Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 15 Ogos 2021 - Situasi Terkini Pengesanan Jangkitan Kes COVID-19 dan Penilaian Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkaitan dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 10 Ogos 2021, sejumlah 97 kes COVID-19 telah dikesan iaitu:

  • 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan lapan (8) kes kontak rapat;
  • 25 kes telah dikenalpasti berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat [18 kes dikesan dengan tujuh (7) kontak rapat, di mana satu (1) kes telah meninggal dunia]; dan
  • Lapan (8) kes saringan Pra-Dewan Negara.

Terkini terdapat penambahan lima (5) lagi kes yang berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat menjadikan jumlahnya adalah 30 kes. Daripada 30 kes ini, dua (2) kes melibatkan Ahli Parlimen, sembilan (9) kes terdiri daripada pengiring, sembilan (9) kes pegawai agensi kerajaan, tujuh (7) kes lain-lain iaitu ahli keluarga, dua (2) kes kontraktor dan satu (1) kes daripada kakitangan parlimen. Perincian dapat dilihat dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Pecahan kes COVID-19 positif berkaitan persidangan Dewan Rakyat.

Untuk makluman, lima (5) kes baharu tersebut telah dimaklumkan pada 13 Ogos 2021 yang melibatkan lima sekeluarga, di mana kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut. Tiga (3) kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR antara 16.98 sehingga 22.76 (kebolehjangkitan yang tinggi), manakala dua (2) lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98. Kesemua mereka telah lengkap mendapat dua (2) dos vaksin. Mereka hanya bergejala ringan dan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 102 kes termasuk 5 kes baharu. Rujuk Jadual 1 untuk ringkasan status terkini.

Jadual 1: Ringkasan Keseluruhan Kes Positif Covid-19 Berkaitan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen (Sehingga 15 Ogos 2021)

PERKARAKES POSITIFKONTAK RAPAT POSITIFJUMLAH KESELURUHAN
Saringan Pra Dewan Rakyat (Pra-DR)56864
Semasa Bersidang19 (1)  **11 (4)30 (5)
Saringan Pra Dewan Negara (Pra-DN)8-8
JUMLAH83 (1)19 (4)102 (5)
* (   ) merujuk kepada kes baharu **Terdapat satu (1) kes kematian pada 9 Ogos 2021

Dimaklumkan juga bahawa KKM bersama pihak Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berbincang mengenai beberapa penambahbaikan yang diperlukan sebagai persediaan pembukaan semula Parlimen bagi mengurangkan lagi risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan. Kesiapsiagaan ini terdiri daripada: 1) tindakan memastikan individu-individu pelbagai kategori dan dari pelbagai negeri yang hadir ke Parlimen supaya mereka sihat dan tidak dijangkiti COVID-19 pada masa tersebut; dan 2) keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji dan ditambahbaik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan COVID-19. Kedua-dua perkara ini dihurai lebih lanjut di Lampiran 1.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Ogos 2021 @ 6.00 petang

Lampiran 1