Press

Kenyataan Akhbar KPK 20 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,567 kes (798,955 kes kumulatif, 85.0%);
  • Kes baharu : 12,366 kes (939,899 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,358 kes [10,002 warganegara (80.9%);  2,356 bukan warganegara (19.1%)];
  • Kes aktif : 133,703 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 924 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 448 kes;
  • Kes kematian : 93 kes (7,241 kes kumulatif, 0.77%; 91 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,299 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 18 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,379 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 920 kluster.

Daripada 12,366 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 52 kes (0.4 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 33 kes (0.3 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 93 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,861 kes (39.2 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 7,327 kes (59.3 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4, dan 5.

Sebanyak 93 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 31 kes di Selangor, 16 kes di Johor, sembilan (9) kes di Melaka, lapan (8) kes di Kedah, tujuh (7) kes di Pahang, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, dan Sarawak, serta satu (1) kes di Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 19 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 19 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (nilai RT 1.24), Sabah (nilai RT 1.23), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.22), Pulau Pinang (nilai RT 1.20), Johor (nilai RT 1.18), Negeri Sembilan (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.15), Melaka (nilai RT 1.14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10), dan Kelantan (nilai RT 1.09).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR5,524 (4)332,347
WP KUALA LUMPUR1,580 (4)100,752
JOHOR79380,347
SABAH65776,453
SARAWAK35171,952
NEGERI SEMBILAN97063,339
PULAU PINANG46039,756
KELANTAN17937,907
KEDAH70133,956
PERAK29531,868
MELAKA30925,835
PAHANG28819,236
TERENGGANU19012,987
WP LABUAN179,468
WP PUTRAJAYA 503,066
 PERLIS2630
JUMLAH KESELURUHAN12,366 (8)939,899

LAMPIRAN 3

Perincian 12,366 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,5241223,56741,831
WP KUALA LUMPUR1,5802158554506
NEGERI SEMBILAN970179555-236
JOHOR793479237-77
KEDAH70145505-151
SABAH657317199-141
PULAU PINANG460127218-115
SARAWAK35161239-51
MELAKA30999161-49
PERAK29546117-132
PAHANG28889149 50
TERENGGANU19010334-53
KELANTAN1796273-44
WP PUTRAJAYA 50123-26
WP LABUAN17313-1
 PERLIS2-1-1
JUMLAH KESELURUHAN12,3661,9486,94683,464

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Haji SiratTempat KerjaSelangorKlang, Kuala Selangor, dan Petaling140945
2Industri Persiaran SubangTempat KerjaSelangorPetaling, Klang, dan Hulu Langat107143
3Alam Jaya LimaTempat KerjaSelangorKuala Selangor33107
4Industri Kenanga SatuTempat KerjaSelangorHulu Selangor dan Hulu Langat2078
5Simpang JeramTempat KerjaJohorMuar2029
6Jalan Sri PelangiTempat KerjaJohorJohor Bahru1735
7Jalan Istimewa DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru dan Kota Tinggi1451
8Tapak Bina Jalan Kia PengTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai51297
9Jalan Berhala MerahTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai1220
10Jalan StadiumTempat KerjaKelantanKota Bharu822
11Industri Teknologi Cheng 30Tempat KerjaMelakaAlor Gajah dan Melaka Tengah68496
12Jalan WaterfrontTempat KerjaNegeri SembilanPort Dickson42116
13Pasar Besar DungunTempat KerjaTerengganuDungun51159
14Kampung PukakKomunitiSabahTuaran1756
15Kampung Sungai SeputehKomunitiPerakLarut, Matang, dan Selama1013
16Jalan Bukit ChagarKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru61113
17Paya LuasKumpulan Berisiko TinggiPahangTemerloh, Bera, Jerantut, Maran, dan Bentong1012,037
18DTI BidorPusat TahananPerakBatang Padang, Hilir Perak, Kerian, dan Manjung48352


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 19 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.30
KEDAH1.24
SABAH1.23
WP PUTRAJAYA1.22
PULAU PINANG1.20
JOHOR 1.18
NEGERI SEMBILAN1.17
PAHANG 1.16
SELANGOR1.15
MELAKA1.14
WP KUALA LUMPUR1.10
PERAK1.10
KELANTAN1.09
SARAWAK 0.92
WP LABUAN 0.77
PERLIS0
MALAYSIA1.14

Categories: Press