Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 17 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

17 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,629 kes (779,171 kes kumulatif, 86.0%);
  • Kes baharu : 12,528  kes (905,851 kes kumulatif);
  • Kes import : 19 kes (13 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,509 kes [9,848 warganegara (78.7%);  2,661 bukan warganegara (21.3%)];
  • Kes aktif : 119,814 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 908 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 425 kes;
  • Kes kematian : 138 kes (6,866 kes kumulatif, 0.76%; 128 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,233 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 28 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,327 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 906 kluster.

Daripada 12,528 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 6,840 kes (54.6 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 5,468 kes (43.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), 112 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 44 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), dan 64 kes (0.5 peratus) kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan). Keseluruhannya, 98.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 138 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 46 kes di Selangor, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor, 12 kes di Pahang, 11 kes di Melaka, tujuh (7) kes di Kedah, empat (4) kes di Perak, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Terengganu, dan satu (1) kes di Sabah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 16 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 16 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.19. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.25), Negeri Sembilan (nilai RT 1.21), Kedah (nilai RT 1.20), Selangor (nilai RT 1.19), Melaka (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.17), Pulau Pinang (nilai RT 1.14), Kelantan (nilai RT 1.11), Pahang (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.09), dan Johor (nilai RT 1.08).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

ELAK KORBAN AKIBAT COVID-19 KLUSTER KUNJUNG MENGUNJUNG DAN KLUSTER RENTAS NEGERI SEMASA PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA

Bermula 1 Jun 2021, iaitu sejak permulaan pelaksanaan “Total lockdown” sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan oleh KKM. Kes-kes tersebut dikesan daripada sejumlah 72,755 individu yang disaring (kadar positiviti 23.5 peratus) melalui Active Case Detection (ACD) yang dijalankan di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) secara berterusan. Daripada jumlah 17,106 kes tersebut, 105 kematian telah dilaporkan sehingga kini dan 42 kes sedang mendapatkan rawatan di ICU.

Kluster-kluster komuniti ini tercetus susulan sambutan majlis perayaan yang lalu (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai), aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung, perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah-rumah yang berlainan serta majlis pengebumian. Beberapa kluster komuniti ini turut melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan yang disebutkan di atas.

KKM juga ingin menzahirkan kekhuatiran berkaitan 21 kluster yang didapati tercetus akibat aktiviti merentas negeri (Import B). Dalam tempoh 1 Jun 2021 sehingga 16 Julai 2021 sahaja, sebanyak 1,010 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam 21 kluster ini, iaitu daripada 5,681 individu yang disaring (kadar positiviti 17.8 peratus). Kluster-kluster ini didapati melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan sambutan perayaan, mengunjungi ahli keluarga, menghadiri majlis pengebumian serta atas urusan kerja.

Negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun 2021 adalah Perak dengan lapan (8) kluster (38.1 peratus), Terengganu dengan lima (5) kluster (23.8 peratus) serta Kelantan dengan tiga (3) kluster (14.3 peratus).

Kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit diabetes atau kanser merupakan kumpulan yang sangat mudah terkesan dengan jangkitan COVID-19. Kita harus sedar bahawa sistem pertahanan tubuh mereka adalah lebih rendah dan membuatkan mereka mudah dijangkiti COVID-19. Tahap kesihatan mereka juga mudah merosot apabila dijangkiti COVID-19, sehingga ada yang boleh membawa kepada kematian. 

KKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penduduk Malaysia yang telah bersungguh-sungguh dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dan terus kekal duduk di rumah. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri yang cuai dalam mematuhi SOP serta menyebabkan penularan kes atau kejadian kluster dalam komuniti. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Justeru, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat supaya mengambil iktibar dan tidak mengulangi sikap tidak bertanggungjawab, khususnya semasa sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai 2021. Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuatkuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan. Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR4,985 (4)317,591
WP KUALA LUMPUR1,740 (15)97,618
JOHOR62577,870
SABAH64774,479
SARAWAK38871,039
NEGERI SEMBILAN1,28060,258
PULAU PINANG39638,575
KELANTAN21137,412
KEDAH70131,854
PERAK42830,842
MELAKA56924,763
PAHANG31718,104
TERENGGANU17712,530
WP LABUAN229,377
WP PUTRAJAYA 412,917
 PERLIS1622
JUMLAH KESELURUHAN12,528 (19)905,851

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

Perincian 12,528 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,985702,87642,035
WP KUALA LUMPUR1,74057964715499
NEGERI SEMBILAN1,280282581417
KEDAH70179455167
SABAH647287220140
JOHOR62532521387
MELAKA569303142124
PERAK428152100176
PULAU PINANG39617213589
SARAWAK3885727160
PAHANG3178119541
KELANTAN2111315426
TERENGGANU177847518
WP PUTRAJAYA 412615
WP LABUAN224612
 PERLIS11
JUMLAH KESELURUHAN12,5282,6065,997193,906

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 17 JULAI 2021

NoNama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Jalan Langsat ChohTempat KerjaJohorPontian3078
2Jalan Penaga 18Tempat KerjaJohorJohor Bahru1180
3Jalan Keluli EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru46236
4Perindustrian PLO 34Tempat KerjaJohorKulai1252
5Lorong Perusahaan 10Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah16155
6Lorong JelawatTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara31717
7Lorong Perusahaan 8BTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Seberang Perai Utara57705
8Lorong Perusahaan Baru TigaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan17103
9Saujana Putra SatuTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Petaling75492
10Industri Alam PerdanaTempat KerjaSelangorKuala Selangor49105
11Industri Saujana TerataiTempat KerjaSelangorKuala Selangor1417
12Tapak Bina Jalan Batu ViewTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong141327
13Jalan Limau PurutTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai2326
14Tapak Bina Jalan Awan BesarTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai270287
15Industri Jalan Usaha 13Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah29220
16Industri Lot 11 Tangga BatuTempat KerjaMelakaMelaka Tengah150585
17Industri Lot Lima Batu BerendamTempat KerjaMelakaMelaka Tengah dan Alor Gajah34852
18Industri Jalan TJ UtaraTempat KerjaNegeri SembilanSeremban4861
19Industri ChembongTempat KerjaNegeri SembilanRembau60226
20Kampung Tanjung Tok SadangKomunitiKelantanKota Bharu1220
21Kampung BujukKomunitiKelantanPasir Mas1417
22Kampung KepasKomunitiKelantanMachang712
23Rantau MelorKomunitiPahangJerantut725
24Jambatan LiawanKomunitiSabahKeningau45256
25Bedup LonggoKomunitiSarawakSerian2593
26Lorong ChinniahKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang1621
27Paya DatukKumpulan Berisiko TinggiMelakaAlor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin58294
28Jalan Seri TawarPendidikan LainPulau PinangSeberang Perai Utara1221


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 16 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA1.31
TERENGGANU1.25
NEGERI SEMBILAN1.21
KEDAH1.20
SELANGOR1.19
MELAKA1.18
WP KUALA LUMPUR1.17
PULAU PINANG1.14
KELANTAN1.11
PAHANG1.10
PERAK1.10
SABAH1.09
JOHOR1.08
SARAWAK0.92
WP LABUAN0.76
PERLIS0
MALAYSIA1.19