Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,187 kes (1,041,585 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baharu : 17,236 kes (1,279,776 kes kumulatif);
  • Kes import : 29 kes (17 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,207 [14,437 warganegara (83.9%);  2,770 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 227,230 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,095 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 579 kes;
  • Kes kematian : 212 kes [10,961 kes kumulatif, 0.86%; 186 warganegara, 26 bukan warganegara; 16 kes BID (14 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,974 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,742 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,232 kluster.

Daripada 17,236 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 372 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,864 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,556 kes (26.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 212 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 76 kes di Selangor, 24 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Pahang, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, empat (4) kes di Kelantan, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Perlis dan Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 8 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 8 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.25) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.19), dan Sabah (nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR5,740 (28)470,755
WP KUALA LUMPUR1,567141,971
JOHOR1,232 (1)101,684
SABAH1,24795,082
SARAWAK58981,917
NEGERI SEMBILAN1,21579,992
KEDAH1,32857,926
PULAU PINANG90853,276
KELANTAN91450,347
PERAK93544,859
MELAKA36035,944
PAHANG60429,729
TERENGGANU50121,197
WP LABUAN89,719
WP PUTRAJAYA664,544
PERLIS22834
JUMLAH KESELURUHAN17,236 (29)1,279,776

 LAMPIRAN 3

Perincian 17,236 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,7402653,308282,139
WP KUALA LUMPUR1,567116760-691
KEDAH1,328177684-467
SABAH1,24787770-390
JOHOR1,2322577101264
NEGERI SEMBILAN1,21546553-616
PERAK93576476-383
KELANTAN914134597-183
PULAU PINANG908188298-422
PAHANG60485407-112
SARAWAK589121390-78
TERENGGANU50183331-87
MELAKA36041189-130
WP PUTRAJAYA66345-18
PERLIS22512-5
WP LABUAN8-1-7
JUMLAH KESELURUHAN17,2361,6849,531295,992

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 9 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Mengkibol EmpatTempat KerjaJohorKluang1350
2Industri SILC DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru14267
3Jalan Firma SelatanTempat KerjaJohorJohor Bahru16484
4Jalan Seelong 19Tempat KerjaJohorKulai1648
5Perusahaan Parit RajaTempat KerjaJohorBatu Pahat29701
6Industri Jalan ChaahTempat KerjaJohorSegamat35170
7Ladang Sungai KahangTempat KerjaJohorKluang70430
8Industri Bayu TampoiTempat KerjaJohorJohor Bahru973
9Industri Delima SatuTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling86217
10Tapak Bina Persiaran MahkotaTempat KerjaSelangorKuala Langat119489
11Industri Tambak JawaTempat KerjaSelangorKuala Selangor1565
12Industri Jalan  Salleh 29Tempat KerjaSelangorKlang5189
13Dah Tapak Bina AstanaTempat KerjaKedahKuala Muda21132
14Dah Tapak Bina AbasTempat KerjaKedahBaling6878
15Kampung Mujur JelawatTempat KerjaKelantanBachok1549
16R16 Jalan Bukit KeteriTempat KerjaPerlisKangar1115
17Jalan Gajah MatiTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai  Tengah3989
18Jalan Pisang RajaTempat KerjaSarawakBintulu1063
19Lot Q Fasa DuaTempat KerjaTerengganuDungun dan Kuala Terengganu82753
20Kampung Tok Burung PerupokKomunitiKelantanBachok1623
21Kampung Bukit GadingKomunitiKelantanTanah Merah2026
22Perumahan Kelapa  WangiKomunitiKelantanPasir Mas57
23Jalan Masjid Batu DuaKomunitiKelantanKota Bharu dan Bachok1831
24Belakang Perumahan  Tanjung ChatKomunitiKelantanKota Bharu1625
25Kampung LanggarKomunitiKelantanKota Bharu1421
26Jalan Kampung PalohKomunitiKelantanKota Bharu1319
27Kampung CheneraiKomunitiKelantanPasir Mas1624
28Kampung Sri MudaKomunitiPahangJerantut2365
29Sungai Tekam UtaraKomunitiPahangJerantut2145
30Rantau SenaKomunitiPahangMaran3679
31Bukit TampoiKomunitiSelangorSepang35197
32Temenggong KulaiKomunitiJohorKulai2123
33Pagar Gua MusangPusat TahananKelantanGua Musang734
34Tembok Bukit Mertajam 2Pusat TahananPulau PinangSeberang Perai  Tengah114333
35Jalan Pinang KluangKeagamaanJohorKluang1949
36Dah Batu 18Kumpulan  Berisiko TinggiKedahYan dan Kuala Muda2153


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 8 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
KELANTAN1.25
TERENGGANU1.19
SABAH1.17
PERAK1.15
PULAU PINANG1.14
KEDAH1.13
JOHOR1.12
PAHANG1.11
SARAWAK1.11
NEGERI SEMBILAN1.06
WP PUTRAJAYA1.06
WP KUALA LUMPUR1.05
MELAKA1.04
SELANGOR1.02
PERLIS0
WP LABUAN0
JUMLAH KESELURUHAN1.07