Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,802 kes (725,480 kes kumulatif, 89.7%);
  • Kes baharu : 8,868 kes (808,658 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,858 kes [6,867 warganegara (77.5%); 1,991 bukan warganegara (22.5%)];
  • Kes aktif : 77,275 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 952 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes;
  • Kes kematian : 135 kes (5,903 kes kumulatif, 0.73%; 119 warganegara, 16 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,999 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,144 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 855 kluster.

Sebanyak 135 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 63 kes di Selangor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Johor, masing-masing lapan (8) kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Kelantan, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pahang, dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES COVID-19 DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021. Semasa PKPD, aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu (targeted screening). Aktiviti pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala telah dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes COVID-19. Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Selain itu, KKM juga menjalankan saringan ke atas 10 peratus dari penduduk yang tinggal di kawasan PKPD tersebut dan keutamaan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi. Justeru, jumlah kes harian COVID-19 dijangka meningkat berikutan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan awam.

Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021. Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021.

PKPD yang dilaksanakan adalah berdasarkan penilaian risiko di kawasan tersebut. Hasil saringan bersasar ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD tersebut, seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Bilangan kes positif COVID-19 harian bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 1 Januari 2021 hingga 8 Julai 2021

Bagi menangani keadaan kritikal berikutan peningkatan kes yang mendadak ini, beberapa tindakan telah diambil, seperti yang dimaklumkan oleh YB Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Adham Baba dalam kenyataan akhbar beliau pada hari ini. Selain itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yakob pula telah meluluskan agar KKM meneruskan aktiviti penyumberluaran (outsourcing) ke hospital dan makmal swasta bagi membantu meningkatkan kapasiti KKM menangani COVID-19. Antara tindakan penyumberluaran (outsourcing) yang telah dilakukan adalah:

  • Kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan perubatan bertujuan mengurangkan masa menunggu pesakit khususnya yang perlu menjalani pembedahan atau prosedur kritikal (urgent / semi-urgent) seperti rawatan jantung dan kanser sebagai langkah kesiapsiagaan hospital menghadapi wabak COVID-19. Ini akan memberi lebih banyak ruang dalam hospital KKM untuk menangani kes COVID-19 yang perlu dimasukkan ke hospital, dan pada masa yang sama memastikan rawatan kepada kes-kes bukan COVID-19 dapat terus diberikan.
  • Pada tahun 2020, sebanyak RM 11 juta telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan bagi aktiviti penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan perubatan. Aktiviti penyumberluaran (outsourcing) tersebut telah melibatkan 31 hospital swasta di mana 3,741 pembedahan dan prosedur telah berjaya dilaksanakan.
  • Aktiviti penyumberluaran (outsourcing) diteruskan lagi pada tahun 2021 dan peruntukan sebanyak RM 39,087,983 telah diagihkan kepada 14 buah negeri untuk tujuan yang sama. Setakat ini sebanyak 72 buah hospital swasta terlibat di dalam aktiviti penyumberluaran di seluruh negara.
  • Susulan daripada peningkatan kes yang mendadak di kawasan Lembah Klang, Hospital Kuala Lumpur telah mempertingkatkan aktiviti penyumberluaran (outsourcing) kepada hospital-hospital swasta yang berdekatan. Sejak 6 Julai 2021, seramai 25 pesakit telah dihantar ke hospital-hospital swasta yang dikenal pasti  dan anggaran seramai empat (4) pesakit akan dihantar setiap hari. Jumlah pesakit yang akan dihantar bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta dalam jangka masa enam (6) bulan dianggarkan seramai 993 orang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 18 juta.
  • Selain itu, perkhidmatan makmal juga telah bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menambah kapasiti ujian COVID-19. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti-universiti awam dan swasta, serta makmal-makmal swasta yang diiktiraf.

Sehingga kini, kapasiti ujian RT-PCR bagi semua makmal yang terlibat adalah sebanyak 116,803 ujian sehari. Terkini, sebanyak 92 buah makmal yang menjalankan ujian RT-PCR di mana 24 dari makmal hospital kerajaan, tiga (3) makmal institusi, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat (4) Makmal Kesihatan Awam (MKA), (2) makmal di Klinik Kesihatan, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), 13 makmal di universiti, dua (2) makmal dari Kementerian Pertahanan, satu (1) makmal MOSTI dan 41 makmal swasta.

