Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,902 kes (806,857 kes kumulatif, 84.8%);
  • Kes baharu : 11,985 kes (951,884 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 11,978 kes [10,445 warganegara (87.2%);  1,533 bukan warganegara (12.8%)];
  • Kes aktif : 137,587 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 927 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 199 kes (7,440 kes kumulatif, 0.78%; 173 warganegara, 26 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,329 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,398 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 931 kluster.

Daripada 11,985 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 65 kes (0.5 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 178 kes (1.5 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,847 kes (48.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 5,850 kes (48.9 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, hanya 2.4 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 97.6 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa. KKM telah mengambil pendekatan bagi kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai untuk di kuarantin/isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital. Kes-kes kategori 3 hingga 5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital, dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Melihat situasi jumlah kes harian yang kekal tinggi, sememangnya katil-katil di hospital terutamanya ICU adalah penuh dengan pesakit. Daripada laporan yang diterima CPRC Kebangsaan dan CPRC Perkhidmatan Hospital, kumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas.

Oleh itu, KKM ingin terus menyeru warga Malaysia terutamanya daripada kumpulan umur 18 hingga 59 tahun untuk mendaftar, mengikut temujanji yang ditetapkan, dan hadir mendapatkan vaksin COVID-19.

Sebanyak 199 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 84 kes di Selangor, 57 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Pahang, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes  di Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 20 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 20 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.12. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Sabah (nilai RT 1.25), Kedah (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.22), Johor (nilai RT 1.20), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.19), Selangor (nilai RT 1.15), Negeri Sembilan (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.14), Perak (nilai RT 1.13), Melaka (nilai RT 1.12), Kelantan (nilai RT 1.10), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.08).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR5,550 (3)337,897
WP KUALA LUMPUR1,174 (2)101,926
JOHOR644 (2)80,991
SABAH47476,927
SARAWAK26172,213
NEGERI SEMBILAN74564,084
PULAU PINANG36240,118
KELANTAN38638,293
KEDAH80034,756
PERAK27432,142
MELAKA45326,288
PAHANG60319,839
TERENGGANU17113,158
WP LABUAN359,503
WP PUTRAJAYA513,117
PERLIS2632
JUMLAH KESELURUHAN11,985 (7)951,884

LAMPIRAN 3

Perincian 11,985 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,5501743,67931,694
WP KUALA LUMPUR1,1742025292441
KEDAH80092480-228
NEGERI SEMBILAN745110450-185
JOHOR6442452782119
PAHANG603154375-74
SABAH47482227-165
MELAKA453203190-60
KELANTAN386168146-72
PULAU PINANG362108128-126
PERAK2745398-123
SARAWAK26171115-75
TERENGGANU17132123-16
WP PUTRAJAYA 51625-20
WP LABUAN35722-6
 PERLIS2-1-1
JUMLAH KESELURUHAN11,9851,7076,86673,405

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Jalan LangatTempat KerjaSelangorKlang4092
2Industri Jalan Jati KiriTempat KerjaSelangorKlang55115
3Industri Anggerik Mokara 47Tempat KerjaSelangorKlang19402
4Industri Sungai Kayu Ara 32Tempat KerjaSelangorKlang, Kuala Langat, dan Petaling77419
5Industri Meranti Utama SatuTempat KerjaSelangorSepang17338
6Jalan SeladangTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah2254
7Jalan Jelawat SatuTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah5230
8Industri Sungai BaongTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah14239
9Tingkat Mak Mandin LimaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara25268
10PLO Jalan TembagaTempat KerjaJohorJohor Bahru14143
11Jalan Tanjong PuteriTempat KerjaJohorJohor Bahru1054
12Simpang Pinggiran TongkangTempat KerjaJohorBatu Pahat19215
13Lorong Bukit EnamTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras95115
14Dah Tapak Bina PauhTempat KerjaKedahPendang dan Kuala Muda1846
15Sawit LungTempat KerjaSabahBeluran1540
16Industri KKIP SelatanTempat KerjaSabahKota Kinabalu dan Tuaran1266
17Pengkalan Barat 2Tempat KerjaPerakKinta9140
18Jalan Melor KeterehKomunitiKelantanKota Bharu1932
19Kampung SirehKomunitiKelantanKota Bharu925
20Kampung JohKomunitiKelantanMachang1823
21Jalan Melur TangkakKomunitiJohorTangkak1216
22Jalan PaipKomunitiJohorTangkak1213
23Sungai SebatuKomunitiSarawakMeradong3399
24Dah Kuala JerlunKomunitiKedahKubang Pasu3037
25NabunKomunitiPahangLipis2125
26Jalan DaudKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa935
27Lorong Ampang DuaKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa2529
28Taman Sentosa NeramKeagamaanTerengganuKuantan2743
29Kampung Hujung TanjungKeagamaanKelantanKota Bharu1123
30Kampung Tengah DalamInstitusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar Dibawah KPMJohorKluang30116


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.31
SABAH1.25
KEDAH1.23
PULAU PINANG1.22
JOHOR 1.20
WP PUTRAJAYA1.19
SELANGOR1.15
NEGERI SEMBILAN1.14
PAHANG 1.14
PERAK1.13
MELAKA1.12
KELANTAN1.10
WP KUALA LUMPUR1.08
SARAWAK 0.95
WP LABUAN 0.75
PERLIS0
MALAYSIA1.12