Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 11,326 kes (925,965 kes kumulatif, 81.9%);
  • Kes baharu : 17,150 kes (1,130,422 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 warganegara);
  • Kes tempatan : 17,149 kes [14,443 warganegara (84.2%);  2,706 bukan warganegara (15.8%)];
  • Kes aktif : 195,273 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
  • Kes kematian : 160 kes (9,184 kes kumulatif, 0.81%; 140 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,702 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,586 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,116 kluster.

Daripada 17,150 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1

Rajah 1 Status Vaksinasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 160 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 55 kes di Selangor, 25 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Sabah, enam (6) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Perak, serta tiga (3) kes di Terengganu.  

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 31 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 31 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.10. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47) dan Terengganu (nilai RT 1.42) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2021 @ 7:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,326413,745
WP KUALA LUMPUR2,086 (1)125,113
JOHOR1,04591,728
SABAH1,00285,723
SARAWAK57877,306
NEGERI SEMBILAN80972,300
KEDAH1,51147,142
PULAU PINANG75246,585
KELANTAN45943,453
PERAK69338,372
MELAKA68632,052
PAHANG67625,112
TERENGGANU42917,377
WP LABUAN59,666
WP PUTRAJAYA724,023
PERLIS21725
JUMLAH KESELURUHAN17,150 (1)1,130,422

LAMPIRAN 3

Perincian 17,150 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,3261704,0232,133
WP KUALA LUMPUR2,0866857311669
KEDAH1,511185866460
JOHOR1,045275537233
SABAH1,002133591278
NEGERI SEMBILAN80925529255
PULAU PINANG75283322347
PERAK69371330292
MELAKA686196322168
PAHANG676141396139
SARAWAK5786444074
KELANTAN45912925872
TERENGGANU42917321838
WP PUTRAJAYA724923
PERLIS21714
WP LABUAN541
JUMLAH KESELURUHAN17,1502,3309,62315,196

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORINEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Gemilang KluangTempat KerjaJohorKluang2489
2Industri Tanjung KulaiTempat KerjaJohorKulai13101
3Jalan Tembaga DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru13303
4Jalan Angkasa Mas UtamaTempat KerjaJohorJohor Bahru14127
5Jalan Bertam LimaTempat KerjaJohorJohor Bahru1673
6Industri Jalan TunjongTempat KerjaKelantanKota Bharu, Machang, dan Tumpat615
7Jalan Padang Tembak 2Tempat KerjaKelantanKota Bharu2441
8MIEL Batang KaliTempat KerjaSelangorHulu Selangor22106
9Tapak Bina Jalan Impian IndahTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai428771
10Jalan Ong Yi HowTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara2037
11Industri Tanjung BruasTempat KerjaMelakaMelaka Tengah99200
12Kampung Tok Junuh MahligaiKomunitiKelantanBachok1328
13Kampung Jelutong GunongKomunitiKelantanBachok1651
14Jalan Sultan IbrahimKomunitiKelantanKota Bharu820
15Kampung QuopKomunitiSarawakKuching1950
16Kandis PantuKomunitiSarawakSri Aman69
17Tembidong BidongKomunitiSabahTelupid dan Beluran88292
18Jalan Patikang UluKomunitiSabahKeningau1724
19GerachiKomunitiSelangorHulu Selangor2944
20Jalan Sejahtera LapanKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang523
21Jalan KerayongKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurCheras4750
22Jalan Maktab 2Institusi Pendidikan KPMSelangorSepang dan Hulu Langat2542
23Pagar Pasir PutehPusat TahananKelantanPasir Puteh1216


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 31 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.47
TERENGGANU1.42
KELANTAN1.27
SABAH1.21
KEDAH1.21
PERAK1.21
WP PUTRAJAYA1.20
PULAU PINANG1.18
JOHOR1.17
PAHANG1.15
WP KUALA LUMPUR1.10
SELANGOR1.08
SARAWAK1.05
MELAKA1.05
NEGERI SEMBILAN0.90
WP LABUAN0.70
MALAYSIA1.10