Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 23 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 10,094 kes (825,387 kes kumulatif, 84.8%);
  • Kes baharu : 15,573 kes (980,491 kes kumulatif);
  • Kes import : 32 kes; (12 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,541 kes; [13,395 warganegara (86.2%);  2,146 bukan warganegara (13.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 939 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 456 kes;
  • Kes kematian : 144 kes (7,718 kes kumulatif, 0.79%)
  • Jumlah kluster : 3,391 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,433 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 958 kluster.

Daripada 15,573 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 29 kes (0.2 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 74 kes (0.5 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 102 kes (0.6 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 7,095 kes (45.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 8,273 kes (53.1 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, 1.3 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. 

Sebanyak 144 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 66 kes di Selangor, 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Johor, 13 kes di Melaka, 10 kes di Negeri Sembilan,  lapan (8) kes di Pahang, enam (6) kes di Kedah, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 22 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 22 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.44). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (nilai RT 1.22), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.22), Johor (nilai RT 1.20), Sabah (nilai RT 1.19), Pulau Pinang (nilai RT 1.18), Kelantan (nilai RT 1.16), Pahang (nilai RT 1.15), Selangor (nilai RT 1.14), Melaka (nilai RT 1.11), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.09), Negeri Sembilan (nilai RT 1.06), Sarawak (nilai RT 1.04), dan Perak (nilai RT 1.02).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenalpasti sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2. Kesemua 119 kes adalah Variant of Concern (VOC);

  • 106 kes varian Delta (B.1.617.2);
  • 10 kes varian Beta (B.1.351); dan
  • Tiga (3) kes varian Alpha (B.1.1.7).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 429 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 409 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta,  empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta. Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR7,672 (10)351,618
WP KUALA LUMPUR2,063 (12)105,600
JOHOR722 (1)82,504
SABAH51677,940
SARAWAK46173,318
NEGERI SEMBILAN68265,477
PULAU PINANG53041,019
KELANTAN37238,905
KEDAH93736,394
PERAK41532,841
MELAKA45227,093
PAHANG457 (9)20,557
TERENGGANU22913,778
WP LABUAN219,548
WP PUTRAJAYA 413,258
 PERLIS3641
JUMLAH KESELURUHAN15,573 (32)980,491

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 3

Perincian 15,573 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,6722185,135102,309
WP KUALA LUMPUR2,0632001,06212789
JOHOR7221923601169
NEGERI SEMBILAN68270457-155
KEDAH93778574-285
SARAWAK46197289-75
SABAH516161216-139
TERENGGANU22949127-53
PULAU PINANG53073214-243
MELAKA452121237-94
PERAK41589188-138
PAHANG45788308952
KELANTAN372178164-30
WP PUTRAJAYA41131-9
WP LABUAN21212-7
PERLIS3---3
JUMLAH KESELURUHAN15,5731,6179,374324,550

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 23 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Kampung Baru Bukit Kecil LabokKomunitiKelantanMachang dan Kota Bharu1238
2Kampung Banggol Pak EsahKomunitiKelantanPasir Puteh1924
3Paloh Pintu GengKomunitiKelantanKota Bharu1123
4Kampung Jambu PanjiKomunitiKelantanKota Bharu1017
5Kampung Bukit MerbauKomunitiKelantanPasir Puteh3560
6KerillaKomunitiKelantanTanah Merah923
7Jalan Bistari YayasanKomunitiJohorSegamat dan Johor Bahru1938
8Jalan Mohd ArisKomunitiJohorMersing25161
9Biak DaratKomunitiPerakPerak Tengah1539
10MuhibahKomunitiSelangorSabak Bernam1630
11Desa Ayer HitamKomunitiSelangorSepang40196
12Ulu SenulauKomunitiSarawakSaratok3557
13Balai Ringin MelayuKomunitiSarawakSerian dan Simunjan80150
14Bukit BeranganKomunitiPerakHulu Perak36293
15Teluk MenaraKomunitiTerengganuKuala Terengganu3891
16Kampung MananamKomunitiSabahTongod20272
17Jalan Temenggung IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru790
18Ulu PulaiTempat KerjaJohorPontian937
19Jalan Stesen TVTempat KerjaSabahTawau68124
20Bukit MasTempat KerjaSabahKinabatangan1145
21 Industri Kenanga LapanTempat Kerja  SelangorHulu Selangor3286
22Tapak Bina Jalan PutraTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai23154
23Jalan Batu KarangTempat KerjaPerakKampar dan Batang Padang34228
24Jalan Pesisir Bintulu-MiriTempat KerjaSarawakBintulu25312
25Sutera SogaKumpulan Berisiko TinggiJohorBatu Pahat13102
26Off Jalan Bandar PGKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru dan Pontian1049
27Jalan Utara 2Kumpulan Berisiko TinggiSabahSandakan1359
28Jalan Alam Jaya 2/7Kumpulan Berisiko TinggiSelangorKuala Selangor3353
29JenderamKeagamaanSelangorSepang719
30Jalan Yahya 3Pendidikan TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa17576

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 22 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.44
KEDAH1.22
WP PUTRAJAYA1.22
JOHOR 1.20
SABAH1.19
PULAU PINANG1.18
KELANTAN1.16
PAHANG 1.15
SELANGOR1.14
MELAKA1.11
WP KUALA LUMPUR1.09
NEGERI SEMBILAN1.06
SARAWAK 1.04
PERAK1.02
WP LABUAN 0.74
PERLIS0
MALAYSIA1.07

LAMPIRAN 6