat KerjaSelangorSepang dan Hulu Langat42116
6Tapak Bina Persiaran InstitusiTempat KerjaSelangorSepang39284
7Kilometer 85 MukahTempat KerjaSarawakMukah92348
8Jalan Masjid IndiaTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa1349
9Tingkat Perusahaan 4ATempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah994
10Kampung Sungai Hilir PerupokKomunitiKelantanBachok dan Pasir Puteh912
11Kampung Pahi Kuala KraiKomunitiKelantanKuala Krai2198
12Kompleks Fasa DuaKomunitiJohorMuar1940
13Sungai GamongKomunitiSarawakMeradong1339
14Tanjung PitasKomunitiSabahPitas4386
15Persiaran MARDIKumpulan Berisiko TinggiSelangorSepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak52340
16Jalan OrkidKumpulan Berisiko TinggiSelangorHulu Selangor1552
17Persiaran SogaKumpulan Berisiko TinggiJohorBatu Pahat dan Kluang19205

Categories: Press