SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 JULAI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,990 kes (753,328 kes kumulatif, 88.0%);
- Kes baharu : 11,079 kes (855,949 kes kumulatif);
- Kes import : 27 kes (15 warganegara, 12 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 11,052 kes [9,143 warganegara (82.7%); 1,909 bukan warganegara (17.3%)];
- Kes aktif : 96,236 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 972 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 456 kes;
- Kes kematian : 125 kes (6,385 kes kumulatif, 0.75%; 108 warganegara, 17 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 3,116 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,246 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 870 kluster.
Sebanyak 125 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 57 kes di Selangor, 20 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 13 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Melaka, masing-masing tujuh (7) kes di Kedah dan Johor,tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang, Perak, Sabah, dan Sarawak,serta satu (1) kes di Kelantan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 12 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 12 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.32). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.25), Selangor (nilai RT 1.18), Kedah (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.13), Melaka (nilai RT 1.12), Pulau Pinang (nilai RT 1.09), Sabah (nilai RT 1.07), Johor (nilai RT 1.04), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.03).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenalpasti sebanyak 76 kes varian baharu virus SARS-CoV-2. Sebanyak 75 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala satu (1) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu;
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 293 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 273 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhannya sehingga kini, bagi VOC, terdapat sebanyak 195 kes varian Beta, 67 kes varian Delta, dan 11 kes varian Alpha. Bagi VOI pula, terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN UJIAN SARINGAN COVID-19
Hari ini Malaysia merekodkan jumlah harian COVID-19 tertinggi sepanjang pandemik melanda dengan nilai lima angka iaitu melebihi 11,000 kes. Ini adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan bermula daripada 6 Julai hingga 12 Julai 2021 iaitu sebanyak 825,373 ujian telah dijalankan (termasuk RT-PCR dan RTK-Ag). Perbezaan ketara dapat dilihat di mana jumlah ujian pada minggu sebelumnya (29 Jun 2021 sehingga 5 Julai 2021) hanyalah sebanyak 624,645 ujian. Peningkatan sebanyak 32 peratus dapat dilihat antara julat masa tersebut. Jumlah ujian harian tertinggi dalam tempoh dua (2) minggu juga telah dilaporkan pada 12 Julai 2021.
Jumlah penggunaan ujian RTK-Ag pada 12 Julai 2021 telah meningkat 56.4 peratus dari ujian keseluruhan harian. Ini adalah kerana beberapa negeri yang mempunyai kadar positiviti kes COVID-19 melebihi 10 peratus bagi tempoh tujuh (7) hari berturut-turut, dibenarkan untuk menjalankan ujian RTK-Ag sebagai pengesahan kes seperti beberapa daerah di Selangor dan semua daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri Selangor adalah penyumbang utama peningkatan ujian RTK-Ag dijalankan iaitu sebanyak 44.5 peratus diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9.8 peratus), dan Johor (6.2 peratus).
Bagi pecahan ujian yang dilakukan di fasiliti kesihatan, 57.7 peratus atau 30,343 ujian RT-PCR dilakukan oleh makmal swasta sama ada saringan dibuat oleh Pengamal Perubatan Swasta (GP) ataupun penyumberluaran ujian ke makmal-makmal swasta oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mempercepatkan proses serta meningkatkan kapasiti makmal sedia ada. Selain itu, makmal-makmal swasta ini juga menyumbangkan peratus terbesar dalam ujian penggunakan RTK-Ag iaitu sebanyak 52,115 ujian (76.8%). Kemungkinan tahap kesedaran di kalangan masyarakat telah meningkat susulan beberapa kali diseru KKM untuk menjalani ujian bagi mereka yang bergejala atau merupakan kontak rapat.