Pihak KKM akan terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam apa jua keadaan yang dihadapi.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 7 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 7 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.22). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.15), Pahang (nilai RT 1.13), Selangor (nilai RT 1.12), Melaka (nilai RT 1.11), Kedah (nilai RT 1.07), Sabah (nilai RT 1.06), Perak (nilai RT 1.03), Negeri Sembilan (nilai RT 1.02), dan Pulau Pinang (1.01).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR4,152 (1)272,993
WP KUALA LUMPUR1,133 (4)85,042
JOHOR33673,722
SABAH27971,468
SARAWAK281 (2)67,841
NEGERI SEMBILAN897 (1)50,314
PULAU PINANG237 (2)36,054
KELANTAN13535,751
PERAK54328,517
KEDAH36027,421
MELAKA18320,540
PAHANG15215,387
TERENGGANU6811,589
WP LABUAN648,922
WP PUTRAJAYA 472,495
 PERLIS1602
JUMLAH KESELURUHAN 8,868 (10)808,658

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 135 kes kematian pada 8 Julai 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
5769JohorLelaki (WN)57Hospital SegamatDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5770KelantanPerempuan (WN)62Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, dislipidemia, dan jantung
5771Pulau PinangPerempuan (WN)43Hospital Island, Pulau PinangKencing manis
5772SelangorPerempuan (WN)36Hospital Sungai Buloh-
5773SelangorLelaki (WN)67KPJ Ampang PuteriKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5774Negeri SembilanLelaki (WN)85Hospital JelebuDarah tinggi
5775PerakLelaki (WN)79Hospital Lam Wah Ee, Pulau PinangKencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung
5776PahangPerempuan (WN)65Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5777JohorLelaki (WN)66Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis dan darah tinggi
5778PerakLelaki (WN)57Hospital Teluk IntanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5779MelakaPerempuan (WN)42Hospital MelakaKencing manis
5780SelangorLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5781WP Kuala LumpurPerempuan (WN)69Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
5782MelakaPerempuan (WN)64Hospital MelakaDarah tinggi dan dislipidemia
5783WP Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Kuala LumpurProlapse Intervertebral Disc (PID)
5784JohorPerempuan (WN)39Jenazah dibawa ke Hospital PontianObesiti
5785Negeri SembilanPerempuan (WN)81Hospital JelebuDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5786SabahLelaki (WN)69Hospital TawauDarah tinggi dan dislipidemia
5787KelantanLelaki (WN)71Hospital JeliDarah tinggi, jantung, buah pinggang, dan saraf
5788SelangorPerempuan (WN)54Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan MalaysiaDarah tinggi
5789SelangorPerempuan (WN)51Hospital Putrajaya-
5790SelangorPerempuan (WN)79Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
5791SelangorPerempuan (WN)60Jenazah dibawa ke Hospital AmpangDarah tinggi
5792KelantanLelaki (WN)85Hospital TumpatDarah tinggi, dislipidemia, jantung, dan Degenerative Disc Disease (DDD)
5793KelantanLelaki (WN)58Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5794SelangorPerempuan (WN)57Hospital Shah AlamKencing manis
5795MelakaPerempuan (WN)42Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan obesiti
5796PahangLelaki (WN)66Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanDislipidemia dan kanser
5797SelangorPerempuan (WN)43Hospital Sungai BulohAsma dan obesiti
5798WP Kuala LumpurLelaki (WN)85Pusat Perubatan Universiti MalayaDarah tinggi dan jantung
5799WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
5800SelangorPerempuan (WN)56Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5801SelangorLelaki (WN)61Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, jantung, dan tiroid
5802SelangorPerempuan (WN)83Hospital Rehabilitasi CherasKencing manis dan darah tinggi
5803JohorPerempuan (WN)71Hospital SegamatKencing manis, darah tinggi, dan tiroid
5804SarawakLelaki (WN)59Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan asma
5805SelangorLelaki (WN)78Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
5806WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Rehabilitasi CherasKencing manis, darah tinggi, dan strok
5807WP Kuala LumpurLelaki (WN)58Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5808JohorPerempuan (WN)81Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatStrok
5809SarawakPerempuan (WN)72Hospital MiriKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5810SelangorLelaki (WN)63Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasParu-paru kronik
5811SelangorLelaki (WN)61Hospital AmpangDarah tinggi dan paru-paru kronik
5812WP Kuala LumpurLelaki (WN)47Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5813WP PutrajayaLelaki (WN)60Hospital Sungai Buloh-
5814SelangorPerempuan (WN)78Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
5815WP Kuala LumpurLelaki (WN)54Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5816WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5817JohorLelaki (WN)85Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarHati
5818Negeri SembilanPerempuan (WN)66Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
5819Negeri SembilanLelaki (WN)57Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan strok
5820WP Kuala LumpurPerempuan (WN)45Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5821SarawakLelaki (WN)64Hospital Miri-
5822PahangLelaki (WN)60Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanJantung
5823WP Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Sungai BulohDarah tinggi, dislipidemia, jantung, strok, dan obesiti
5824JohorLelaki (WN)72Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi, dislipidemia, dan strok
5825Negeri SembilanLelaki (WN)59Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5826PerakPerempuan (WN)60Hospital TaipingDarah tinggi
5827WP Kuala LumpurLelaki (WN)90Hospital Kuala LumpurKencing manis dan jantung
