Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,863 kes (719,678 kes kumulatif, 90.0%);
  • Kes baharu : 7,097 kes (799,790 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes (15 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,071 kes [5,521 warganegara (78.1%); 1,550 bukan warganegara (21.9%)];
  • Kes aktif : 74,344 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 948 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 441 kes;
  • Kes kematian : 91 kes (5,768 kes kumulatif, 0.72%; 79 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,970 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 18 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,120 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 850 kluster.

Sebanyak 91 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 47 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Johor dan Melaka, tiga (3) kes di Sarawak, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Kedah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 6 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 6 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.25). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Pahang (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.12), Kedah (nilai RT 1.11), Melaka (nilai RT 1.08), Sabah (nilai RT 1.04), Pulau Pinang (1.03), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.01).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KAPASITI HOSPITAL BERDASARKAN NILAI AMBANG PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

KKM ingin memaklumkan bahawa jumlah purata kes baharu harian selama tujuh (7) hari (30 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021) adalah sebanyak 6,539 kes. Ini didapati masih tinggi berbanding nilai ambang PPN iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk). Nilai ambang 4,000 kes baharu harian ini adalah ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa. Negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk adalah Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sarawak, dan Pahang.

Lebih membimbangkan lagi, tren kemasukan kes-kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berada pada tahap yang tinggi. Ianya tidak menunjukkan penurunan yang ketara sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) hingga kini, di mana jumlah penggunaan katil ICU masih melebihi 90 peratus. Pada masa yang sama, petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gelaja burnout kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.

Graf 1: Jumlah kes berkaitan COVID-19 yang dimasukkan ke ICU bagi tahun 2021


Graf 2: Jumlah katil ICU bagi kes berkaitan COVID-19 dan kadar penggunaan katil bagi tahun 2021


Sehingga kini, empat (4) negeri menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut (> 38 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk) adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes harian baharu yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh (7) hari kebelakangan ini. Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri-negeri tersebut akan lumpuh dan seterusnya
situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku.

Jadual 1: Status purata kes tujuh (7) hari kebelakangan di seluruh negara

KKM khuatir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera bagi meningkatkan lagi kapasiti merawat COVID-19 di lapangan. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:

  • Penukaran beberapa hospital di kawasan Lembah Klang sebagai Full COVID-19 Hospital, misalnya Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, dan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia;
  • Meningkatkan lagi kapasiti katil Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk dijadikan sebagai pusat rawatan pesakit kategori 4 dan 5;
  • Memindahkan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta terutamanya sekitar HKL dan HTAR melalui mekanisma penyumberan luar;
  • Mempertimbang menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes-kes COVID-19; 
  • Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed) di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal COVID-19; 
  • Menambah kapasiti katil-katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit COVID-19;
  • Cadangan menggunakan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hospital COVID-19;
  • Bekerjasama dengan 112 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit COVID-19 di katil wad biasa dan di katil ICU;
  • Menggalakkan penubuhan lebih banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian fasiliti kesihatan swasta; dan
  • Memobilisasikan lebih ramai petugas kesihatan dari negeri-negeri PPN Fasa 2 ke negeri-negeri kritikal bagi tujuan rawatan pesakit, mobilisasi anggota dari hospital swasta dan menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti mengawal wabak COVID-19 dan vaksinasi.

Negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 dinasihatkan untuk terus mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan bagi memastikan situasi di negeri-negeri tersebut dapat terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi, dan sosial.

Pada masa yang sama, KKM menggalakkan semua negeri untuk terus menjalin dan menggandakan kerjasama antara semua pihak dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negeri masing-masing.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR3,119 (5)268,841
WP KUALA LUMPUR1,005 (20)83,909
JOHOR22473,386
SABAH24471,189
SARAWAK289 (1)67,560
NEGERI SEMBILAN78849,417
PULAU PINANG14035,817
KELANTAN12335,616
PERAK18727,974
KEDAH19827,061
MELAKA35820,357
PAHANG25815,235
TERENGGANU4311,521
WP LABUAN938,858
WP PUTRAJAYA 262,448
 PERLIS2601
JUMLAH KESELURUHAN7,097 (26)799,790