Selaras dengan perkembangan terkini ini, setiap masyarakat dinasihatkan untuk terus melaksanakan tindakan-tindakan kawalan dan pencegahan berikut;
- sekiranya tiada urusan yang mendesak di luar;
- yang ditetapkan walaupun telah menerima dos lengkap suntikan vaksin;
- sekiranya bergejala atau merupakan kontak rapat kepada kes positif;
- sementara menunggu keputusan ujian;
- yang terdekat bagi menjalani penilaian dan pemeriksaan kesihatan. Rancang perjalanan dan hadir awal ke CAC bagi mengelakkan kesesakan (untuk makluman, operasi CAC di Selangor telah dipanjangkan kepada tujuh (7) hari seminggu);
- sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Julai 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 5,263 (6) | 295,923 |
WP KUALA LUMPUR | 1,521 (17) | 91,088 |
JOHOR | 406 | 75,641 |
SABAH | 239 | 72,850 |
SARAWAK | 472 | 69,576 |
NEGERI SEMBILAN | 1,033 (2) | 54,219 |
PULAU PINANG | 234 (2) | 37,084 |
KELANTAN | 211 | 36,485 |
PERAK | 329 | 29,607 |
KEDAH | 497 | 29,496 |
MELAKA | 323 | 22,609 |
PAHANG | 321 | 16,783 |
TERENGGANU | 93 | 11,992 |
WP LABUAN | 60 | 9,267 |
WP PUTRAJAYA | 77 | 2,721 |
PERLIS | 0 | 608 |
JUMLAH KESELURUHAN | 11,079 (27) | 855,949 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 125 kes kematian pada 13 Julai 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
6261 | Selangor | Lelaki (WN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Paru-paru kronik |
6262 | Kelantan | Perempuan (WN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Tumpat | Kencing manis |
6263 | Selangor | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Putrajaya | Kencing manis |
6264 | Pahang | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis |
6265 | Sabah | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Duchess Of Kent, Sandakan | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6266 | Selangor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang |
6267 | Selangor | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6268 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Sungai Buloh | Dislipidemia |
6269 | Melaka | Perempuan (WN) | 49 | Hospital Melaka | – |
6270 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dan kanser |
6271 | Johor | Perempuan (WN) | 27 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Obesiti |
6272 | Selangor | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, paru-paru kronik, dan buah pinggang |
6273 | Perak | Lelaki (WN) | 34 | Hospital Seri Manjung | Obesiti |
6274 | Kedah | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
6275 | Selangor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan tulang belakang |
6276 | Selangor | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6277 | Selangor | Lelaki (WN) | 21 | Hospital Sungai Buloh | Obesiti |
6278 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
6279 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, tiroid, dan kanser |
6280 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
6281 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Serdang | – |
6282 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, jantung, buah pinggang, dan obesiti |
6283 | Selangor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Serdang | Kencing manis dan darah tinggi |
6284 | Johor | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat | Kencing manis dan darah tinggi |
6285 | Kedah | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Kencing manis dan darah tinggi |
6286 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 94 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi |
6287 | Sarawak | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Sibu | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
6288 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Shah Alam | Kencing manis dan darah tinggi |
6289 | Selangor | Lelaki (WN) | 85 | Hospital Shah Alam | Kencing manis dan darah tinggi |
6290 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang |
6291 | Selangor | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Sungai Buloh | Strok |
6292 | Selangor | Lelaki (WN) | 46 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
6293 | Johor | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | – |
6294 | Perak | Lelaki (WN) | 46 | Hospital Taiping | Darah tinggi |
6295 | Melaka | Lelaki (WN) | 49 | Hospital Melaka | Kencing manis |
6296 | Pahang | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | – |
6297 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
6298 | Kedah | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Yan | Asma |
6299 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 72 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi |
6300 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang |
6301 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi |
6302 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 41 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan obesiti |
6303 | Selangor | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Serdang | Strok |
6304 | Johor | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Kencing manis dan darah tinggi |
6305 | Selangor | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
