Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,323 kes (1,009,343 kes kumulatif, 81.2%);
  • Kes baharu : 19,257 kes (1,243,852 kes kumulatif);
  • Kes import : 16 kes (10 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,241 kes [15,893 warganegara (82.6%);  3,348 bukan warganegara (17.4%)];
  • Kes aktif : 224,120 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,097 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 575 kes;
  • Kes kematian : 210 kes (10,389 kes kumulatif, 0.83%; 177 warganegara, 33 bukan warganegara); BID : 34 kes (22 warganegara, 12 bukan warganegara;
  • Jumlah kluster : 3,899 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,702 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,197 kluster.

Daripada 19,257 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 740 kes (3.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,517 kes (96.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,178 kes (21.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 210 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 88 kes di Selangor, 33 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Johor, 17 kes di Kedah, 13 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, enam (6) kes di Perak, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat (4) kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Pahang, Sarawak, dan Perlis.

Pada tahun 2021, Malaysia telah melaporkan sebanyak 9,918 kes kematian COVID-19 berbanding dengan 471 kes kematian COVID-19 pada tahun 2020. Daripada jumlah kes kematian pada tahun ini (sehingga 7 Ogos 2020), sebanyak 8,615 kes kematian (86.9 peratus) merupakan kematian di hospital dan 1,303 kes kematian (13.1 peratus) brougth in dead (BID). Sebanyak 8,081 kes (93.8 peratus) kes kematian di hospital melibatkan Warganegara Malaysia. Bagi kes kematian BID pula, sebanyak 819 kes (62.9 peratus) melibatkan Warganegara Malaysia, manakala 484 kes (37.1 peratus) lagi melibatkan Bukan Warganegara Malaysia. Bagi 7 Ogos 2021, terdapat 34 kes BID di mana 22 kes merupakan warganegara dan 12 kes bukan warganegara.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 6 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 6 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.28) diikuti oleh Sabah dan Terengganu (nilai RT 1.19), serta Perak dan Pulau Pinang (nilai RT 1.18). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR7,084 (1)458,450
WP KUALA LUMPUR2,450 (15)138,521
JOHOR1,18299,144
SABAH1,25592,456
SARAWAK57380,747
NEGERI SEMBILAN88477,637
KEDAH1,51454,988
PULAU PINANG95951,674
KELANTAN93048,563
PERAK77443,063
MELAKA41435,058
PAHANG71428,523
TERENGGANU42520,098
WP LABUAN29,709
WP PUTRAJAYA564,415
PERLIS41806
JUMLAH KESELURUHAN19,257 (16)1,243,852

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,257 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,0844903,53913,054
WP KUALA LUMPUR2,4501321,077151,226
KEDAH1,51494875545
SABAH1,255132617506
JOHOR1,182218680284
PULAU PINANG959133382444
KELANTAN930202540188
NEGERI SEMBILAN88418543323
PERAK774105387282
PAHANG71486490138
SARAWAK57360323190
TERENGGANU4257725890
MELAKA41475221118
WP PUTRAJAYA562828
PERLIS411625
WP LABUAN22
JUMLAH KESELURUHAN19,2571,8229,976167,443

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Kundang SepertigaTempat KerjaSelangorGombak148263
2Industri Jalan 22Tempat KerjaSelangorPetaling71565
3Industri Batu Tujuh SetengahTempat KerjaSelangorKlang52142
4Industri Jalan Dua OlakTempat KerjaSelangorKuala Langat50245
5Jalan Rusa Scientex 2Tempat KerjaJohorJohor Bahru36191
6Industri Jalan Bangi Batu Dua SetengahTempat KerjaSelangorHulu Langat3683
7Industri Senai 33Tempat KerjaJohorKulai, Kota Tinggi, Kluang dan Pontian33605
8Industri Murni 37Tempat KerjaJohorKulai3056
9Industri Teknologi SubangTempat KerjaSelangorPetaling dan Klang282262
10Changkat AsaTempat KerjaSelangorHulu Selangor2139
11Perindustrian Hijau JayaTempat KerjaJohorPontian18118
12Industri Senai PLO SatuTempat KerjaJohorKulai15122
13Muara DamaiTempat KerjaJohorTangkak1439
14Kampung Gual NeringTempat KerjaKelantanPasir Mas1337
15Jalan Cheroh RaubTempat KerjaPahangRaub1315
16Jalan Pasar Batu TigaTempat KerjaSelangorKlang dan Kuala Selangor1246
17Jalan Lembah SirehTempat KerjaKelantanKota Bharu817
18Tapak Bina Balai Bomba MenjalaraTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong712
19Dah Kampung DurianKomunitiKedahSik3348
20Kampung Gunung TunggalKomunitiPerakManjung2983
21Kampung Paya Besar KertauKomunitiPahangMaran2968
22Taman FairmontKomunitiPahangKuantan2656
23Sungai Bot KarakKomunitiPahangBentong2530
24Batu JongKomunitiKelantanKuala Krai1931
25Permatang Guntong IntanKomunitiPerakHilir Perak1937
26Sungai SerindakKomunitiSarawakSelangau1935
27Kampung Chekok SerendahKomunitiKelantanKota Bharu1834
28Bukit KuantanKomunitiPahangKuantan1656
29Kampung Binjal Kubang TerapKomunitiKelantanPasir Mas1530
30SarikanKomunitiSabahNabawan1448
31Kampung Kubang GolokKomunitiKelantanBachok1039
32Taman Sri ZasnaKomunitiKelantanKota Bharu913
33Kampung Kedai LalatKomunitiKelantanKota Bharu820
34Kampung Che DerisInstitusi Pendidikan KPMKelantanKota Bharu815
35Tanah Tinggi LebuKeagamaanPahangBentong2030
36Lebuh EmpatPusat TahananSabahSandakan50122


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 6 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
KELANTAN1.28
TERENGGANU1.19
SABAH1.19
PERAK1.18
PULAU PINANG1.18
KEDAH1.15
JOHOR1.14
WP KUALA LUMPUR1.10
SARAWAK1.10
WP PUTRAJAYA1.10
PAHANG1.09
MELAKA1.07
SELANGOR1.07
NEGERI SEMBILAN1.00
WP LABUAN0
PERLIS0
JUMLAH KESELURUHAN1.09