Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 15 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,095 kes (765,800 kes kumulatif, 86.9%);
  • Kes baharu : 13,215 kes (880,782 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (7 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,202 kes [10,845 warganegara (82.1%); 2,357 bukan warganegara (17.9%)];
  • Kes aktif : 108,369 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 885 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 432 kes;
  • Kes kematian : 110 kes (6,613 kes kumulatif, 0.75%; 95 warganegara, 15 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,168 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,295 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 873 kluster.

Daripada 13,215 jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 4,637 kes (35.1 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), manakala selebihnya iaitu sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori 3 hingga kategori 5. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sebanyak 110 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 45 kes di Selangor, 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Johor, lima (5) kes di Pahang, masing-masing empat (4) kes di Kedah dan Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Kelantan, dua (2) kes di Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 14 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 14 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.19. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.40). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.31), Kedah (nilai RT 1.19), Selangor (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.16), Melaka (nilai RT 1.15), Negeri Sembilan (nilai RT 1.13), Pulau Pinang (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.06), Johor (nilai RT 1.05), dan Perak (nilai RT 1.04).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,120 (7)307,094
WP KUALA LUMPUR1,499 (5)94,336
JOHOR59976,636
SABAH37073,506
SARAWAK36370,228
NEGERI SEMBILAN1,603 (1)57,359
PULAU PINANG50937,803
KELANTAN25536,976
KEDAH69530,695
PERAK34430,115
MELAKA48423,619
PAHANG22217,405
TERENGGANU7012,251
WP LABUAN269,331
WP PUTRAJAYA532,814
PERLIS3614
JUMLAH KESELURUHAN13,215 (13)880,782

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 110 kes kematian pada 15 Julai 2021 adalah seperti berikut:

LAMPIRAN 3

Perincian 13,215 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,1202644,06071,789
NEGERI SEMBILAN1,6031348841584
WP KUALA LUMPUR1,4992677025525
KEDAH695107360228
JOHOR59930821180
PULAU PINANG509266124119
MELAKA484172195117
SABAH370115148107
SARAWAK36314516751
PERAK34411414288
KELANTAN2551733943
PAHANG222739356
TERENGGANU7036277
WP PUTRAJAYA 532438
WP LABUAN262195
 PERLIS330
JUMLAH KESELURUHAN13,2152,1787,217133,807

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 JULAI 2021

NoNama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Industri Teknologi Cheng SatuTempat KerjaMelakaMelaka Tengah68299
2Jalan Anggerik MuarTempat KerjaJohorMuar68162
3Industri Jalan Perusahaan LimaTempat KerjaSelangorHulu Langat48360
4Industri Jalan Besi SatuTempat KerjaJohorKulai45360
5Salak LandTempat KerjaSarawakKuching41187
6Persiaran Tun PerakTempat KerjaSelangorHulu Langat29169
7Industri Batu 34 Dengkil – BantingTempat KerjaSelangorSepang2791
8Jalan Angkasa Mas DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru1867
9Persiaran AnggunTempat KerjaSelangorGombak1669
10Jalan Seri UtaraTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1422
11Satu TimurTempat KerjaSelangorSabak Bernam1445
12Bintang MerantiTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, Cheras13211
13Lebuh Tanjung SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1241
14Industri Dewani SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru754
15Jalan PinangTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai dan Titiwangsa798
16Sri SabahKomunitiWP Kuala LumpurCheras91627
17Desa TemuanKomunitiSelangorPetaling5591
18Kota KliasKomunitiSabahBeaufort4471
19Taman Pelangi KluangKomunitiJohorKluang17116
20Jalan Kampung Permatang PasirKomunitiKelantanBachok1424
21LangkapKomunitiNegeri SembilanKuala Pilah12109
22Tembok Pengkalan Chepa 2Pusat TahananKelantanKota Bharu dan Machang105589
23Tembok Ayer KerohPusat TahananMelakaMelaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah42120
24Pagar Tropika SatuPusat TahananJohorJohor Bahru34138
25Jalan Gombak 3Pendidikan TinggiSelangorGombak62527
26Lingkaran WawasanPendidikan TinggiWP Kuala LumpurLembah Pantai40118


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 14 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.40
WP PUTRAJAYA1.31
KEDAH1.19
SELANGOR1.18
WP KUALA LUMPUR1.17
PAHANG 1.16
MELAKA1.15
NEGERI SEMBILAN1.13
PULAU PINANG1.10
SABAH1.06
JOHOR 1.05
KELANTAN1.05
PERAK1.04
SARAWAK 0.92
WP LABUAN 0.84
PERLIS0
MALAYSIA1.19