Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,373 kes (877,812 kes kumulatif, 82.7%);
  • Kes baharu : 17,405 kes (1,061,476 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (3 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,399 kes [14,341 warganegara (82.4%); 3,058 bukan warganegara (17.6%)];
  • Kes aktif : 175,113 kes;
  • Kes  yang memerlukan rawatan  di  Unit  Rawatan Rapi (ICU): 1,016 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 529 kes;
  • Kes kematian : 143 kes (8,551 kes kumulatif, 0.80%; 123 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,568 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 41 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,518 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,050 kluster.

Daripada 17,405 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 374 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala, sebanyak 17,031 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 2,032 kes (11.7 peratus) daripada jumlah kes pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti di bawah.

Sebanyak 143 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 41 kes di Selangor, 21 kes di Negeri Sembilan, 17 kes di Johor, 14 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Perak, 10 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta tiga (3) kes di Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 27 JULAI 2021)

Berdasarkan data terkini pada 27 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30) diikuti oleh  Kelantan (nilai RT 1.27), dan Johor, Sabah, serta Kedah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4)  kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering  ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(                    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR7,171 (2)387,764
WP KUALA LUMPUR2,880 (4)116,813
JOHOR76787,381
SABAH91381,844
SARAWAK46475,211
NEGERI SEMBILAN86368,599
PULAU PINANG76043,877
KEDAH1,11241,749
KELANTAN53241,143
PERAK40635,498
MELAKA53129,672
PAHANG42922,605
TERENGGANU49015,370
WP LABUAN169,634
WP PUTRAJAYA683,651
PERLIS3665
JUMLAH KESELURUHAN17,405 (6)1,061,476

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 3

Perincian 17,405 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN- LAIN
SELANGOR7,1713384,12822,703
WP KUALA LUMPUR2,8803031,26041,313
KEDAH1,112181614317
SABAH913189500224
NEGERI SEMBILAN863327430106
JOHOR767233381153
PULAU PINANG760140350270
KELANTAN532198178156
MELAKA53122321989
TERENGGANU490164184142
SARAWAK4641734998
PAHANG4296231849
PERAK40654164188
WP PUTRAJAYA6824422
WP LABUAN16115
PERLIS312
JUMLAH KESELURUHAN17,4052,4319,13165,837

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 28 JULAI 2021

  NO  NAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTER  NEGERI  DAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Lorong Perindustrian Bukit Minyak 21Tempat KerjaPulau pinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya, dan Timur Laut34606
2Industri Bukit Minyak 88ATempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan30800
3Jalan PenangTempat KerjaPulau PinangTimur Laut2552
4Industri Persiaran Cassia SelatanTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan25203
5Tapak Bina Depot Laluan KlangTempat KerjaSelangorKlang145284
6Industri Jalan SallehTempat KerjaSelangorKlang, Hulu Langat, Petaling, dan Kuala Selangor1231,041
7Industri Selesa 2Tempat KerjaSelangorHulu Langat118173
8Jalan Jurutera 23Tempat KerjaSelangorPetaling dan Klang19110
9Tapak Bina Desa PahlawanTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa34240
10Desa Tun 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurCheras26217
11Jalan LangkawiTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa737
12Jalan PBR 38Tempat KerjaMelakaAlor Gajah dan Melaka Tengah38165
13Jalan Food CityTempat KerjaMelakaMelaka Tengah2790
14Tapak Bina Ayer SalakTempat KerjaMelakaMelaka Tengah2650
15Jalan Platinum EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru1661
16Jalan Gemilang SembilanTempat KerjaJohorJohor Bahru1677
17Dah Puteri Industri BalingTempat KerjaKedahBaling, Kuala Muda, Kulim, dan Sik86364
18Dah Cendana Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda35142
19Tapak Bina Jalan BBNTempat KerjaNegeri SembilanSeremban161346
20Industri Jalan Tuanku Jaafar UtaraTempat KerjaNegeri SembilanSeremban54143
21Bukit BerembunTempat KerjaPahangRompin1741
22Industri Chandan Raya 1/3Tempat KerjaPerakKinta27210
23Kampung Banggol TelipotKomunitiKelantanPasir Puteh3356
24Pos BrookeKomunitiKelantanGua Musang1994
25Lorong Masjid Padang BongorKomunitiKelantanKota Bharu1225
26Kampung Melor Lama PeringatKomunitiKelantanKota Bharu1120
27Taman Puteri PulongKomunitiKelantanKota Bharu dan Machang1021
28Kampung Hujung Repek MelawiKomunitiKelantanBachok618
29BayanganKomunitiSabahKeningau21104
30Menawo BaitahKomunitiSabahKeningau1636
31Bariawa LautKomunitiSabahKeningau1337
32Jalan InaiKomunitiPahangTemerloh2356
33Simpang ChenerasKomunitiPahangLipis1641
34Taman SelesaKomunitiTerengganuDungun65532
35Majupadu LapanKomunitiJohorKluang2635
36Taman Bertam IndahKomunitiMelakaMelaka Tengah2328
37Dah Kampung PongKomunitiKedahPadang Terap17150
38Kampung Gelok BukitKomunitiPerakHulu Perak13118
39Pagar KluangPusat TahananJohorKluang3965
40Pagar BachokPusat TahananKelantanBachok1728
41Jalan Seroja 33Pendidikan LainSelangorSepang935

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 27 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.30
KELANTAN1.27
KEDAH1.23
JOHOR1.23
SABAH1.23
PULAU PINANG1.21
PERAK1.20
WP PUTRAJAYA1.18
WP KUALA LUMPUR1.14
SELANGOR1.12
PAHANG1.10
MELAKA1.09
SARAWAK1.01
NEGERI SEMBILAN0.98
WP LABUAN0.63
PERLIS0
MALAYSIA1.14