Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 19 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,439 kes (791,388 kes kumulatif, 85.3%);
  • Kes baharu : 10,972 kes (927,533 kes kumulatif);
  • Kes import : 48 kes (28 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 10,924 kes [8,950 warganegara (81.9%);  1,974 bukan warganegara (18.1%)];
  • Kes aktif : 128,997 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 915 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 435 kes;
  • Kes kematian : 129 kes (7,148 kes kumulatif, 0.77%; 118 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,281 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 31 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,361 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 920 kluster.

Daripada 10,972 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 26 kes (0.2 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 42 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 103 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,464 kes (40.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 6,337 kes (57.8 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4, dan 5.

Sebanyak 129 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 61 kes di Selangor, 14 kes di Kedah, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing 10 kes di Negeri Sembilan dan Melaka, sembilan (9) kes di Johor, masing-masing tiga (3) kes di Sarawak dan Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 18 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 18 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.15. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.27). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.26), Kedah (nilai RT 1.24), Sabah (nilai RT 1.21), Selangor (nilai RT 1.17), Pulau Pinang (nilai RT 1.16), Pahang (nilai RT 1.16), Negeri Sembilan (nilai RT 1.15), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.15), Melaka (nilai RT 1.12), Perak (nilai RT 1.12), Johor (nilai RT 1.12), dan Kelantan (nilai RT 1.10).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

TANDA-TANDA AWAL KEBERKESANAN PROGRAM VAKSINASI DALAM MENGURANGKAN JANGKITAN SERIUS COVID-19 (KATEGORI 4 DAN 5) KEPADA GOLONGAN WARGA EMAS

Data terkini sehingga 18 Julai 2021 oleh Hospital Sungai Buloh menunjukkan, penurunan ketara kemasukan kes-kes jangkitan serius (kategori 4 dan 5) dalam kalangan warga emas bermula pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-23. Tren penurunan ini didapati selaras dengan permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua yang telah dimulakan seawal bulan April 2021 dan mula menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanannya sejak ME ke-22 di mana kes kategori 4 dan 5 telah mulai berkurang bagi pesakit berumur 60-79 tahun (garisan hijau di dalam graf).

Graf 1 : Jumlah kemasukan ke hospital bagi kes positif kategori 4 dan 5 mengikut kumpulan umur bagi ME pertama sehingga ME ke-28

KKM juga ingin memaklumkan bahawa bermula dari 17 Julai 2021, semua warga emas (iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas) yang masih belum mendapatkan janji temu, agar hadir secara terus atau ‘walk in‘ di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan vaksin pada hari yang sama. Selain itu, PPV juga akan terus beroperasi pada setiap hujung minggu termasuk cuti umum.

Tindakan-tindakan ini selaras dengan komitmen KKM dalam membina imuniti kelompok dalam kadar yang segera. Rakyat dinasihatkan untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan serta sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang proses pengambilan vaksin di PPV.

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

KKM ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bagi semua umat Islam di Malaysia yang bakal menyambutnya pada 20 Julai 2021. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik erti pengorbanan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR4,404 (40)326,823
WP KUALA LUMPUR609 (4)99,172
JOHOR876 (4)79,554
SABAH65175,796
SARAWAK30171,601
NEGERI SEMBILAN1,34062,369
PULAU PINANG42639,296
KELANTAN17037,728
KEDAH70533,255
PERAK32431,573
MELAKA47425,526
PAHANG47518,948
TERENGGANU14412,797
WP LABUAN249,451
WP PUTRAJAYA483,016
PERLIS1628
JUMLAH KESELURUHAN10,972 (48)927,533

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 129 kes kematian pada 19 Julai 2021 adalah seperti berikut:

NegeriBil KesJantinaKewarganegaraanTempat KematianSejarah Penyakit
LelakiPerempuanWNBWNHospitalBID
Selangor61372453854742
Kedah149514-14-14
WP Kuala Lumpur1192921019
Negeri Sembilan106410-9110
Melaka107310-10-10
Johor9459-819
Terengganu 3213-3-3
Sarawak32121122
Sabah22-2-112
Perak2112-2-1
Pulau Pinang2-22-2-1
Kelantan11-1-1-1
WP Labuan1-11-1-1
Jumlah 12980491181111613105

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

* BID merujuk kepada Brought In Dead

LAMPIRAN 3

Perincian 10,972 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,404492,798401,517
NEGERI SEMBILAN1,34044955-341
JOHOR8765292214122
KEDAH70583349-273
SABAH651372177-102
WP KUALA LUMPUR6091692544182
PAHANG475186248-41
MELAKA474248162-64
PULAU PINANG426146151-129
PERAK32479149-96
SARAWAK30136187-78
KELANTAN1709542-33
TERENGGANU1445165-28
WP PUTRAJAYA48933-6
WP LABUAN24216-6
PERLIS1-1--
JUMLAH KESELURUHAN10,9722,0985,808483,018

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 19 JULAI 2021

NoNama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Industri Jalan Firma KluangTempat KerjaJohorKluang67305
2Industri Jalan SeelongTempat KerjaJohorKulai1911,630
3Jalan Rami DuaTempat KerjaJohorMuar51170
4Kampung Parit TiramTempat KerjaJohorMuar3439
5Industri ValdorTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan1341
6Lebuh TenggiriTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah662
7Jalan Bayan LepasTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan24344
8Jalan Usahawan LimaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara1050
9Tapak Bina Jalan BinjaiTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai16269
10Jalan JambuTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1735
11Tapak Bina Jalan KamuningTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai761,687
12Industri Elektronik BembanTempat KerjaMelakaJasin37232
13Teknologi Lot Enam 2Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah47135
14Dah 3/6 Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda dan Sik80186
15Jalan Kilang Satu JelapangTempat KerjaPerakKinta3780
16PauhTempat KerjaSabahKinabatangan2327
17Industri Persiaran SultanTempat KerjaSelangorKlang54128
18Gudang Desa CorinaTempat KerjaPahangCameron Highlands19154
19Jalan Desa Mutiara LapanKomunitiJohorJohor Bahru13117
20Parit BetingKomunitiJohorMuar1424
21Kampung Dewan BesarKomunitiKelantanMachang1821
22Sungai LongKomunitiKelantanJeli dan Kuala Krai1330
23Jalan Pak Ngah AzizKomunitiPahangKuantan25153
24AngsanaKomunitiSabahPapar2929
25Jalan SelalangKomunitiSarawakSarikei3789
26Bukit TebukKomunitiTerengganuDungun23288
27Jalan Rekang TangokKumpulan Berisiko TinggiKelantanBachok, Kota Bharu, dan Pasir Puteh749
28Jalan Midah 8AKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurCheras2237
29DTI Machap Umboo 2Pusat TahananMelakaAlor Gajah32210
30Tembok Kemus 2Pusat TahananMelakaAlor Gajah dan Jasin4063
31TroitskyImportJohorJohor Bahru dan Kota Tinggi520


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 18 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.27
WP PUTRAJAYA1.26
KEDAH1.24
SABAH1.21
SELANGOR1.17
PULAU PINANG1.16
PAHANG1.16
NEGERI SEMBILAN1.15
WP KUALA LUMPUR1.15
MELAKA1.12
PERAK1.12
JOHOR1.12
KELANTAN1.10
SARAWAK0.93
WP LABUAN0.77
PERLIS0
MALAYSIA1.15