Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 11,767 kes (937,732 kes kumulatif, 81.8%);
  • Kes baharu : 15,764 kes (1,146,186 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,758 kes [13,224 warganegara (83.9%);  2,534 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 199,051 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,063 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 532 kes;
  • Kes kematian : 219 kes (9,403 kes kumulatif, 0.82%; 201 warganegara, 18 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,731 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,603 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,128 kluster.

Daripada 15,764 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 286 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 15,478 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 3,525 kes (22.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19 (sekurang-kurangnya telah menerima 1 dos). Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 219 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 105 kes di Selangor, 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, sembilan (9) kes di Melaka, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Kedah dan Perak, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Terengganu, tiga (3) kes di Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 1 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 1 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.53) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.35), dan Kelantan (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,067 (2)419,812
WP KUALA LUMPUR1,536 (2)126,649
JOHOR1,222 (1)92,950
SABAH1,16686,889
SARAWAK411 (1)77,717
NEGERI SEMBILAN86273,162
KEDAH1,10848,250
PULAU PINANG66747,252
KELANTAN55244,005
PERAK74839,120
MELAKA46332,515
PAHANG47525,587
TERENGGANU42517,802
WP LABUAN79,673
WP PUTRAJAYA 464,069
 PERLIS9734
JUMLAH KESELURUHAN15,764 (6)1,146,186

LAMPIRAN 3

Perincian 15,764 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,0671993,55622,310
WP KUALA LUMPUR1,5363246632547
JOHOR1,2222797011241
SABAH1,166147674-345
KEDAH1,10894665-349
NEGERI SEMBILAN86236526-300
PERAK748297199-252
PULAU PINANG66792321-254
KELANTAN552177202-173
PAHANG47594300-81
MELAKA463123253-87
TERENGGANU42584248-93
SARAWAK41196248166
WP PUTRAJAYA 46-17-29
 PERLIS9-7-2
WP LABUAN7-4-3
JUMLAH KESELURUHAN15,7642,0428,58465,132

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Bestari EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru45104
2Jalan Industri Lapan EmasTempat KerjaJohorPontian24255
3Batu 10 SkudaiTempat KerjaJohorJohor Bahru dan Kulai19112
4Industri Lagenda Putra LapanTempat KerjaJohorKulai1696
5Industri Perai DuaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan35685
6Lintang Batu LanchangTempat KerjaPulau PinangTimur Laut dan Barat Daya2464
7Zon Dagang  Bebas PeraiTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan1037
8Tapak Bina Batu Lima 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai179430
9Jalan Pusat BandarTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1943
10Sungai EnggangTempat KerjaPahangRompin14186
11Kampung Tanjung BalokTempat KerjaPahangKuantan9103
12SibuluTempat KerjaSabahTenom55114
13Cabang Tiga LemalTempat KerjaKelantanPasir Mas868
14Paloh Gua MusangKomunitiKelantanGua Musang3455
15Aring Gua MusangKomunitiKelantanGua Musang3237
16Kampung Bukit Cina Kok LanasKomunitiKelantanKota Bharu dan Machang2230
17Cabang Empat Chetok 2KomunitiKelantanPasir Mas1825
18Kampung Kubang TelagaKomunitiKelantanBachok1622
19Kampung Dewan KecilKomunitiKelantanMachang1036
20Kerteh TigaKomunitiTerengganuDungun60222
21Dah Kampung TokKomunitiKedahKota Setar39114
22Tembeling TengahKomunitiPahangJerantut27100
23Kampung Esso IntanKomunitiPerakHilir Perak2231
24Kampung Raya SagilKomunitiJohorTangkak1316
25Jalan Pekan BaruKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang2428
26Jalan Hospital Bandar Kota BharuKumpulan Berisiko TinggiKelantanKota Bharu, Pasir Mas, dan Pasir Puteh1750
27Jalan Temenggong AhmadKumpulan Berisiko TinggiJohorMuar951
28Kampung Dalam Rhu TumpatInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar KPMKelantanTumpat2377
29Kampung Belukar KadokKeagamaanKelantanKota Bharu815


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 1 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.53
TERENGGANU1.35
KELANTAN1.25
KEDAH1.22
PULAU PINANG1.20
SABAH1.19
PERAK1.19
WP PUTRAJAYA1.16
PAHANG1.16
JOHOR1.14
WP KUALA LUMPUR1.12
SARAWAK1.10
MELAKA1.10
SELANGOR1.08
NEGERI SEMBILAN0.93
WP LABUAN0.63
MALAYSIA1.08