Press

Kenyataan Akhbar KPK 8 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,055 kes (1,026,398 kes kumulatif, 81.3%);
  • Kes baharu : 18,688 kes (1,262,540 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 18,678 kes [15,755 warganegara (84.4%);  2,923 bukan warganegara (15.6%)];
  • Kes aktif : 225,393 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,095 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 571 kes;
  • Kes kematian : 360 kes [10,749 kes kumulatif, 0.85%; 296 warganegara, 64 bukan warganegara; 85 kes BID (56 warganegara; 29 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 3,938 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 39 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,725 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,213 kluster.

Daripada 18,688 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 401 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,287 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,460 kes (23.9 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 360 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 221 kes di Selangor, 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 kes di Melaka, 17 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang, 14 kes di Johor, tujuh (7) kes di Kedah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing lima (5) kes di Sabah dan Terengganu, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya, serta satu (1) kes di Kelantan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 7 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 7 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.25), serta Sabah (nilai RT 1.18) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.18). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,565465,015
WP KUALA LUMPUR1,883 (6)140,404
JOHOR1,308 (1)100,452
SABAH1,37993,835
SARAWAK581 (3)81,328
NEGERI SEMBILAN1,14078,777
KEDAH1,61056,598
PULAU PINANG69452,368
KELANTAN87049,433
PERAK86143,924
MELAKA52635,584
PAHANG60229,125
TERENGGANU59820,696
WP LABUAN29,711
WP PUTRAJAYA634,478
PERLIS6812
JUMLAH KESELURUHAN18,688 (10)1,262,540

 LAMPIRAN 3

Perincian 18,688 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,5652713,903-2,391
WP KUALA LUMPUR1,8832738046800
KEDAH1,610101994-515
SABAH1,379172752-455
JOHOR1,3082957491263
NEGERI SEMBILAN1,14040684-416
KELANTAN870167516-187
PERAK861207317-337
PULAU PINANG69458211-425
PAHANG60280387-135
TERENGGANU59879392-127
SARAWAK5811092683201
MELAKA52681315-130
WP PUTRAJAYA63-46-17
PERLIS6---6
WP LABUAN2-1-1
JUMLAH KESELURUHAN18,6881,93310,339106,406

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 8 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Jalan Aman SereniaTempat KerjaSelangorPetaling dan Sepang36141
2Jalan Kelicap 42BTempat KerjaSelangorKlang2960
3Industri Lorong TandangTempat KerjaSelangorPetaling2658
4Tapak Bina Jalan TeknokratTempat KerjaSelangorSepang16183
5Tapak Bina Jalan Kuchai MajuTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai118168
6Jalan Rusa 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurCheras28158
7Tapak Bina Jalan U-Thant 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa15125
8Bukit Bakri MuarTempat KerjaJohorMuar3342
9Industri Keluli 11Tempat KerjaJohorJohor Bahru27322
10Industri MIEL GebengTempat KerjaPahangKuantan33224
11Industri Gebeng 2/1Tempat KerjaPahangKuantan24191
12Jalan Ding Lik Kwong DuaTempat KerjaSarawakSibu1530
13Jalan BuanTempat KerjaSarawakTatau1221
14Bukit Tengah 2Tempat KerjaTerengganuDungun, Kemaman dan Kuala Terengganu1261,055
15Dah Dua Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda33102
16Persiaran S2Tempat KerjaNegeri SembilanSeremban15233
17Jalan Pasar Bukit Mertajam 2Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan1297
18Seksyen 20 Jalan Darul NaimTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Pasir Mas711
19Kampung Pasir KotaKomunitiKelantanKota Bharu2028
20Kampung Gok KaporKomunitiKelantanKota Bharu1927
21Kampung Chenderong Batu TimurKomunitiKelantanTumpat1826
22Kampung Tok PahKomunitiKelantanKota Bharu1320
23Jalan Kuala BesarKomunitiKelantanKota Bharu1017
24Ketapang Hilir PekanKomunitiPahangPekan3875
25Rantau SerojaKomunitiPahangMaran3460
26Kampung TersusunKomunitiPahangLipis15308
27Jalan Feri LamaKomunitiPahangRompin1434
28Gajah Mati JerantutKomunitiPahangJerantut1395
29Taman MalihahKomunitiSarawakKuching40176
30Kampung Pulo UluKomunitiSarawakKuching23119
31Pengadang BaruKomunitiTerengganuKuala Terengganu87763
32Desa Enam BelasKomunitiSelangorSabak Bernam1630
33Dah Kampung SawaKomunitiKedahPendang40166
34Pagar Bagan SeraiPusat TahananPerakKerian5078
35Tembok PenorPusat TahananPahangKuantan3055
36Jalan Stutong BaruKumpulan Berisiko TinggiSarawakKuching22115
37Persiaran LemakKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurCheras1419
38Dah Kampung DerangKeagamaanKedahKota Setar3880
39Jalan Kampung DemitPendidikan TinggiKelantanKota Bharu1320

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 7 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.47
KELANTAN1.25
SABAH1.18
PULAU PINANG1.18
PERAK1.17
TERENGGANU1.17
KEDAH1.15
JOHOR1.13
SARAWAK1.12
PAHANG1.11
WP KUALA LUMPUR1.07
WP PUTRAJAYA1.07
SELANGOR1.05
NEGERI SEMBILAN1.02
MELAKA1.02
WP LABUAN0
JUMLAH KESELURUHAN1.08

Categories: Press