Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 10 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

10 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,258 kes (1,057,843 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baharu : 19,991 kes (1,299,767 kes kumulatif);
  • Kes import : Tiada kes
  • Kes tempatan : 19,991 kes [16,563 warganegara (82.9%);  3,428 bukan warganegara (17.1%)];
  • Kes aktif : 230,762 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,096 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 570 kes;
  • Kes kematian : 201 kes [11,162 kes kumulatif, 0.86%; 163 warganegara, 38 bukan warganegara; 34 kes BID (13 warganegara; 21 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 4,003 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,765 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,238 kluster.

Daripada 19,991 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 385 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,606 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,632 kes (23.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Sebanyak 201 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 87 kes di Selangor, 37 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 kes di Johor, 14 kes di Perak, 12 kes di Sabah, 10 kes di Pulau Pinang, lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Negeri Sembilan,masing-masing tiga (3) kes di Kedah dan Sarawak, dan dua (2) kes di Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 9 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 9 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.24), dan Terengganu (nilai RT 1.18). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 47 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta,  empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR7,338478,093
WP KUALA LUMPUR2,374144,345
JOHOR1,344103,028
SABAH1,38396,465
SARAWAK83682,753
NEGERI SEMBILAN56480,556
KEDAH1,83059,756
PULAU PINANG74354,019
KELANTAN1,03051,377
PERAK95345,812
MELAKA57836,522
PAHANG53930,268
TERENGGANU37821,575
WP LABUAN19,720
WP PUTRAJAYA764,620
PERLIS24858
JUMLAH KESELURUHAN19,9911,299,767

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,991 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,3382363,663-3,439
WP KUALA LUMPUR2,374403975-996
KEDAH1,8301101,088-632
SABAH1,383111749-523
JOHOR1,344184881-279
KELANTAN1,030155658-217
PERAK953176438-339
SARAWAK836413290-133
PULAU PINANG74341339-363
MELAKA578108264-206
NEGERI SEMBILAN56433296-235
PAHANG53964374-101
TERENGGANU37851266-61
WP PUTRAJAYA76-61-15
PERLIS24116-7
WP LABUAN1---1
JUMLAH KESELURUHAN19,9912,08610,358-7,547

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 10 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Parit BilalTempat KerjaJohorBatu Pahat1836
2Tapak Bina Indahpura  EmpatTempat KerjaJohorKulai28164
3Perindustrian Alam  Jaya PontianTempat KerjaJohorPontian dan Johor Bahru39128
4Jalan Riang 21Tempat KerjaJohorJohor Bahru18107
5Industri Seksyen 44Tempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok1221
6Kampung Tebing TinggiTempat KerjaKelantanTanah Merah2147
7Industri Jalan Chin TeckTempat KerjaKelantanGua Musang760
8Industri Jalan 9/44 Padang TembakTempat KerjaKelantanKota Bharu1321
9Jalan Masjid Tanah 2Tempat KerjaMelakaAlor Gajah dan Melaka Tengah341,042
10Industri Gebeng 2/5Tempat KerjaPahangKuantan1571
11Industri Semambu  TujuhTempat KerjaPahangKuantan31142
12Tapak Bina Persiaran Freesia 2Tempat KerjaSelangorKuala Langat39178
13Industri Jalan  Kemajuan BangiTempat KerjaSelangorHulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang129145
14Jalan Lembah Selatan DuaTempat KerjaSelangorSepang dan Hulu Langat42168
15Tapak Bina Jalan PasaiTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai50216
16Tapak Bina Bukit OUGTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai dan Cheras113389
17Jalan Kuchai LamaTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai94300
18SessangKomunitiSarawakKabong42247
19Kampung Kedai TanjongKomunitiKelantanPasir Mas518
20Kampung Sungai BudurKomunitiKelantanKota Bharu1318
21TimbuaKomunitiSabahRanau48240
22Lorong Cahaya DamaiKomunitiSarawakKuching54152
23Kampung PandanKomunitiSarawakKuching1030
24Kampung Paya MebiKomunitiSarawakKuching2735
25Tali Air EnamKomunitiSelangorSabak Bernam1338
26Sungai SekamatKumpulan  Berisiko TinggiSelangorHulu Langat dan Petaling5883
27Jalan Datuk Haji EusoffKumpulan  Berisiko TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa dan Lembah Pantai6102
28Jalan Maju DuaKumpulan  Berisiko TinggiSelangorHulu Langat2641
29Jengka 25KeagamaanPahangTemerloh2489

