Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

13 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,025 kes (1,110,528 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baharu : 21,468 kes (1,363,683 kes kumulatif);
  • Kes import : 25 kes (18 warganegara, 7 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 21,443 kes [17,584 warganegara (82.0%);  3,859 bukan warganegara (18.0%)];
  • Kes aktif : 241,187 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,075 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 537 kes;
  • Kes kematian : 277 kes [11,968 kes kumulatif, 0.88%; 222 warganegara, 55 bukan warganegara; 96 kes BID (65 warganegara; 31 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,120 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 41 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,827 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,293 kluster.

Daripada 21,468 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 670 kes (3.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,798 kes (96.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu yang telah mendapat vaksinasi dua minggu selepas dos kedua). Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 277 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 66 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 26 kes di Johor, 18 kes di Negeri Sembilan, 15 kes di Sabah, 14 kes di Kedah, 11 kes di Melaka, enam (6) kes di Pulau Pinang, lima (5) kes di Kelantan, masing-masing tiga (3) kes di Perak dan Terengganu, serta dua (2) kes di Pahang.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 12 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 12 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti oleh Sabah dan Kelantan (masing-masing nilai RT 1.20), serta Sarawak dan Pulau Pinang (nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Ogos 2021 @ 6:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,46296.27,449 (2)498,741
WP KUALA LUMPUR2,009105.22,183 (18)151,029
KEDAH1,46864.71,80765,240
SABAH1,33433.01,654101,685
JOHOR1,28532.71,485 (1)107,912
PULAU PINANG93251.61,31657,949
NEGERI SEMBILAN90377.7974 (2)83,444
KELANTAN89045.41,08854,721
PERAK76229.2940 (1)48,510
SARAWAK67223.171585,318
PAHANG53230.457232,054
MELAKA50151.5723 (1)38,375
TERENGGANU44334.244023,222
WP PUTRAJAYA5962.5664,783
PERLIS238.550960
WP LABUAN1110.569,740
MALAYSIA18,28653.421,468 (25)1,363,683

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

 LAMPIRAN 3

Perincian 21,468 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,4494333,62723,387
WP KUALA LUMPUR2,183941,033181,038
KEDAH1,807361,098673
SABAH1,65431956667
JOHOR1,4853297571398
PULAU PINANG1,316156437723
KELANTAN1,088108704276
NEGERI SEMBILAN9741514692352
PERAK9401213221496
MELAKA7231342991289
SARAWAK71590419206
PAHANG572112323137
TERENGGANU4405430383
WP PUTRAJAYA 664521
 PERLIS507367
WP LABUAN66
JUMLAH KESELURUHAN21,4681,85610,834258,753

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 13 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Lingkaran Mohamed SatuTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling212436
2Industri Sungai Pinang 4/2Tempat KerjaSelangorKlang87285
3Industri Bukit Belimbing 26Tempat KerjaSelangorPetaling dan Klang502,569
4Industri Mahkota UtamaTempat KerjaSelangorHulu Langat4994
5Industri Persiaran Rahman Putra TigaTempat KerjaSelangorGombak, Kuala Selangor, dan Petaling34219
6Industri Jalan KorporatTempat KerjaSelangorKlang, Petaling, dan Kuala Selangor33384
7Industri Jalan RawangTempat KerjaSelangorGombak dan Hulu Selangor2737
8Tapak Bina  Persiaran BayuTempat KerjaSelangorKuala Langat2360
9Industri Jalan TPP LimaTempat KerjaSelangorPetaling1831
10Industri Jalan Indah BaganTempat KerjaSelangorSabak Bernam1564
11DonggongonTempat KerjaSabahPenampang  dan Kota Kinabalu2244
12Tapak Bina  Lingkaran CassiaTempat KerjaPulau PinangSeberang  Perai Selatan75376
13Hilir Sungai Kluang SatuTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, Seberang  Perai  Tengah, dan Seberang  Perai Selatan2785
14Industri Jaya GadingTempat KerjaPahangKuantan949
15Jalan Bank KuantanTempat KerjaPahangKuantan21372
16Tapak Bina Village RoadTempat KerjaNegeri SembilanSeremban119140
17Industri Jalan 1/44 Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok1422
18Gunong BachokTempat KerjaKelantanBachok2450
19Dah Tapak  Bina PantaiTempat KerjaKedahLangkawi15330
20Tapak Bina Kluang BaratTempat KerjaJohorKluang97135
21Industri Jalan Tun Abdul MajidTempat KerjaJohorKota Tinggi dan Kluang11519
22Ladang Jalan SegamatTempat KerjaJohorTangkak10147
23Kampung Sungai SamKomunitiKelantanKuala Krai2439
24Kampung Pauh Lima 2KomunitiKelantanKota Bharu1419
25Kampung Kedai MenantiKomunitiKelantanPasir Puteh1423
26Krau SatuKomunitiPahangRaub1981
27Nipah DatukKomunitiPerakHilir Perak dan Bagan Datuk2470
28Kampung TasekKomunitiPerakHulu Perak1454
29Long MaktubKomunitiSarawakSebauh dan Bintulu834
30Buluh TelurKomunitiSelangorHulu Selangor921
31Kampung Bukit Cina Pasir AkarKomunitiTerengganuBesut55747
32Jalan Lurah UtamaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru39141
33Jalan Mutiara Enam PlentongKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru3092
34Jalan CEP Satu KluangKumpulan Berisiko TinggiJohorKluang580
35Telaga 2Kumpulan Berisiko TinggiKedahKota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Yan84188
36Jalan LoganKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut2333
37Jalan Paya TerubongKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut1940
38Jalan Padang RengasKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurKepong1627
39Jalan Melaka JasinKumpulan Berisiko TinggiMelakaJasin2237
40Syahbandar PeramuInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPMPahangPekan1854
41Pantai Senok TawangInstitusi Pendidikan KPMKelantanBachok1740


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 12 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.33
SABAH1.20
KELANTAN1.20
PULAU PINANG1.17
SARAWAK1.17
KEDAH1.14
PERAK1.14
JOHOR1.13
TERENGGANU1.12
PAHANG1.07
NEGERI SEMBILAN1.04
MELAKA1.03
WP KUALA LUMPUR1.02
SELANGOR1.00
WP PUTRAJAYA0.95
WP LABUAN0.64
MALAYSIA1.05