6306 | Selangor | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan asma |
6307 | Selangor | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan obesiti |
6308 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi dan dislipidemia |
6309 | Kedah | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
6310 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
6311 | Selangor | Perempuan (WN) | 42 | Hospital Serdang | Kencing manis dan darah tinggi |
6312 | Selangor | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Shah Alam | Darah tinggi dan strok |
6313 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 82 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Strok |
6314 | Sabah | Lelaki (WN) | 43 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | – |
6315 | Sarawak | Lelaki (WN) | 57 | Hospital Sibu | Buah pinggang |
6316 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
6317 | Selangor | Perempuan (WN) | 52 | Hospital Serdang | Kencing manis |
6318 | Selangor | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6319 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Shah Alam | – |
6320 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 81 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dan strok |
6321 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Jelebu | Dislipidemia |
6322 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 46 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Asma dan obesiti |
6323 | Kedah | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Darah tinggi, tiroid, jantung, dan buah pinggang |
6324 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Shah Alam | Asma dan paru-paru kronik |
6325 | Selangor | Perempuan (WN) | 59 | Hospital Serdang | – |
6326 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
6327 | Kedah | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Kulim | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
6328 | Selangor | Lelaki (WN) | 86 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang |
6329 | Selangor | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6330 | Selangor | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Shah Alam | Hati kronik |
6331 | Selangor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Shah Alam | Darah tinggi |
6332 | Selangor | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Kuala Lumpur | – |
6333 | Selangor | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Selayang | Kencing manis, darah tinggi, salur darah, dan buah pinggang |
6334 | Selangor | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Shah Alam | Jantung |
6335 | Selangor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
6336 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Tampin | Kencing manis dan darah tinggi |
6337 | Melaka | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Melaka | Obesiti |
6338 | Selangor | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
6339 | Selangor | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Serdang | Kencing manis dan darah tinggi |
6340 | Selangor | Perempuan (WN) | 40 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi |
6341 | Selangor | Lelaki (WN) | 85 | Hospital Serdang | Darah tinggi dan dislipidemia |
6342 | Selangor | Lelaki (WN) | 52 | Hospital Serdang | Jantung dan tulang belakang |
6343 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
6344 | Johor | Lelaki (WN) | 40 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Kencing manis dan darah tinggi |
6345 | Melaka | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Melaka | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
6346 | Selangor | Lelaki (WN) | 35 | Hospital Kajang | Obesiti |
6347 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
6348 | Selangor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
6349 | Selangor | Lelaki (WN) | 50 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
6350 | Selangor | Perempuan (WN) | 23 | Hospital Sungai Buloh | Down’s Syndrome |
6351 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Rehabilitasi Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
6352 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan dislipidemia |
6353 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 87 | Hospital Kepala Batas | Darah tinggi dan jantung |
6354 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 37 | Jenazah dibawa ke Hospital Seberang Jaya | – |
6355 | Kedah | Lelaki (WN) | 76 | Hospital Kulim | Darah tinggi dan kanser |
6356 | Melaka | Perempuan (WN) | 75 | Jenazah dibawa ke Hospital Melaka | Darah tinggi dan strok |
6357 | Melaka | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Melaka | Kencing manis dan darah tinggi |
6358 | Melaka | Lelaki (WN) | 41 | Hospital Melaka | Kencing manis dan obesiti |
6359 | Selangor | Lelaki (WN) | 49 | Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6360 | Selangor | Lelaki (WN) | 48 | Hospital Selayang | Kanser |
6361 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 85 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | – |
6362 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
6363 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
6364 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, paru-paru kronik, dan hati |