5828MelakaPerempuan (WN)66Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan kanser
5829MelakaLelaki (WN)76Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
5830SelangorPerempuan (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan asma
5831SelangorLelaki (WN)45Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh-
5832SabahPerempuan (WN)69Hospital Lahad DatuDarah tinggi
5833SarawakPerempuan (WN)80Hospital MiriDarah tinggi, dislipidemia, dan kanser
5834MelakaPerempuan (WN)43Hospital Melaka-
5835SelangorLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan asma
5836SelangorPerempuan (WN)70Hospital PutrajayaDarah tinggi
5837WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis
5838JohorPerempuan (WN)68Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan paru-paru kronik
5839SabahLelaki (WN)38Hospital BeaufortObesiti
5840TerengganuPerempuan (WN)61Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
5841SelangorLelaki (WN)87Pusat Perubatan Universiti MalayaDarah tinggi
5842SelangorPerempuan (WN)83Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi
5843SelangorPerempuan (WN)76Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan kanser
5844SelangorPerempuan (WN)75Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5845SelangorPerempuan (WN)73Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan buah pinggang
5846SelangorPerempuan (WN)71Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, strok, dan buah pinggang
5847SelangorLelaki (WN)68Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan strok
5848SelangorLelaki (WN)68Hospital Kuala LumpurKencing manis
5849SelangorLelaki (WN)66Hospital Kuala LumpurJantung
5850SelangorPerempuan (WN)66Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5851SelangorLelaki (WN)65Hospital SelayangKencing manis
5852SelangorLelaki (WN)65Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangBuah pinggang
5853SelangorLelaki (WN)64Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya-
5854SelangorLelaki (WN)65Jenazah dibawa ke Hospital Selayang-
5855SelangorPerempuan (WN)64Hospital SelayangKencing manis dan darah tinggi
5856SelangorLelaki (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5857SelangorLelaki (WN)63Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5858SelangorPerempuan (WN)63Hospital KajangKencing manis
5859SelangorLelaki (WN)63Hospital Ampang-
5860SelangorLelaki (WN)61Hospital SelayangDarah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5861SelangorLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
5862SelangorPerempuan (WN)58Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan strok
5863SelangorLelaki (WN)57Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan hati kronik
5864SelangorLelaki (WN)56Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5865SelangorPerempuan (WN)56Hospital Kuala LumpurKanser
5866SelangorLelaki (WN)54Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5867SelangorLelaki (WN)54Hospital Kajang-
5868SelangorLelaki (WN)49Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan strok
5869SelangorLelaki (WN)49Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis dan darah tinggi
5870SelangorPerempuan (WN)44Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangAsma
5871SelangorLelaki (WN)78Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5872SelangorLelaki (WN)57Hospital KajangHati
5873SelangorLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
5874WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan asma
5875WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5876WP Kuala LumpurPerempuan (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
5877WP Kuala LumpurLelaki (WN)61Hospital Kuala LumpurKencing manis, jantung, dan paru-paru kronik
5878WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
5879WP Kuala LumpurLelaki (WN)54Hospital Sungai BulohDarah tinggi, dislipidemia, dan kanser
5880JohorPerempuan (WN)44Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis dan darah tinggi
5881Negeri SembilanPerempuan (WN)89Hospital JelebuDarah tinggi
5882Negeri SembilanLelaki (WN)41Hospital Rembau-
5883Negeri SembilanPerempuan (WN)50Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5884MelakaPerempuan (WN)85Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah-
5885MelakaLelaki (WN)46Hospital MelakaKencing manis
5886WP LabuanLelaki (WN)63Hospital Labuan-
5887WP PutrajayaLelaki (WN)71Hospital Putrajaya-
5888SelangorLelaki (BWN)53Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
5889SelangorPerempuan (BWN)56Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis
5890Pulau PinangLelaki (BWN)29Hospital Kepala Batas-
5891SelangorLelaki (BWN)70Hospital Kuala Lumpur-
5892SelangorLelaki (BWN)74Hospital Ampang-
5893SelangorPerempuan (BWN)38Hospital Selayang-
5894SelangorPerempuan (BWN)35Jenazah dibawa ke Hospital Selayang-
5895SelangorLelaki (BWN)36Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh-
5896SelangorLelaki (BWN)59Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya-
5897SelangorPerempuan (BWN)56Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
5898SelangorLelaki (BWN)43Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
5899WP Kuala LumpurLelaki (BWN)36Hospital Kuala Lumpur-
5900WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)43Hospital Kuala LumpurKencing manis dan obesiti
5901WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)40Hospital Kuala Lumpur-
5902WP Kuala LumpurLelaki (BWN)39Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-
5903WP Kuala LumpurLelaki (BWN)61Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 8,868 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,1521412,66211,348
WP KUALA LUMPUR1,1333854264318
NEGERI SEMBILAN8974073161173
PERAK54342336-84
KEDAH360148106-106
JOHOR336162120-54
SARAWAK28131189259
SABAH27918257-40
PULAU PINANG23711554266
MELAKA18341105-37
PAHANG1527768-7
KELANTAN1357927-29
TERENGGANU681832-18
WP LABUAN643124-9
WP PUTRAJAYA 47829-10
 PERLIS1-1--
JUMLAH KESELURUHAN8,8682,2484,252102,358

