Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,377 kes (759,705 kes kumulatif, 87.6%);
  • Kes baharu : 11,618 kes (867,567 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes (14 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 11,592 kes [9,659 warganegara (83.3%); 1,933 bukan warganegara (16.7%)];
  • Kes aktif : 101,359 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):878 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 432 kes;
  • Kes kematian : 118 kes (6,503 kes kumulatif, 0.75%; 108 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,142 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,266 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 876 kluster.

Seperti yang dijelaskan KKM sebelum ini, peningkatan kes harian adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan COVID-19 iaitu hasil saringan bertumpu (targeted screening) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang. Jumlah ujian harian tertinggi bagi tempoh dua (2) minggu telah direkodkan pada 13 Julai 2021 iaitu sebanyak 131,706 ujian (RT-PCR dan RTK-Ag). Namun begitu, masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian terutamanya di makmal-makmal swasta. Kapasiti ini akan digunapakai sebaik-baiknya bagi menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 secara strategik.

Sebanyak 118 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 46 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Johor, lima (5) kes di Kedah, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Perak, Pahang, dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 13 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 13 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.16. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.35). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.26), Selangor (nilai RT 1.19), Kedah (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.11), Pulau Pinang (nilai RT 1.11), Melaka (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.07), Negeri Sembilan (nilai RT 1.06), Johor (nilai RT 1.05), Perak (nilai RT 1.04), dan Kelantan (nilai RT 1.02).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR5,051 (7)300,974
WP KUALA LUMPUR1,749 (12)92,837
JOHOR396 (5)76,037
SABAH286 (1)73,136
SARAWAK28969,865
NEGERI SEMBILAN1,537 (1)55,756
PULAU PINANG21037,294
KELANTAN23636,721
KEDAH50430,000
PERAK16429,771
MELAKA52623,135
PAHANG40017,183
TERENGGANU18912,181
WP LABUAN389,305
WP PUTRAJAYA402,761
PERLIS3611
JUMLAH KESELURUHAN11,618 (26)867,567

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 3

Perincian 11,618 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,0511793,08371,782
WP KUALA LUMPUR1,74933976612632
NEGERI SEMBILAN1,53719229911,045
MELAKA52622421092
KEDAH504133249122
PAHANG40013818973
JOHOR396156177558
SARAWAK2893817774
SABAH286441341107
KELANTAN2361216946
PULAU PINANG2104110564
TERENGGANU1891144926
PERAK164557435
WP PUTRAJAYA 4082111
WP LABUAN3872011
 PERLIS321
JUMLAH KESELURUHAN11,6181,7895,624264,179

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 JULAI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Persiaran Teknologi 11Tempat KerjaJohorKulai dan Johor Bahru1585
2Jalan Dian 19Tempat KerjaJohorJohor Bahru1133
3Lorong Aik HwaTempat KerjaJohorMuar1580
4Tapak Bina Metropolis 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurKepong69270
5Jalan Sinar SentulTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong911
6Jalan Ampang SejahteraTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa7114
7Lorong AraTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai1267
8Industri Alam Jaya 2/3Tempat KerjaSelangorKuala Selangor dan Gombak3337
9Jalan Medan Seksyen SembilanTempat KerjaSelangorHulu Selangor1539
10Industri Jalan Mas TujuhTempat KerjaSelangorSepang576
11Dah Ketil Industri BalingTempat KerjaKedahBaling, Kuala Muda, Kulim, dan Sik31161
12Dah Saga Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda dan Kulim75128
13Jalan Lebuh Ayer KerohTempat KerjaMelakaMelaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah3349
14Jalan Jasin BestariTempat KerjaMelakaJasin47203
15Jalan Teo Kui NgoTempat KerjaSarawakMeradong1353
16Jalan 11 MedanKomunitiSelangorSepang845
17Desa KemandolKomunitiSelangorKuala Langat1961
18Murni PerdanaKomunitiTerengganuMarang dan Dungun4391
19Bukit Tok BatKomunitiTerengganu dan PahangHulu Terengganu, Setiu, Besut, dan Bentong30210
20Jalan D’AranjoKomunitiMelakaMelaka Tengah2682
21Kampung MelamamKomunitiSabahSipitang3737
22DuyohKomunitiSarawakBau2282
23Sentosa 2Kumpulan Berisiko TinggiSarawakKuching, Samarahan, dan Asajaya52181
24Jalan Pahat 15Kumpulan Berisiko TinggiSelangorPetaling dan Sepang104463
25Jalan KelaboranKumpulan Berisiko TinggiKelantanTumpat1138
26Dah MelorKumpulan Berisiko TinggiKedahSik, Baling, Pendang, dan Kuala Muda49310


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 13 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA1.35
TERENGGANU1.26
SELANGOR1.19
KEDAH1.17
PAHANG 1.14
WP KUALA LUMPUR1.11
PULAU PINANG1.11
MELAKA1.10
SABAH1.07
NEGERI SEMBILAN1.06
JOHOR 1.05
PERAK1.04
KELANTAN1.02
SARAWAK 0.93
WP LABUAN 0.88
PERLIS0
MALAYSIA1.16