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 91 kes kematian pada 7 Julai 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
5678JohorLelaki (WN)30Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruObesiti
5679SarawakPerempuan (WN)82Hospital Sibu
5680SelangorLelaki (WN)54Hospital SerdangDarah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
5681SelangorLelaki (WN)54Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
5682KelantanPerempuan (WN)77Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi
5683SelangorLelaki (WN)76Hospital SelayangDarah tinggi
5684Negeri SembilanLelaki (WN)55Hospital JempolKanser
5685SelangorPerempuan (WN)39Hospital Kajang
5686SelangorLelaki (WN)60Hospital SerdangDislipidemia
5687SelangorLelaki (WN)58Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5688Negeri SembilanPerempuan (WN)64Hospital JempolKencing manis dan darah tinggi
5689SelangorLelaki (WN)61Hospital SerdangDarah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5690SarawakLelaki (WN)52Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5691Negeri SembilanPerempuan (WN)61Hospital JelebuKencing manis dan darah tinggi
5692SelangorLelaki (WN)63Hospital SerdangDislipidemia
5693SelangorLelaki (WN)67Hospital SerdangDarah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
5694SelangorLelaki (WN)25Hospital Serdang
5695JohorPerempuan (WN)25Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
5696WP Kuala LumpurPerempuan (WN)64Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan obesiti
5697SelangorLelaki (WN)63Hospital SerdangStrok
5698MelakaLelaki (WN)26Hospital Melaka
5699SelangorPerempuan (WN)51Hospital Sungai Buloh
5700Negeri SembilanPerempuan (WN)88Hospital JelebuDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5701SelangorLelaki (WN)59Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5702SelangorLelaki (WN)54Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
5703JohorLelaki (WN)31Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
5704SelangorLelaki (WN)58Hospital PutrajayaDarah tinggi
5705SelangorLelaki (WN)69Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5706SelangorLelaki (WN)48Hospital Putrajaya
5707Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital Jempol
5708SelangorPerempuan (WN)63Hospital SelayangKencing manis
5709MelakaLelaki (WN)54Hospital MelakaDislipidemia
5710SelangorLelaki (WN)77Hospital Rehabilitasi CherasKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5711Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital Jempol
5712SelangorLelaki (WN)43Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
5713SarawakPerempuan (WN)60Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5714SelangorLelaki (WN)63Hospital SelayangKencing manis, dan darah tinggi
5715SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohDarah tinggi, dan buah pinggang
5716SelangorLelaki (WN)52Hospital SelayangKencing manis, dan darah tinggi
5717Negeri SembilanLelaki (WN)73Hospital JempolKencing manis dan darah tinggi
5718PahangLelaki (WN)62Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanTuberkulosis
5719WP Kuala LumpurPerempuan (WN)72Hospital SelayangKencing manis dan darah tinggi
5720Negeri SembilanLelaki (WN)51Hospital JempolKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5721SelangorPerempuan (WN)72Hospital BantingKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5722SelangorPerempuan (WN)44Jenazah dibawa ke Hospital SelayangKencing manis
5723SelangorLelaki (WN)81KPJ DamansaraDarah tinggi dan kanser
5724WP Kuala LumpurPerempuan (WN)60Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi dan asma
5725SelangorLelaki (WN)70Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5726Negeri SembilanPerempuan (WN)69Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5727KedahLelaki (WN)78Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung
5728MelakaPerempuan (WN)46Hospital MelakaKencing manis
5729SelangorPerempuan (WN)98Hospital BantingKencing manis dan darah tinggi
5730SelangorPerempuan (WN)46Institut Kanser NegaraKanser
5731Negeri SembilanLelaki (WN)71Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5732PerakLelaki (WN)67Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohKencing manis
5733SelangorPerempuan (WN)78Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5734SelangorPerempuan (WN)46Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5735PerakPerempuan (WN)80Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5736MelakaLelaki (WN)55Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5737SelangorLelaki (WN)70Hospital Serdang
5738SelangorLelaki (WN)77Hospital SerdangKencing manis
5739SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangBullous Phemphigoid
5740SelangorPerempuan (WN)73Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKanser
5741SelangorPerempuan (WN)66Hospital RembauKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5742SelangorLelaki (WN)61Hospital Sungai BulohKencing manis
5743TerengganuLelaki (WN)42Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan hati
5744SelangorPerempuan (WN)83Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5745SelangorLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5746WP Kuala LumpurPerempuan (WN)75Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, dan kanser
5747WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5748WP Kuala LumpurLelaki (WN)56Hospital AmpangDarah tinggi dan asma
5749WP Kuala LumpurPerempuan (WN)55Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5750WP Kuala LumpurLelaki (WN)51Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
5751Negeri SembilanPerempuan (WN)98Hospital JelebuDarah tinggi dan jantung
5752Negeri SembilanPerempuan (WN)80Hospital RembauKencing manis, darah tinggi, dan strok
5753Negeri SembilanPerempuan (WN)78Hospital RembauDarah tinggi dan dislipidemia
5754Negeri SembilanLelaki (WN)78Hospital JelebuDarah tinggi, jantung, dan kanser
5755Negeri SembilanLelaki (WN)73Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahDarah
5756Negeri SembilanPerempuan (WN)61Hospital Tuanku Jaafar, SerembanTiroid
5757SelangorPerempuan (BWN)69Hospital SelayangDarah tinggi
5758WP LabuanLelaki (BWN)49Hospital LabuanTuberkulosis
5759SelangorLelaki (BWN)45Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
5760WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)51Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
5761SelangorPerempuan (BWN)42Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
5762JohorLelaki (BWN)32Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
5763SelangorPerempuan (BWN)42Hospital SerdangKencing manis
5764SelangorLelaki (BWN)44Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
5765SelangorPerempuan (BWN)63Hospital SelayangKencing manis
5766SelangorLelaki (BWN)57Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
5767SelangorPerempuan (BWN)50Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis
5768WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)60Hospital SelayangKencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 7,097 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,1192401,50351,371
WP KUALA LUMPUR1,00533431820333
NEGERI SEMBILAN788268292228
MELAKA35820711536
SARAWAK28936195157
PAHANG2581369923
SABAH2446379102
JOHOR2246112439
KEDAH198649143
PERAK1871214620
PULAU PINANG140443462
KELANTAN123424437
WP LABUAN9325932
TERENGGANU43201112
WP PUTRAJAYA 261016
 PERLIS211
JUMLAH KESELURUHAN7,0971,6383,021262,412