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 9 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.33
KELANTAN1.24
TERENGGANU1.18
SABAH1.16
PULAU PINANG1.16
PERAK1.15
KEDAH1.11
PAHANG1.11
SARAWAK1.11
NEGERI SEMBILAN1.10
JOHOR1.07
WP KUALA LUMPUR1.05
MELAKA1.03
WP PUTRAJAYA1.02
SELANGOR1.01
WP LABUAN0
JUMLAH KESELURUHAN1.06

LAMPIRAN 6 

Kluster - Pedas 233
Kluster - Penchala33
Kluster - Salak Land33
Kluster - Teknologi Emas33
Kluster - Beladau Selat22
Kluster - Dah Bukit Makmur22
Kluster - Gusi22
Kluster - Indera Mahkota 1622
Kluster - Industri Kampung Gebok22
Kluster - Industri Lot Q22
Kluster - Jalan Bidara22
Kluster - Jalan Kubur22
Kluster - Jalan Lima22
Kluster - Jalan Padang Tembak22
Kluster - Jalan Seramik Chepor 11/122
Kluster - Jalan Tengah22
Kluster - Kailan Tringkap22
Kluster - Kampung Bukit Tanah22
Kluster - Kampung Hilir Alor Gajah22
Kluster - Kampung Matang22
Kluster - Kauran Durok22
Kluster - Kenawar 6922
Kluster - Lebuh Kurau Tiga22
Kluster - Murni Perdana22
Kluster - Parit Lima22
Kluster - Sungai Bedil Besar22
Kluster - Tengah Hulu Gedong22
 Kluster - Bukit Tok Bat11
Kluster - Bukit Godek11
Kluster - Dah Industri Arang11
Kluster - Dah Kampung Lancuk11
Kluster - Dah Tiong11
Kluster - Delima Raya11
Kluster - D’Lahar11
Kluster - Duyoh11
Kluster - Jalan Desa Putera11
Kluster - Jalan Kampung Bakau11
Kluster - Jalan Kampung Bukit11
Kluster - Jalan Melang11
Kluster - Jalan Perindustrian Enam11
Kluster - Jalan Pokok Assam11
Kluster - Jalan Pokok Mangga11
Kluster - Jarum Laut11
Kluster - Jaya Gading11
Kluster - Jerung Surau11
Kluster - Kampung BangkaHulu11
Kluster - Kampung Senari11
Kluster - Kampung Telaga Air11
Kluster - Kopitiam Machap Baru11
Kluster - Kubang Jela11
Kluster - Langgar Hilir11
Kluster - Linau Kumpang11
Kluster - Lorong Megah Jaya11
Kluster - Lorong Perlis Empat11
Kluster - Pasar Kemunting11
Kluster - Permai Sejahtera11
Kluster - Persiaran MARDI11
Kluster - Serom Lima11
Kluster - Simpang Juasseh11
Kluster - Sri Tualang11
Kluster - Tembok Sri Aman11
Kluster - Tembok Taiping 211
Sporadik - Saringan Kontak Rapat2641483217
Sporadik - Saringan Bergejala1176684
Sporadik - Saringan Kendiri1356271
Sporadik - Saringan Pintu Masuk Antarabangsa5143114
Sporadik - Saringan Kematian11011
Sporadik - Saringan Komuniti358
Sporadik - SARI336
Sporadik - Saringan Tempat Kerja235
Sporadik - Saringan Pulang Dari Kawasan Berisiko Tinggi22
Sporadik - ILI11
Sporadik - Saringan Masuk Wad11
Sporadik - Saringan Pra PembedaUan11
Sporadik - Saringan Sebelum Masuk Penjara11
Sporadik - Saringan Sign On11
Sporadik - Saringan Tahanan11
Jumlah Keseluruhan142094243413667