Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,778 kes (784,949 kes kumulatif, 85.6%);
  • Kes baharu : 10,710  kes (916,561 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (6 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 10,698 kes [8,579 warganegara (80.2%);  2,119 bukan warganegara (19.8%)];
  • Kes aktif : 124,593 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):909 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes;
  • Kes kematian : 153 kes (7,019 kes kumulatif, 0.77%; 125 warganegara, 28 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,250 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,345 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 905 kluster.

Daripada 10,710 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 95 kes (0.9 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 91 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,162 kes (38.9 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 6,317 kes (59.0 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

Keseluruhannya, hanya 2.1 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5. Meskipun peratusan kes kategori  3 hingga kategori 5 tidak tinggi, namun harus diambil perhatian bahawa:

  • Kes kategori 5 – memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 21 hari;
  • Kes kategori 4 – memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 14 hari; dan
  • Kes kategori 3 – memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama bagi yang berisiko tinggi.

Tempoh masa yang lama diperlukan bagi kes-kes ini untuk diberi jagaan di wad dan ICU, justeru mengakibatkan kapasiti katil yang sememangnya terhad kian hari menjadi semakin penuh dan sesak. Ini secara tidak langsung akan terus membebankan sistem kesihatan terutamanya di ICU, hospital, dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Oleh itu kita perlu bersama-sama menjaga diri kita, keluarga kita, dan masyarakat kita agar terlindung daripada dijangkiti COVID-19. Segeralah mendaftar dan dapatkan suntikan vaksin COVID-19 agar kita dapat melindungi diri dan melindungi semua.

Sebanyak 153 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 82 kes di Selangor, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Johor,  lapan (8) kes di Kedah, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 17 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 17 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.18. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah WP Putrajaya (nilai RT 1.26), Kedah (nilai RT 1.25), masing-masing (nilai RT 1.19) di Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang (nilai RT 1.18), masing-masing (nilai RT 1.17) di Selangor, Melaka dan Perak, Sabah (nilai RT 1.15), Kelantan (nilai RT 1.13), Pahang (nilai RT 1.11) dan Johor (nilai RT 1.10).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR4,828 (2)322,419
WP KUALA LUMPUR945 (9)98,563
JOHOR808 (1)78,678
SABAH66675,145
SARAWAK26171,300
NEGERI SEMBILAN77161,029
PULAU PINANG29538,870
KELANTAN14637,558
KEDAH69632,550
PERAK40731,249
MELAKA28925,052
PAHANG36918,473
TERENGGANU12312,653
WP LABUAN509,427
WP PUTRAJAYA 512,968
 PERLIS5627
JUMLAH KESELURUHAN10,710 (12)916,561

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 3

Perincian 10,710 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,8281203,37221,334
WP KUALA LUMPUR9451355069295
JOHOR808444270193
NEGERI SEMBILAN771101404266
KEDAH696142355199
SABAH66644912988
PERAK40790110207
PAHANG36973185111
PULAU PINANG29541109145
MELAKA28910011079
SARAWAK2612116971
KELANTAN146804224
TERENGGANU123406617
WP PUTRAJAYA 5163312
WP LABUAN5092714
 PERLIS5032
JUMLAH KESELURUHAN10,7101,8515,890122,957

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 JULAI 2021

NoNama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Industri Desa AmanTempat KerjaSelangorGombak dan Petaling4699
2Industri Jalan KlinikTempat KerjaSelangorKlang67452
3Persiaran Pekeliling BangiTempat KerjaSelangorHulu Langat1762
4AgathisTempat KerjaSabahKalabakan3384
5Sri SandauTempat KerjaSabahKinabatangan1188
6Jalan Segambut DutaTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong3960
7Industri Jalan Usaha 12Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah22132
8Dah Padang TemusuTempat KerjaKedahKuala Muda dan Pendang3672
9Batu Enam PandanTempat KerjaJohorJohor Bahru1274
10Lorong MIEL LundangTempat KerjaKelantanKota Bharu, Machang, dan Tumpat632
11Jalan Bacang 30KomunitiJohorJohor Bahru1582
12Jalan Tasek Seri AlamKomunitiJohorJohor Bahru1752
13Jalan Denai UtamaKomunitiJohorJohor Bahru1431
14Dah Kampung KerchutKomunitiKedahKubang Pasu2528
15Pos IskandarKomunitiPahangBera36221
16Tembok Tawau DuaPusat TahananSabahTawau159859
17Batu Tiga UtaraKumpulan Berisiko TinggiSabahSandakan2020


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 17 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.31
WP PUTRAJAYA1.26
KEDAH1.25
NEGERI SEMBILAN1.19
WP KUALA LUMPUR1.19
PULAU PINANG1.18
SELANGOR1.17
MELAKA1.17
PERAK1.17
SABAH1.15
KELANTAN1.13
PAHANG1.11
JOHOR1.10
SARAWAK0.94
WP LABUAN0.74
PERLIS0
MALAYSIA1.18