Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,704 kes (962,733 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baharu : 19,819 kes (1,183,110 kes kumulatif);
  • Kes import : 23 kes (9 warganegara, 14 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,796 kes [16,770 warganegara (84.7%);  3,026 bukan warganegara (15.3%)];
  • Kes aktif : 210,522 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,069 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 553 kes;
  • Kes kematian : 257 kes (9,855 kes kumulatif, 0.83%; 226 warganegara, 31 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,796 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 35 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,635 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,161 kluster.

Daripada 19,819 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 375 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,444 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 3,592 kes (18.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 257 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 91 kes di Selangor, 74 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 25 kes di Johor, 24 kes di Melaka, masing-masing sembilan (9) kes di Negeri Sembilan dan Perak, lapan (8) kes di Kedah, enam (6) kes di Sabah, empat (4) kes di Terengganu, masing-masing tiga (3) kes di Pulai Pinang dan Kelantan, serta satu (1) kes di Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 3 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 3 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.27), dan Perak (nilai RT 1.24). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR8,377 (2)434,025
WP KUALA LUMPUR2,467 (18)131,425
JOHOR1,162 (1)95,387
SABAH94988,848
SARAWAK55278,763
NEGERI SEMBILAN80074,778
KEDAH1,37150,657
PULAU PINANG86748,917
KELANTAN1,00345,923
PERAK66240,749
MELAKA50833,531
PAHANG55826,773
TERENGGANU48118,712
WP LABUAN5 (1)9,683
WP PUTRAJAYA46 (1)4,187
PERLIS11752
JUMLAH KESELURUHAN19,819 (23)1,183,110

LAMPIRAN 3

Perincian 19,819 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR8,3774144,87423,087
WP KUALA LUMPUR2,467262859181,328
KEDAH1,371130842399
JOHOR1,1621627621237
KELANTAN1,003349468186
SABAH94973571305
PULAU PINANG867103389375
NEGERI SEMBILAN80093433274
PERAK662175257230
PAHANG5586740982
SARAWAK552117305130
MELAKA508100263145
TERENGGANU48134341106
WP PUTRAJAYA4629116
PERLIS1165
WP LABUAN5212
JUMLAH KESELURUHAN19,8192,07910,810236,907

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Kampung Morak PalekbangKomunitiKelantanTumpat3451
2Kampung Belimbing JeliKomunitiKelantanJeli2444
3Kampung SeligiKomunitiKelantanPasir Puteh2126
4Kampung KebakatKomunitiKelantanTumpat2166
5Kampung Baru Pupoh SelisingKomunitiKelantanPasir Puteh2035
6Kampung Changgong MelawiKomunitiKelantanBachok1421
7Kampung Teratak Pulai GunongKomunitiKelantanBachok1219
8Jalan Belakang Kompleks SekolahKomunitiKelantanKota Bharu1216
9Kampung Nelayan Tok BaliKomunitiKelantanPasir Puteh1126
10Kampung Bintawa HilirKomunitiSarawakKuching159222
11Kampung BunukKomunitiSarawakKuching47181
12Kampung Bintawa TengahKomunitiSarawakKuching3061
13Kampung Haji BakiKomunitiSarawakKuching16111
14Kampung Belum BaruKomunitiPerakHulu Perak54158
15Kampung Bersia LamaKomunitiPerakHulu Perak46105
16Samak MelintangKomunitiPerakHilir Perak1452
17Taman Pelangi LangkapKomunitiPerakHilir Perak1429
18Tempasuk Kota BeludKomunitiSabahKota Belud29159
19Ulu TamuKomunitiSelangorHulu Selangor1531
20Kampung Tanah Lot MerchangKomunitiTerengganuMarang43121
21Industri Batu Tujuh PerepatTempat KerjaSelangorKlang106359
22Industri Jalan Sungai BuayaTempat KerjaSelangorHulu Selangor99161
23Jalan Dato YussofTempat KerjaSelangorKlang5894
24Jalan DengkilTempat KerjaSelangorSepang2663
25Industri Jalan TungstenTempat KerjaSelangorSepang2267
26Tapak Bina Tanjung 2Tempat KerjaSelangorKuala Langat, Klang, dan Petaling33398
27Kampung Pak JahTempat KerjaKelantanTumpat3150
28Industri JeliTempat KerjaKelantanJeli1937
29Jalan Pasir Mas – SalorTempat KerjaKelantanKota Bharu,  Machang, dan  Tumpat1640
30Mutiara KesangTempat KerjaJohorTangkak23210
31Jalan Chee Chein KiangTempat KerjaJohorMuar1237
32Industri Taman Tasik UtamaTempat KerjaMelakaMelaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah631,485
33Tapak Bina Fair ParkTempat KerjaPerakKinta118184
34Tapak Bina Jalan Jalil SatuTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai111407
35Kampung Lubok KawahKeagamaanKelantanPasir Mas1115


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 2 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
KELANTAN1.31
TERENGGANU1.27
PERAK1.24
SABAH1.17
PULAU PINANG1.17
KEDAH1.16
JOHOR1.14
PAHANG1.14
WP KUALA LUMPUR1.12
WP PUTRAJAYA 1.11
MELAKA1.08
SARAWAK1.08
SELANGOR1.06
NEGERI SEMBILAN0.92
 PERLIS0
WP LABUAN0
JUMLAH KESELURUHAN1.07