Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 24 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 9,471 kes (834,858 kes kumulatif, 83.8%);
  • Kes baharu : 15,902 kes (996,393 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes; (7 warganegara, 19 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,876 kes; [12,842 warganegara (80.9%);  3,034 bukan warganegara (19.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 950 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 468 kes;
  • Kes kematian : 184 kes (7,902 kes kumulatif, 0.79%, 157 warganegara, 27 bukan warganegara);)
  • Jumlah kluster : 3,418 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,442 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 976 kluster.

Daripada 15,902 kes harian yang dilaporkan pada hari ini di mana semasa mereka baharu didiagnosa, sebanyak 260 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 129 kes (0.8 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 127 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 6,901 kes (43.4 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,485 kes (53.4 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, semasa mereka baharu didiagnosa 3.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5.

Sebanyak 184 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 87 kes di Selangor, 17 kes di Kedah, 16 kes di Pahang, 15 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka, enam (6) kes di Pulau Pinang, tiga (3) kes di Terengganu dan dua (2) kes di Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 23 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 23 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.37) diikuti oleh Kedah (nilai RT 1.23) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR7,351 (3)358,969
WP KUALA LUMPUR2,406 (15)108,006
JOHOR804 (8)83,308
SABAH71278,652
SARAWAK26173,579
NEGERI SEMBILAN62566,102
PULAU PINANG50541,524
KELANTAN50239,407
KEDAH86737,261
PERAK46933,310
MELAKA63127,724
PAHANG40620,963
TERENGGANU26714,045
WP LABUAN309,578
WP PUTRAJAYA 593,317
 PERLIS7648
JUMLAH KESELURUHAN15,902 (26)996,393

LAMPIRAN 3

Perincian 15,902 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,351944,69132,563
WP KUALA LUMPUR2,4063591,15815874
KEDAH867145504-218
JOHOR8042983048194
SABAH712122383-207
MELAKA631387131-113
NEGERI SEMBILAN62567376-182
PULAU PINANG50579197-229
KELANTAN502189242-71
PERAK46982238-149
PAHANG406130242-34
SARAWAK26143118-100
TERENGGANU26768126-73
WP PUTRAJAYA59-44-15
WP LABUAN30117-12
PERLIS7-6-1
JUMLAH KESELURUHAN15,9022,0648,777265,035

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 24 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Kota BurokTempat KerjaJohorMuar5276
2DPB Lima Tanjung PelepasTempat KerjaJohorJohor Bahru14195
3A6 Tanjung PelepasTempat KerjaJohorJohor Bahru746
4Jalan Helang BukitTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong3661
5Tapak Bina Jalan Pasar SentulTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong95179
6Tapak Bina Sungai BunusTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa75214
7Industri Jalan Raja NongTempat KerjaSelangorKlang45127
8Jalan Besar Tanjung SepatTempat KerjaSelangorKuala Langat911
9Dah 2/2 Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda13274
10Dah Tupah Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda82138
11Kledang Utara TigaTempat KerjaPerakKinta dan Kerian3040
12Jalan Maharani IntanTempat KerjaPerakHilir Perak1637
13Pekan JelawatTempat KerjaKelantanBachok dan Pasir Puteh8115
14Jalan Perniagaan JelatangTempat KerjaMelakaAlor Gajah3365
15Industri Jalan Batu MalimTempat KerjaPahangRaub dan Lipis11644
16Bukit BangkongKomunitiSelangorSepang33137
17Sungai MelutKomunitiSelangorSepang2392
18Kampung Dato’ Abu Bakar BagindaKomunitiSelangorSepang70304
19Nosoob BaruKomunitiSabahPenampang1730
20Kampung Lubok StolKomunitiKelantanPasir Mas99
21Kubang PalasKomunitiTerengganuHulu Terengganu dan Marang47386
22Padang Lalang TemerlohKomunitiPahangTemerloh2167
23Jalan Dang WangiPusat TahananWP Kuala LumpurLembah Pantai55104
24Tembok Nanas 2Pusat TahananJohorPontian19168
25Seksyen 17 Lembah SirehPendidikan TinggiKelantanKota Bharu912
26Jalan Mat SallehKumpulan Berisiko TinggiSabahKota Kinabalu, Penampang, Papar, Ranau, dan Putatan35252
27SalamisImportJohorKota Tinggi1023

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 23 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.37
KEDAH1.23
PULAU PINANG1.22
KELANTAN1.20
WP PUTRAJAYA1.19
JOHOR 1.19
SABAH1.17
PAHANG 1.17
SELANGOR1.15
MELAKA1.12
WP KUALA LUMPUR1.11
PERAK1.07
NEGERI SEMBILAN1.04
SARAWAK 1.03
WP LABUAN 0.71
PERLIS0
MALAYSIA1.09