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 JULAI 2021

No. Nama Kluster Kategori  Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring 
1Lorong Tiga Kampung Siol KandisKomunitiSarawakKuching dan Samarahan69213
2Sungai Bedil BesarKomunitiSarawakKuching3194
3Pintasan Kota BeludKomunitiSabahKota Belud1834
4Siasai DundauKomunitiSabahKota Belud35149
5Jalan Bukit 17KomunitiJohorJohor Bahru1632
6Jalan Pulasan 18KomunitiJohorJohor Bahru1428
7Taman DovenbyKomunitiPerak dan SelangorKuala Kangsar, Kinta, Larut, Matang, Selama, dan Gombak3461
8Jalan PanchangKomunitiSelangorSabak Bernam1433
9Jalan Nik YusufKomunitiKelantanPasir Mas1426
10Tasik Utama 2Tempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Port Dickson27448
11Industri Lengkok Emas NilaiTempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Port Dickson681,300
12Industri Jalan TMP LapanTempat KerjaMelakaMelaka Tengah2269
13Jalan Tun Razak PeringgitTempat KerjaMelakaMelaka Tengah29114
14Jalan Metro PerdanaTempat KerjaWP Kuala Lumpur dan SelangorKepong, Titiwangsa, Gombak, Petaling, dan Kuala Selangor19116
15Pasar Orkid SentosaTempat KerjaSelangorHulu Selangor2063
16SejantungPendidikan TinggiSelangorHulu Selangor96152
17Jalan Limau Kampung PasirKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru820
18Jalan Parit MahangKumpulan Berisiko TinggiSelangorKuala Selangor4571


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 6 JULAI 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA1.25
PAHANG 1.18
WP KUALA LUMPUR1.16
SELANGOR1.12
KEDAH1.11
MELAKA1.08
SABAH1.04
PULAU PINANG1.03
NEGERI SEMBILAN1.01
PERAK0.98
JOHOR 0.96
TERENGGANU0.94
WP LABUAN 0.91
SARAWAK 0.89
KELANTAN0.82
PERLIS0
MALAYSIA1.08