Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,655 kes (1,128,183 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 20,670 kes (1,384,353 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (6 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 20,662 kes [17,179 warganegara (83.1%);  3,483 bukan warganegara (16.9%)];
  • Kes aktif : 243,942 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,096 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 540 kes;
  • Kes kematian : 260 kes [12,228 kes kumulatif, 0.88%; 195 warganegara, 65 bukan warganegara; 68 kes BID (37 warganegara; 29 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,154 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,846 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,308 kluster.

Daripada 20,670 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 676 kes (3.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,994 kes (96.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 2,646 kes (12.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu dua minggu selepas mendapat dos kedua). Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 260 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 77 kes di Selangor, 56 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50 kes di Johor, 18 kes di Perak, 16 kes di Negeri Sembilan, 14 kes di Kedah, 10 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Pahang.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 13 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 13 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.41) diikuti oleh Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.18), serta Sarawak (nilai RT 1.15). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,40495.46,606 (5)505,347
WP KUALA LUMPUR1,958102.52,028 (1)153,057
KEDAH1,49966.11,79667,036
SABAH1,40134.61,752103,437
JOHOR1,32033.61,425109,337
PULAU PINANG96953.71,25159,200
KELANTAN94748.31,37056,091
NEGERI SEMBILAN88476.072784,171
PERAK79330.41,003 (1)49,513
SARAWAK69123.8725 (1)86,043
PAHANG54731.279432,848
MELAKA51452.852138,896
TERENGGANU45935.556023,782
WP PUTRAJAYA5961.8514,834
PERLIS259.4611,021
WP LABUAN1110.309,740
MALAYSIA18,47954.020,670 (8)1,384,353

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,670 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,6063853,37752,839
WP KUALA LUMPUR2,0281349491944
KEDAH1,79697976-723
SABAH1,752111,063-678
JOHOR1,425282770-373
KELANTAN1,370136906-328
PULAU PINANG1,251160397-694
PERAK1,003843311587
PAHANG794203466-125
NEGERI SEMBILAN72727388-312
SARAWAK7251653571202
TERENGGANU56079385-96
MELAKA52180190-251
 PERLIS61330-28
WP PUTRAJAYA 51-31-20
WP LABUAN-----
JUMLAH KESELURUHAN20,6701,84610,61688,200

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Perindustrian Jalan IdamanTempat KerjaJohorKulai5989
2Industri I-Park LimaTempat KerjaJohorKulai729
3Industri Cyber EmpatTempat KerjaJohorKulai13219
4Industri Sri GadingTempat KerjaJohorBatu Pahat66345
5Jalan Awang DaikTempat KerjaJohorMersing15171
6Taman Permata KluangTempat KerjaJohorKluang2198
7Industri Batu 16 Setengah RawangTempat KerjaSelangorGombak67125
8Tapak Bina Bukit Semenyih 3Tempat KerjaSelangorHulu Langat69151
9Industri Persiaran JayaTempat KerjaSelangorHulu Langat84163
10Tapak Bina Damai 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurCheras57247
11Jalan Ayer JernehTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa812
12Jalan Sibu SatuTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong936
13Lintang Bayan Lepas LapanTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan371,936
14Tapak Bina Persiaran Cassia SelatanTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan74500
15Industri Jalan Berkat SembilanTempat KerjaMelakaMelaka Tengah3489
16Industri Tangga BatuTempat KerjaMelakaMelaka Tengah41786
17Industri Jalan Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Tumpat1225
18Kampung Cherang PanjiTempat KerjaKelantanKota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah1730
19Jalan Perusahaan Empat 2Tempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama85421
20Jalan Lim Hoe Lek Tempat KerjaPahangKuantan 21 64
21Chiku RenokKomunitiKelantanGua Musang917
22Renok BaruKomunitiKelantanGua Musang1326
23Jalan Sawmill Gua MusangKomunitiKelantanGua Musang1657
24Jeram TekohKomunitiKelantanGua Musang814
25Kampung Jelor HilirKomunitiKelantanPasir Puteh1321
26Batu Tujuh Kampung SalorKomunitiKelantanKota Bharu1826
27Sungai MenokKomunitiSarawakBeluru, Miri2172
28Taman Indah LandehKomunitiSarawakKuching915
29Kampung Busut Jin KomunitiPahangTemerloh 2256
30Bukit RanginKomunitiPahangKuantan27103
31Kampung TerisuKomunitiPahangCameron Highlands34332
32Raja Alias TigaKomunitiNegeri SembilanJempol2580
33Lorong Bunga RayaKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang4970
34Penjara Seberang Perai 2Pusat TahananPulau PinangSeberang Perai Selatan50394

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 13 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.41
SABAH1.18
KELANTAN1.18
PULAU PINANG1.18
SARAWAK1.15
KEDAH1.12
TERENGGANU1.12
PERAK1.11
JOHOR1.11
PAHANG1.06
MELAKA1.04
NEGERI SEMBILAN1.02
WP KUALA LUMPUR1.02
SELANGOR1.02
WP PUTRAJAYA0.94
WP LABUAN0.68
MALAYSIA1.05