Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,394 kes (993,020 kes kumulatif, 81.1%);
  • Kes baharu : 20,889 kes (1,224,595 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (8 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,876 kes [17,477 warganegara (83.7%);  3,399 bukan warganegara (16.3%)];
  • Kes aktif : 221,396 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,096 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 545 kes;
  • Kes kematian : 160 kes (10,179 kes kumulatif, 0.83%; 142 warganegara, 18 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,863 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,672 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,191 kluster.

Daripada 20,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 273 kes (1.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,616 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,292 kes (20.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 160 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 51 kes di Selangor, 32 kes  di Johor, 22 kes di Kedah, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Sabah, masing-masing empat (4) kes di Melaka dan Terengganu, tiga (3) kes di Perak, serta dua (2) kes di Pulau Pinang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 5 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 5 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.29) diikuti oleh Perak (nilai RT 1.23), dan Pulau Pinang (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KENAIKAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pelaporan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia adalah seiring dengan peningkatan kes secara global. Di Malaysia, kadar insiden tertinggi purata kes tujuh (7) hari (31 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021) per 100,000 ribu penduduk adalah negeri-negeri berikut:  

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - 105.7
  2. Selangor - 101.5
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya - 75.6
  4. Negeri Sembilan - 71.7
  5. Melaka - 53.8
  6. Kedah - 51.8

Peningkatan kes harian yang kian meningkat ini menunjukkan bahawa jangkitan virus COVID-19 sudah menular dalam komuniti. Jumlah kluster juga telah didapati meningkat daripada 286 kluster dalam tempoh di antara 23 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021 kepada 347 kluster dalam tempoh di antara 7 Julai 2021 hingga 20 Julai 2021, dan seterusnya kepada 401 kluster dalam tempoh di antara 21 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021. Dalam tempoh yang sama, di dapati bilangan kluster tempat kerja juga telah meningkat dari 180 kluster kepada 204 kluster dan terkini adalah 213 kluster, manakala bilangan kluster komuniti juga meningkat dari 86 kluster kepada 91 kluster, dan terkini 142 kluster bagi tempoh tersebut. Peningkatan ini adalah susulan dari saringan kontak rapat yang meluas.

Selain itu, tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang menjalankan ujian kendiri atau pengesanan COVID-19 apabila bergejala atau mengetahui mereka adalah kontak rapat. Didapati bahawa lebih kurang 70 peratus ujian RTK-Antigen dijalankan oleh agensi swasta.

Peningkatan kes juga dipercayai disumbang oleh penularan varian Delta. Sehingga kini sebanyak 199 kes varian Delta telah dikesan dalam komuniti. Varian Delta ini telah menyebabkan kadar jangkitan virus yang lebih cepat, agresif, dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan yang diberikan.

Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa patuh dan kekal mengamalkan langkah-langkah pencegahan, mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) dan mendapatkan vaksinasi COVID-19. Dijangkakan kes akan mula menurun pada akhir bulan Ogos apabila lebih daripada 40 peratus populasi di Malaysia mendapat dos lengkap vaksin.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Ogos 2021 @ 7:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR8,792 (3)451,366
WP KUALA LUMPUR2,483 (10)136,071
JOHOR1,27597,962
SABAH1,29191,201
SARAWAK65280,174
NEGERI SEMBILAN98676,753
KEDAH1,37153,474
PULAU PINANG77650,715
KELANTAN93847,633
PERAK62442,289
MELAKA49134,644
PAHANG61027,809
TERENGGANU46019,673
WP LABUAN99,707
WP PUTRAJAYA1224,359
PERLIS9765
JUMLAH KESELURUHAN20,889 (13)1,224,595

LAMPIRAN 3

Perincian 20,889 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR8,7924005,76932,620
WP KUALA LUMPUR2,4832221,199101,052
KEDAH1,37137822-512
SABAH1,29170774-447
JOHOR1,275318634-323
NEGERI SEMBILAN986111373-502
KELANTAN938230499-209
PULAU PINANG776122351-303
SARAWAK652121310-221
PERAK624106266-252
PAHANG61075407-128
MELAKA49189268-134
TERENGGANU46042282-136
WP PUTRAJAYA122393-26
WP LABUAN9-6-3
PERLIS9-6-3
JUMLAH KESELURUHAN20,8891,94612,059136,871

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Batu Sebelas CherasTempat KerjaSelangorHulu Langat91109
2Tapak Bina Jalan Kajang EastTempat KerjaSelangorHulu Langat2181
3Jalan Dua Sungai LangTempat KerjaSelangorSabak Bernam1956
4Jalan Pekeliling SepangTempat KerjaSelangorSepang dan Petaling1519
5Industri Jalan KamuntingTempat KerjaSelangorHulu Selangor1537
6Jalan Bestari TujuhTempat KerjaJohorJohor Bharu dan Kota Tinggi122213
7Perindustrian Firma DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru31287
8Perindustrian TahanaTempat KerjaJohorJohor Bahru24132
9Industri Keluli LapanTempat KerjaJohorJohor Bahru1865
10Perindustrian Jalan Kelapa Sawit KulaiTempat KerjaJohorKulai16184
11Kampung Cabang Tiga Kedai BulohTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Tumpat1125
12Seksyen Satu Bandar Pasir MasTempat KerjaKelantanPasir Mas dan Kota Bharu856
13Jalan Jelawai SatuTempat KerjaPerakMuallim922
14Jalan Jelutong MalimTempat KerjaPerakMuallim739
15Tapak Bina Lebuhraya Kampung JawaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya41158
16Jalan Bukit TengahTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah23458
17Tapak Bina Puteh Lama 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai53170
18Jalan Tengku Ismail TemerlohTempat KerjaPahangTemerloh3173
19Industri Jalan PK 32Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah27208
20Kampung Takel Luar LabokKomunitiKelantanMachang2841
21Kampung Tanjung StanKomunitiKelantanKota Bharu1431
22Kampung Slow MengkuangKomunitiKelantanKuala Krai dan Kota Bharu1223
23Kampung Kubang KiatKomunitiKelantanKota Bharu1118
24Kampung SeratauKomunitiSarawakKuching3921,084
25Kampung Jawa KuchingKomunitiSarawakKuching53109
26Kampung Perlok BaruKomunitiPerakBatang Padang51117
27Rumah Awam TigaKomunitiPerakMuallim1895
28Banggol Tok JiringKomunitiTerengganuKuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Kemaman1341,216
29Batu 23KomunitiSelangorSabak Bernam dan Petaling1937
30Sungai Panching SelatanKomunitiPahangKuantan73397
31Dah Kampung SiputehKomunitiKedahKubang Pasu2847
32Lorong JelutongKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang2134
33Batu Tujuh SetengahKumpulan Berisiko TinggiSelangorGombak1141
34Jalan Dusun EmpatKumpulan Berisiko TinggiKelantanKota Bharu813

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 5 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
KELANTAN1.29
PERAK1.23
PULAU PINANG1.21
TERENGGANU1.20
KEDAH1.17
SABAH1.17
JOHOR1.14
WP KUALA LUMPUR1.11
SARAWAK1.09
MELAKA1.09
PAHANG1.09
SELANGOR1.08
WP PUTRAJAYA1.01
NEGERI SEMBILAN0.98
WP LABUAN0.64
PERLIS0
JUMLAH KESELURUHAN1.08