6365 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
6366 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, dislipidemia, dan kanser |
6367 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 46 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
6368 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
6369 | Johor | Lelaki (BWN) | 41 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Kencing manis dan obesiti |
6370 | Johor | Lelaki (BWN) | 32 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | – |
6371 | Selangor | Perempuan (BWN) | 33 | Hospital Serdang | – |
6372 | Selangor | Perempuan (BWN) | 40 | Hospital Sungai Buloh | Obesiti |
6373 | Pahang | Lelaki (BWN) | 63 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Darah tinggi |
6374 | Selangor | Perempuan (BWN) | 50 | Hospital Selayang | – |
6375 | Selangor | Lelaki (BWN) | 44 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
6376 | Selangor | Perempuan (BWN) | 54 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
6377 | Melaka | Lelaki (BWN) | 50 | Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah | – |
6378 | Selangor | Lelaki (BWN) | 41 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | – |
6379 | Selangor | Perempuan (BWN) | 54 | Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Darah tinggi |
6380 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 62 | Hospital Kuala Lumpur | Paru-paru kronik |
6381 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (BWN) | 60 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis dan darah tinggi |
6382 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 60 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
6383 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 36 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
6384 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 49 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
6385 | Melaka | Lelaki (BWN) | 48 | Jenazah dibawa ke Hospital Melaka | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 11,079 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 5,263 | 310 | 3,541 | 6 | 1,406 |
WP KUALA LUMPUR | 1,521 | 338 | 707 | 17 | 459 |
NEGERI SEMBILAN | 1,033 | 220 | 283 | 2 | 528 |
KEDAH | 497 | 61 | 285 | – | 151 |
SARAWAK | 472 | 232 | 193 | – | 47 |
JOHOR | 406 | 170 | 167 | – | 69 |
PERAK | 329 | 266 | 51 | – | 12 |
MELAKA | 323 | 115 | 155 | – | 53 |
PAHANG | 321 | 136 | 130 | – | 55 |
SABAH | 239 | 59 | 102 | – | 78 |
PULAU PINANG | 234 | 86 | 77 | 2 | 69 |
KELANTAN | 211 | 133 | 53 | – | 25 |
TERENGGANU | 93 | 53 | 31 | – | 9 |
WP PUTRAJAYA | 77 | 30 | 32 | – | 15 |
WP LABUAN | 60 | 14 | 34 | – | 12 |
PERLIS | – | – | – | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 11,079 | 2,223 | 5,841 | 27 | 2,988 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 13 JULAI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah disaring |
1 | Jalan Pendekar 18 | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 8 | 41 |
2 | Jalan Indah 15 | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 9 | 319 |
3 | Jalan Molek Tiga | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru dan Pontian | 11 | 73 |
4 | Jalan Bukit Mor | Tempat Kerja | Johor | Muar | 31 | 82 |
5 | Industri Teknologi Empat | Tempat Kerja | Johor | Tangkak | 9 | 11 |
6 | Jalan Selayang Utama | Tempat Kerja | Selangor | Gombak | 15 | 30 |
7 | Industri Perkampungan Perabut | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 12 | 89 |
8 | Tapak Bina Laluan Kuala Selangor | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Selangor | 9 | 45 |
9 | Industri Jalan Usaha Lima | Tempat Kerja | Melaka | Melaka Tengah dan Jasin | 26 | 210 |
10 | Industri Bukit Minyak 11 | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 34 | 151 |
11 | C2 Kubang Kerian | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu dan Bachok | 10 | 37 |
12 | Jalan Taiping Kuala Sepetang | Tempat Kerja | Perak | Larut, Matang, dan Selama | 8 | 169 |
13 | Gajah Mati Bukit Besi | Tempat Kerja | Terengganu | Dungun | 21 | 452 |
14 | Kampung Sungai Buloh | Komuniti | Negeri Sembilan | Jelebu | 22 | 170 |
15 | Taman Waja | Komuniti | Negeri Sembilan | Kuala Pilah | 63 | 162 |
16 | Kemahang Dua | Komuniti | Kelantan | Tanah Merah | 20 | 46 |
17 | Kampung Muring | Komuniti | Kelantan dan Selangor | Kota Bharu, Jeli, dan Gombak | 23 | 33 |
18 | Jalan Mawar Ulu Tebrau | Komuniti | Johor | Johor Bahru | 14 | 87 |
19 | Jalan Biru | Komuniti | Johor | Kulai | 25 | 82 |
20 | Dah Kampung Batu | Komuniti | Kedah | Kulim | 56 | 106 |
21 | Kuala Permai | Komuniti | Melaka | Alor Gajah dan Melaka Tengah | 34 | 119 |
22 | Kampung Baru Air Panas | Komuniti | WP Kuala Lumpur | Titiwangsa | 129 | 485 |
23 | Pulau Serai | Komuniti | Terengganu | Dungun dan Marang | 24 | 308 |
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 12 JULAI 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.32 |
TERENGGANU | 1.25 |
SELANGOR | 1.18 |
KEDAH | 1.17 |
PAHANG | 1.17 |
WP KUALA LUMPUR | 1.13 |
MELAKA | 1.12 |
PULAU PINANG | 1.09 |
SABAH | 1.07 |
JOHOR | 1.04 |
NEGERI SEMBILAN | 1.03 |
PERAK | 0.98 |
KELANTAN | 0.98 |
WP LABUAN | 0.89 |
SARAWAK | 0.86 |
PERLIS | 0 |
MALAYSIA | 1.14 |
LAMPIRAN 6
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.