Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 15 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,945 kes (1,145,128 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 20,546 kes (1,404,899 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (1 warganegara, 13 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,532 kes [17,273 warganegara (84.1%);  3,259 bukan warganegara (15.9%)];
  • Kes aktif : 247,261 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 526 kes;
  • Kes kematian : 282 kes [12,510 kes kumulatif, 0.89%;
  • 214 warganegara, 68 bukan warganegara; 101 kes BID (46 warganegara; 55 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,183 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,866 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,317 kluster.

Daripada 20,546 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 373 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,173 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 282 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 44 kes di Johor, 24 kes di Pulau Pinang, 15 kes di Kedah, 13 kes di Perak, sembilan (9) kes di Sabah, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Melaka, lima (5) kes di Negeri Sembilan, empat (4) kes di Pahang, dan tiga (3) kes di Kelantan.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 14 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 14 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.20), serta Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,773100.857,307512,654
WP KUALA LUMPUR2,001104.701,442154,499
KEDAH1,65973.181,59668,632
SABAH1,60239.591,665105,102
JOHOR1,48137.731,508110,845
PULAU PINANG1,13162.591,11160,311
KELANTAN1,08555.371,02557,116
PERAK92135.261,06950,582
NEGERI SEMBILAN86574.4469884,869
SARAWAK80227.5796387,006
PAHANG60734.7192633,774
MELAKA56057.5963139,527
TERENGGANU51139.4853424,316
WP PUTRAJAYA 5860.86474,881
 PERLIS3011.44211,042
WP LABUAN54.4339,743
MALAYSIA20,09158.6820,546 (14)1,404,899

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,546 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,3072824,24032,782
SABAH1,665226915524
KEDAH1,596155831610
JOHOR1,508325818365
WP KUALA LUMPUR1,4421216823636
PULAU PINANG1,11160402649
PERAK1,069137288644
KELANTAN1,02563652310
SARAWAK963826702209
PAHANG9263214556144
NEGERI SEMBILAN6989372317
MELAKA631160306165
TERENGGANU5346340665
WP PUTRAJAYA473215
PERLIS21768
WP LABUAN330
JUMLAH KESELURUHAN20,5462,01111,078147,443

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 OGOS 2021

NONAMA KLUSTER NEGERIDAERAH KATEGORI KLUSTER JUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Puncak Alam EnamSelangorKuala SelangorTempat Kerja1530
2Industri Jalan JurunilaiSelangorKlang dan PetalingTempat Kerja1601,105
3Industri Alam Jaya 2/1 2SelangorKuala SelangorTempat Kerja3061
4Tapak Bina Persiaran GrandeurSelangorKuala SelangorTempat Kerja3656
5Jalan Tahana TampoiJohorJohor BahruTempat Kerja2953
6Jalan Sri Plentong LapanJohorJohor BahruTempat Kerja2238
7Industri Angkasa Mas UtamaJohorJohor BahruTempat Kerja2783
8Jalan Tahana Tampoi DuaJohorJohor BahruTempat Kerja1536
9Industri Jalan Minyak BekuJohorBatu PahatTempat Kerja13300
10Industri Jalan 6/44 Padang TembakKelantanKota Bharu dan TumpatTempat Kerja922
11Cabang Empat GunongKelantanKota Bharu dan BachokTempat Kerja945
12Tapak Bina Jalan UniversitiPerakKamparTempat Kerja33422
13Tapak Bina Jalan BembanPerakKintaTempat Kerja6787
14Tapak Bina Jalan Sri HartamasWP Kuala LumpurKepongTempat Kerja61169
15Dah Tujuh Industri Sungai PetaniKedahKuala MudaTempat Kerja3495
16Segama Batu Satu Lahad DatuSabahLahad DatuTempat Kerja1839
17Zon Industri JejawiPerlisKangarTempat Kerja2327
18Kampung Che Bee SalorKelantanKota BharuKomuniti1320
19Kampung Perupok TikatKelantanKota BharuKomuniti1119
20Kampung Berek Pak Tua LongKelantanPasir MasKomuniti2454
21Kampung Bongkok KerayongPahangBeraKomuniti41128
22Kampung Luit MaranPahangMaranKomuniti2033
23Paka KawiyanSabahRanauKomuniti41132
24TangkuyanSabahKinabatanganKomuniti129310
25Batu 16 SumunPerakHilir PerakKomuniti2767
26Dah Kampung PasirKedahKubang PasuKomuniti3884
27Kampung Sungai LaruhSarawakKuchingKomuniti1381
28Jalan Cheras 2SelangorHulu LangatKumpulan Berisiko Tinggi1536
29Jalan Sentosa RawangSelangorGombakKumpulan Berisiko Tinggi  26101


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 14 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.47
KELANTAN1.20
SABAH1.17
PULAU PINANG1.17
SARAWAK1.13
KEDAH1.11
PERAK1.11
JOHOR1.10
PAHANG1.06
TERENGGANU1.04
WP KUALA LUMPUR1.02
SELANGOR1.02
MELAKA1.01
NEGERI SEMBILAN1.00
WP PUTRAJAYA0.89
WP LABUAN0.00
MALAYSIA1.05