Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 31 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 11,718 kes (914,639 kes kumulatif, 82.2%);
  • Kes baharu : 17,786 kes (1,113,272 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (5 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,777 kes [15,151 warganegara (85.2%);  2,626 bukan warganegara (14.8%)];
  • Kes aktif : 189,609 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,062 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 534 kes;
  • Kes kematian : 165 kes (9,024 kes kumulatif, 0.81%; 155 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,679 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 28 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,573 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,106 kluster.

Daripada 17,786 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 260 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,526 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut setiap kategori adalah seperti Rajah 1

Rajah 1 Status Vaksinasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 165 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 52 kes di Selangor, 30 kes di Johor, 23 kes di Negeri Sembilan,  18 kes di Kedah, masing-masing sembilan (9) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Pulau Pinang, empat (4) kes di Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Perak,Terengganu, dan Sarawak,  dua (2) kes di Pahang serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Perlis.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 30 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 30 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.12. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.29) dan Kelantan (nilai RT 1.29) diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,400 (9)407,419
WP KUALA LUMPUR1,962123,027
JOHOR1,14490,683
SABAH1,03584,721
SARAWAK48576,728
NEGERI SEMBILAN92971,491
PULAU PINANG71345,833
KEDAH1,38945,631
KELANTAN58042,994
PERAK77537,679
MELAKA69731,366
PAHANG65324,436
TERENGGANU88316,948
WP LABUAN99,661
WP PUTRAJAYA1163,951
PERLIS16704
JUMLAH KESELURUHAN17,786 (9)1,113,272

LAMPIRAN 3

Perincian 17,786 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,4002623,77692,353
WP KUALA LUMPUR1,962239995-728
KEDAH1,389214779-396
JOHOR1,144284561-299
SABAH1,035191497-347
NEGERI SEMBILAN92950602-277
TERENGGANU883291458-134
PERAK775143258-374
PULAU PINANG71397278-338
MELAKA697221316-160
PAHANG653103432-118
KELANTAN580163235-182
SARAWAK48554257-174
WP PUTRAJAYA116192-23
 PERLIS16-14-2
WP LABUAN9-6-3
JUMLAH KESELURUHAN17,7862,3139,55695,908

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 31 JULAI 2021

NoNama KlusterKategoriNegeriDaerahJumlah KesJumlah disaring
1Industri Jasmine Dua Bukit BeruntungTempat KerjaSelangorHulu Selangor4274
2Industri Hulu TinggiTempat KerjaSelangorPetaling52151
3Industri Jalan PerakTempat KerjaSelangorKuala Langat, Klang, dan Kuala Selangor57346
4Tapak Bina Persiaran AmanTempat KerjaSelangorKuala Langat42627
5Tapak Bina Setia MarinaTempat KerjaSelangorSepang11244
6Jalan Bawal TambakTempat KerjaSelangorKlang79114
7Industri Jalan Bekok-PalohTempat KerjaJohorSegamat36114
8Tapak Bina Jalan Kangkar TebrauTempat KerjaJohorJohor Bahru26106
9Jalan Rami LimaTempat KerjaJohorMuar3158
10Jalan Desa BahagiaTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai3985
11Tapak Bina Jalan Kuang BertamTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1162
12Dah Perdana Industri KulimTempat KerjaKedahKulim dan Baling3665
13Jalan Besar TapahTempat KerjaPerakBatang Padang25186
14PertakKomunitiSelangorHulu Selangor2444
15Kampung KeluatKomunitiKelantanBachok1122
16Kampung Nangka BekelamKomunitiKelantanBachok2036
17Kampung Tok KayaKomunitiKelantanKota Bharu817
18Kampung Guchil TujuhKomunitiKelantanKuala Krai2733
19Kampung Tempoyak KadokKomunitiKelantanKota Bharu dan Pasir Puteh918
20Kampung Tok Sadang 2KomunitiKelantanKota Bharu1122
21Jalan CorakKomunitiSabahTongod1267
22Kampung Tengah PangkorKomunitiPerakManjung21101
23Jambatan LemuaKomunitiSarawakBeluru11133
24Kampung GitKomunitiSarawakKuching2041
25Dah Kampung TengasKomunitiKedahBandar Baharu1829
26Gambaron 2KeagamaanSabahTelupid5395
27Jalan Pulai 22Kumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru657
28KM4 Dengkil BantingPusat TahananSelangorSepang61130


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 30 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.29
KELANTAN1.29
SABAH1.25
KEDAH1.22
PERAK1.22
JOHOR1.18
PULAU PINANG1.18
WP PUTRAJAYA 1.16
PAHANG1.13
WP KUALA LUMPUR1.12
SELANGOR1.08
SARAWAK1.05
MELAKA1.03
NEGERI SEMBILAN0.90
WP LABUAN0.00
PERLIS0.00
MALAYSIA1.12