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 8 JULAI 2021

No. Nama Kluster Kategori  Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring 
1Jalan Radin DuaTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai1839
2Jalan Medan PutraTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1222
3Taman Perusahaan KepongTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong765
4Tapak Bina Jalan Sri PermaisuriTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras132201
5Industri Jaya Sungai BulohTempat KerjaSelangorGombak dan Petaling1667
6Putra DuaTempat KerjaWP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, dan SelangorPutrajaya, Titiwangsa, dan Petaling1343
7Industri Sungai LalangTempat KerjaSelangorHulu Langat52531
8Tapak Bina Jenderam HilirTempat KerjaSelangorSepang dan Hulu Langat3290
9Industri Bunga TanjungTempat KerjaNegeri SembilanSeremban, Jelebu, dan Rembau39208
10Industri Sendayan MetroparkTempat KerjaNegeri SembilanSeremban3248
11Industri Emas SatuTempat KerjaNegeri SembilanSeremban103206
12Jalan DaimanTempat KerjaJohorKota Tinggi11150
13Jalan Harmonium 33Tempat KerjaJohorJohor Bahru829
14Industri Bakri EmpatTempat KerjaJohorMuar1324
15Jalan Tanah PutihTempat KerjaPahangKuantan25149
16Jalan Gebeng 1/11Tempat KerjaPahangKuantan1591
17Industri Jalan StapunalTempat KerjaKelantanKuala Krai dan Machang16269
18Lebuh Pantai BaruTempat KerjaPerakManjung22143
19Dah 90 Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda20232
20Taman Tanjung MasKomunitiKelantanKota Bharu1523
21Kampung Batu 8 1/4KomunitiKelantanKota Bharu1015
22Kampung Istimewa 2KomunitiSabahSandakan27261
23LumadanKomunitiSabahBeaufort46110
24Bandar Baru Sentul 2KomunitiWP Kuala LumpurKepong55311
25SegaKomunitiSarawakBau dan Kuching1961
26Taman Tasek Solok DuaKomunitiPerakKinta1929
27Titian 2KomunitiWP LabuanLabuan37870
28Jalan RiaKumpulan Berisiko TinggiJohorMuar2965
29Jalan Jenderam HuluPendidikan tinggiSelangorSepang dan Petaling15153

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 7 JULAI 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA1.22
WP KUALA LUMPUR1.15
PAHANG 1.13
SELANGOR1.12
MELAKA1.11
KEDAH1.07
SABAH1.06
PERAK1.03
NEGERI SEMBILAN1.02
PULAU PINANG1.01
TERENGGANU0.97
JOHOR 0.95
WP LABUAN 0.94
SARAWAK 0.88
KELANTAN0.88
PERLIS0
MALAYSIA1.07