Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 16 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,742 kes (772,542 kes kumulatif, 86.5%);
  • Kes baharu : 12,541  kes (893,323 kes kumulatif);
  • Kes import : 16 kes (12 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,525 kes [9,951 warganegara (79.4%);  2,574 bukan warganegara (20.6%)];
  • Kes aktif : 114,053 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 896 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 115 kes (6,728 kes kumulatif, 0.75%; 104 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,205 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 37 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,312 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 893 kluster.

Daripada 12,541 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 6,504 kes (51.9 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 5,848 kes (46.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), 86 kes (0.7 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 49 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), dan 54 kes (0.4 peratus) kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan/ventilator).

Sebanyak 115 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 53 kes di Selangor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing tujuh (7) kes di Johor dan Melaka, lima (5) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan dan Kedah,masing-masing tiga (3) kes di Sabah dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 15 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 15 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.20. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.32). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.27), Kedah (nilai RT 1.23), Selangor (nilai RT 1.20), Pulau Pinang (nilai RT 1.20), Negeri Sembilan (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.15), Melaka (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.12), Johor (nilai RT 1.10), Kelantan (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10), dan Sabah (nilai RT 1.09).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR5,512 (2)312,606
WP KUALA LUMPUR1,542 (12)95,878
JOHOR609 (2)77,245
SABAH32673,832
SARAWAK42370,651
NEGERI SEMBILAN1,61958,978
PULAU PINANG37638,179
KELANTAN22537,201
KEDAH45831,153
PERAK29930,414
MELAKA57524,194
PAHANG38217,787
TERENGGANU10212,353
WP LABUAN249,355
WP PUTRAJAYA622,876
PERLIS7621
JUMLAH KESELURUHAN12,541 (16)893,323

Perincian 12,541 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,5124452,97122,094
NEGERI SEMBILAN1,61987627905
WP KUALA LUMPUR1,54232965112550
JOHOR609313219275
MELAKA57531616495
KEDAH458106202150
SARAWAK4238727660
PAHANG38210521958
PULAU PINANG376128139109
SABAH326100117109
PERAK2999811784
KELANTAN2251454931
TERENGGANU102295617
WP PUTRAJAYA6284014
WP LABUAN246810
PERLIS77
JUMLAH KESELURUHAN12,5412,3025,862164,361

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 JULAI 2021

NoNama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Satu LagendaTempat KerjaMelakaMelaka Tengah dan Alor Gajah39304
2Tapak Bina Jalan LagongTempat KerjaSelangorGombak3754
3Jalan Mayang PasirTempat KerjaPulau PinangBarat Daya dan Timur Laut33302
4Industri Alam Jaya TigaTempat KerjaSelangorKuala Selangor3133
5Lorong Baiduri SatuTempat KerjaPahangMaran, Jerantut, dan Temerloh2771
6Industri Lot SatuTempat KerjaMelakaMelaka Tengah26872
7Lorong GemiaTempat KerjaTerengganuKuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, dan Kuala Nerus24144
8Jalan Mahkota KuantanTempat KerjaPahangKuantan21162
9Jalan Setiawangsa 11Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa2035
10Persiaran Cassia Selatan SatuTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan17260
11Lorong IKS Juru TigaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah1688
12Wakaf Che YehTempat KerjaKelantanKota Bharu1649
13Industri Jalan Rukun DuaTempat KerjaSelangorKuala Selangor1420
14SetapaTempat KerjaJohorKota Tinggi1362
15Jalan Gunung 32Tempat KerjaJohorJohor Bharu1240
16Jalan Chengal TemerlohTempat KerjaPahangTemerloh1265
17Seksyen 11 Jalan MajuTempat KerjaKelantanKota Bharu, Machang, dan Pasir Mas1021
18Jalan Lok HengTempat KerjaJohorKota Tinggi1030
19Persiaran SIBC SatuTempat KerjaPerakPerak Tengah849
20Jalan BangsarKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai131518
21Tok JiringKomunitiTerengganuKuala Nerus33122
22LempaongKomunitiSarawakBetong3155
23Kampung Alor HijauKomunitiKelantanPasir Puteh2555
24Bukit TinggiKomunitiSarawakMeradong2129
25Kampung Lubuk PusingKomunitiPerakManjung2154
26Kampung KukupKomunitiJohorPontian1846
27Terusan UtamaKomunitiSelangorSabak Bernam1635
28Bakti 2Pusat TahananNegeri SembilanSeremban dan Rembau402639
29Kolam Air 2Pusat TahananKedahKota Setar, Kubang Pasu, dan Pendang94208
30Tembok Choh 3Pusat TahananJohorJohor Bharu79110
31Tembok Tawakal KluangPusat TahananJohorKluang4979
32Batu Tujuh Jalan KebunKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang5558
33Pekan RanauKumpulan Berisiko TinggiSabahRanau15296
34Mahkota Batu 19Kumpulan Berisiko TinggiJohorKulai dan Johor Bahru6132
35Jalan Pulai Indah 27Pendidikan LainJohorJohor Bharu1449
36Jalan Cengal SelatanPendidikan LainWP Kuala LumpurTitiwangsa1318
37Putra BertamPendidikan LainPulau PinangSeberang Perai Utara1130


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 15 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA1.32
TERENGGANU1.27
KEDAH1.23
SELANGOR1.20
PULAU PINANG1.20
NEGERI SEMBILAN1.17
WP KUALA LUMPUR1.15
MELAKA1.14
PAHANG 1.12
JOHOR 1.10
KELANTAN1.10
PERAK1.10
SABAH1.09
SARAWAK 0.90
WP LABUAN 0.80
PERLIS0
MALAYSIA1.20