Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 22 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 8,436 kes (815,293 kes kumulatif, 84.5%);
  • Kes baharu : 13,034 kes (964,918 kes kumulatif);
  • Kes import : 25 kes (19 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,009 kes [11,446 warganegara (88.0%);  1,563 bukan warganegara (12.0%)];
  • Kes aktif : 142,051 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):938 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 134 kes (7,574 kes kumulatif, 0.79%; 119 warganegara, 15 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,361 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 32 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,415 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 946 kluster.

Daripada 13,034 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 13 kes (0.1 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 72 kes (0.5 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 124 kes (1.0 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,646 kes (43.3 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 7,179 kes (55.1 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. Secara keseluruhannya, hanya 1.6 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 98.4 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa.

Sebanyak 134 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 39 kes di Selangor, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Negeri Sembilan, 15 kes di Johor, masing-masing tujuh (7) kes di Perak dan Melaka, lima (5) kes di Pahang, empat (4) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes  di Pulau Pinang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta satu (1) kes di Sabah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 21 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 21 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (nilai RT 1.25), Sabah (nilai RT 1.21), Pulau Pinang (nilai RT 1.21), Johor (nilai RT 1.20), Pahang (nilai RT 1.19), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.18), Kelantan (nilai RT 1.18), Selangor (nilai RT 1.15), Perak (nilai RT 1.12), Negeri Sembilan (nilai RT 1.10), Melaka (nilai RT 1.10), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.07).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,049 (7)343,946
WP KUALA LUMPUR1,611 (8)103,537
JOHOR791 (4)81,782
SABAH49777,424
SARAWAK644 (1)72,857
NEGERI SEMBILAN711 (5)64,795
PULAU PINANG37140,489
KELANTAN24038,533
KEDAH70135,457
PERAK28432,426
MELAKA35326,641
PAHANG26120,100
TERENGGANU39113,549
WP LABUAN249,527
WP PUTRAJAYA 1003,217
 PERLIS6638
JUMLAH KESELURUHAN13,034 (25)964,918

LAMPIRAN 3

Perincian 13,034 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,0491993,85971,984
WP KUALA LUMPUR1,6113096668628
JOHOR7913193204148
NEGERI SEMBILAN711894415176
KEDAH70196446-159
SARAWAK644288305150
SABAH497118240-139
TERENGGANU391151136-104
PULAU PINANG37181155-135
MELAKA353112167-74
PERAK28464130-90
PAHANG26193115-53
KELANTAN24015451-35
WP PUTRAJAYA1001668-16
WP LABUAN24216-6
PERLIS6-5-1
JUMLAH KESELURUHAN13,0342,0917,120253,798

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri TerataiTempat KerjaSelangorKlang, Petaling, Kuala Selangor, dan Hulu Langat255900
2Industri Jalan SungaiTempat KerjaSelangorHulu Langat164458
3Industri Jalan BangiTempat KerjaSelangorHulu Langat159214
4Jalan TTP SatuTempat KerjaSelangorSepang2635
5Tapak Bina Jalan Merah CagaTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras105199
6Tapak Bina Jalan GadingTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai73295
7Jalan Wangsa DelimaTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa2044
8Jalan Medan BunusTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai1440
9Teknologi Senai 21Tempat KerjaJohorKulai32145
10Jalan NIP IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru2134
11Tapak Bina RayaTempat KerjaJohorMuar1725
12Persiaran Cassia Selatan TujuhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, dan Barat Daya26631
13Jalan Permatang PauhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara1244
14Industri Perai LapanTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah1282
15Industri Tunas BaruTempat KerjaMelakaAlor Gajah44109
16Angkasa NuriTempat KerjaMelakaAlor Gajah dan Melaka Tengah2775
17Industri 3/5 TemerlohTempat KerjaPahangTemerloh2364
18Kuala TahanTempat KerjaPahangJerantut1850
19Dah Perusahaan Lima Industri KulimTempat KerjaKedahBaling, Kulim, Bandar Baharu, dan Kuala Muda118194
20Jalan Demak LautTempat KerjaSarawakKuching, Bau, Asajaya, Samarahan, dan Serian30186
21KurilTempat KerjaSabahKinabatangan1297
22Jalan Cenderai SembilanKomunitiJohorJohor Bahru1430
23Putri Fasa EnamKomunitiJohorKulai dan Johor Bahru1435
24Jalan Permas LapanKomunitiJohorJohor Bahru1152
25Kampung Kuala GelKomunitiKelantanBachok dan Kota Bharu1438
26Kebun LamaKomunitiSabahPapar dan Kota Kinabalu2761
27Abu BengangKomunitiSarawakSaratok131193
28Padang PulutKomunitiTerengganuDungun48158
29Jalan GC SatuInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPMSelangorSepang2077
30Jalan Dwitasik SatuInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPMWP Kuala LumpurCheras932
31Dah KempasKumpulan Berisiko TinggiKedahKuala Muda5766
32Taman Kok DohKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurKepong  918


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.31
KEDAH1.25
SABAH1.21
PULAU PINANG1.21
JOHOR 1.20
PAHANG 1.19
WP PUTRAJAYA1.18
KELANTAN1.18
SELANGOR1.15
PERAK1.12
NEGERI SEMBILAN1.10
MELAKA1.10
WP KUALA LUMPUR1.07
SARAWAK 0.95
WP LABUAN 0.73
PERLIS0
MALAYSIA1.09