Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 12 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

12 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,687 kes (1,093,503 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 21,668 kes (1,342,215 kes kumulatif);
  • Kes import : 58 kes (20 warganegara, 38 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 21,610 kes [18,332 warganegara (84.8%);  3,278 bukan warganegara (15.2%)];
  • Kes aktif : 237,021 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 543 kes;
  • Kes kematian : 318 kes [11,691 kes kumulatif, 0.87%; 256 warganegara, 62 bukan warganegara; 93 kes BID (57 warganegara; 36 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 4,079 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 45 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,798 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,281 kluster.

Daripada 21,668 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 440 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,228 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 2,720 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi iaitu yang telah lengkap dua minggu selepas dos kedua vaksinasi. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 318 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 118 kes di Selangor, 52 kes di Johor, 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, masing-masing 10 kes di Pulau Pinang dan Melaka, sembilan (9) kes di Perak, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, serta masing-masing empat (4) kes di Sarawak, Kelantan, dan Terengganu.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, dan kluster-kluster baharu, adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 11 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 11 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.40) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan (masing-masing nilai RT 1.23), serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,62698.76,278 (2)491,292
WP KUALA LUMPUR2,048107.22,436 (55)148,846
KEDAH1,40562.02,14363,433
SABAH1,28931.92,052100,031
JOHOR1,25732.01,706106,427
NEGERI SEMBILAN90577.9899 (1)82,470
KELANTAN86844.397253,633
PULAU PINANG86647.91,22956,633
PERAK72127.693047,570
SARAWAK66222.81,21684,603
PAHANG53430.562931,482
MELAKA47248.549437,652
TERENGGANU44534.459422,782
WP PUTRAJAYA6669.9564,717
PERLIS186.623910
WP LABUAN1110.9119,734
MALAYSIA18,19953.221,668 (58)1,342,215

 LAMPIRAN 3

Perincian 21,668 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,2783353,32122,620
WP KUALA LUMPUR2,4361711,071551,139
KEDAH2,143671,186-890
SABAH2,052911,154-807
JOHOR1,7062051,083-418
PULAU PINANG1,229181418-630
SARAWAK1,216215789-212
KELANTAN972129613-230
PERAK93099448-383
NEGERI SEMBILAN899435081347
PAHANG629117307-205
TERENGGANU594120344-130
MELAKA494107263-124
WP PUTRAJAYA56-40-16
PERLIS23-17-6
WP LABUAN1119-1
JUMLAH KESELURUHAN21,6681,88111,571588,158

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 12 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Parit Abdul RahmanTempat KerjaJohorPontian36327
2Industri Senai PLO 84Tempat KerjaJohorKulai3584
3Persiaran SILCTempat KerjaJohorJohor Bahru2266
4Jalan Sutera Sentosa SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1033
5Ladang SindoraTempat KerjaJohorKluang10129
6Jalan Tampoi GembiraTempat kerjaJohorJohor Bahru10265
7Simpang Empat PauhTempat KerjaKelantanKota Bharu1322
8Jalan Sri CemerlangTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Machang1119
9Jalan Pintu PongTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Pasir Puteh1120
10Blue Valley  Kampung RajaTempat KerjaPahangCameron Highlands21142
11Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah76194
12Jalan Baru Batu MaungTempat KerjaPulau PinangBarat Daya51811
13Sungai Kluang Empat 2Tempat KerjaPulau PinangBarat Daya dan Timur Laut392,070
14Lorong IKS Juru TujuhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah1447
15Bandar RiyalTempat KerjaSarawakSamarahan, Asajaya, dan Simunjan64496
16Lubuk BukutTempat KerjaSarawakMukah dan Sibu40346
17Tapak Bina Jalan Panglima HitamTempat KerjaSelangorKlang122928
18Industri Jalan Telipot EmpatTempat KerjaSelangorHulu Selangor97151
19Industri Bangi P10/14Tempat KerjaSelangorHulu Langat, Petaling, dan Sepang82122
20Industri Jalan AzaleaTempat KerjaSelangorHulu Selangor50220
21Industri Perigi Nanas TujuhTempat KerjaSelangorKlang49241
22Industri Integrasi Rawang 3/2Tempat KerjaSelangorGombak3780
23Industri Korporat DuaTempat KerjaSelangorKlang2780
24Industri Ulu Tinggi Bestari JayaTempat KerjaSelangorKuala Selangor1837
25Industri Kampung GumutTempat KerjaSelangorHulu Selangor932
26Jalan Kampung TiongTempat kerjaTerengganuKuala Terengganu dan Marang4884
27Tapak Bina Jalan Segambut KuchingTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong52205
28Tapak Bina Lebuhraya SetiawangsaTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa dan Lembah Pantai3250
29Tapak Bina Jalan Maju 13Tempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai10152
30Tapak Bina Awan Lembah 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa8524
31Kampung Pinggir Simpang RenggamKomunitiJohorKluang2845
32Kampung Kuau MelawiKomunitiKelantanBachok1638
33Kampung SerunggaKomunitiKelantanPasir Mas1221
34Kampung Tambak BangguKomunitiKelantanKota Bharu dan Bachok1016
35MokekKomunitiNegeri SembilanKuala Pilah1747
36Pulau KeladiKomunitiPahangPekan24141
37Triang MajuKomunitiPahangBera2280
38Jalan Kota BahruKomunitiPerakKampar3295
39Kampung Batu LintingKomunitiSabahKuala Penyu2946
40Dabai BaruhKomunitiSarawakBetong33163
41Bungey 2KomunitiSarawakBetong dan Pusa2886
42Jalan Stadium TujuhKumpulan Berisiko TinggiKelantanKota Bharu1839
43Jalan Manggis IntanKumpulan Berisiko TinggiPerakHilir Perak1852
44Jalan SunsuriaPendidikan TinggiSelangorSepang17481
45Jalan Panchor MuarPendidikan TinggiJohorMuar7147


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 11 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.40
WP KUALA LUMPUR1.23
KELANTAN1.23
SABAH1.16
PULAU PINANG1.16
PERAK1.15
JOHOR1.13
SARAWAK1.12
TERENGGANU1.12
KEDAH1.12
PAHANG1.09
NEGERI SEMBILAN1.05
MELAKA1.03
SELANGOR1.01
WP PUTRAJAYA0.97
WP LABUAN0
MALAYSIA1.06