Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 16 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,450 kes (1,162,578 kes kumulatif, 81.6%);
  • Kes baharu : 19,740 kes (1,424,639 kes kumulatif);
  • Kes import : 19 kes (8 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,721 kes [15,902 warganegara (80.6%);  3,819 bukan warganegara (19.4%)];
  • Kes aktif : 249,277 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,047 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 520 kes;
  • Kes kematian : 274 kes [12,784 kes kumulatif, 0.90%;
  • 211 warganegara, 63 bukan warganegara; 77 kes BID (28 warganegara; 49 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,218 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 35 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,879 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,339 kluster.

Daripada 19,740 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 298 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,442 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 16,805 kes (85.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Sebanyak 274 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 100 kes di Selangor, 39 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 31 kes di Johor, 21 kes di Kedah, 19 kes di Pulau Pinang, 16 kes di Melaka, 15 kes di Sabah, 10 kes  di Perak, sembilan (9) kes di Kelantan, masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Terengganu, serta satu (1) kes di Pahang.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 15 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 15 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.29), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.19), dan Sabah ( nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Ogos 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN**BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,50596.875,706 (15)518,360
WP KUALA LUMPUR1,87898.271,360 (1)155,859
KEDAH1,52767.351,59270,224
SABAH1,49636.961,728106,830
JOHOR1,38035.151,510112,355
PULAU PINANG1,06358.821,251 (1)61,562
KELANTAN1,00651.321,22758,343
SARAWAK85329.341,566 (2)88,572
PERAK83331.9193851,520
NEGERI SEMBILAN71661.5834385,212
MELAKA62063.661,12040,647
PAHANG56832.4864634,420
TERENGGANU47536.7168825,004
WP PUTRAJAYA5456.69434,924
PERLIS269.96201,062
WP LABUAN109.7029,745
MALAYSIA20,45159.7319,740 (19)1,424,639

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,740 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,7061553,302152,234
SABAH1,728134962632
KEDAH1,59284756752
SARAWAK1,5663129042348
JOHOR1,510269832409
WP KUALA LUMPUR1,360536871619
PULAU PINANG1,251803901780
KELANTAN1,227152802273
MELAKA1,120730223167
PERAK938103468367
TERENGGANU68873501114
PAHANG646148356142
NEGERI SEMBILAN34343164136
WP PUTRAJAYA43367
PERLIS201118
WP LABUAN22
JUMLAH KESELURUHAN19,7402,33710,394196,990

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Persiaran PerusahaanTempat  KerjaSelangorPetaling dan Hulu Langat48326
2Jalan AstakaTempat  KerjaSelangorPetaling30272
3Industri Taman Integrasi RawangTempat  KerjaSelangorGombak29240
4Industri Simpang  Tiga IjokTempat  KerjaSelangorKuala Selangor2938
5Industri Dua  Alam Jaya 2/1Tempat  KerjaSelangorKuala Selangor2654
6Ladang Bukit RotanTempat  KerjaSelangorKuala Selangor21101
7Industri Jalan Bunga Raya SentosaTempat  KerjaSelangorHulu Selangor1377
8Perindustrian Jalan I-Park SatuTempat  KerjaJohorKulai99635
9Perindustrian Pekan Nanas LapanTempat  KerjaJohorPontian4553
10Pekeliling Tanjung DuaTempat  KerjaJohorKulai1648
11Batu 17 SalengTempat  KerjaJohorKulai11415
12Industri Pekeliling  Tanjung 27Tempat  KerjaJohorKulai821
13Dah Tapak Bina BanyanTempat  KerjaKedahKuala Muda55442
14Kampung KadokTempat  KerjaKelantanKota Bharu819
15Jalan Jelawat  TangokTempat  KerjaKelantanBachok dan Kota Bharu817
16Industri Pengkalan Balak 2Tempat  KerjaMelakaAlor Gajah51407
17Industri Jalan TampinTempat  KerjaNegeri SembilanSeremban dan Rembau72139
18Industri Jalan TrasTempat  KerjaPahangBentong dan Raub1972
19Jalan Pasar IntanTempat  KerjaPerakHilir Perak50138
20CenderawasihTempat  KerjaSabahLahad Datu835
21Jalan Airport LamaTempat  KerjaSarawakBintulu1231
22Kampung Telaga BataKomunitiKelantanTumpat2848
23Kampung Gual Pasong HantuKomunitiKelantanPasir Mas2745
24Kampung Huda 2KomunitiKelantanKota Bharu2034
25Kampung Terap  BangguKomunitiKelantanKota Bharu dan Bachok1933
26Kampung Siti ManisKomunitiKelantanKota Bharu1425
27Kampung Kuin  MerahKomunitiKelantanPasir Mas1317
28Pintu Geng 2KomunitiKelantanKota Bharu1322
29Taman Segar 2KomunitiPerakMuallim2650
30Kampung  JerimbongKomunitiKelantanJeli911
31Kampung Perol  MerantiKomunitiKelantanPasir Mas714
32Kampung Bayu LalangKomunitiKelantanPasir Mas59
33Jalan WirawatiKumpulan  Berisiko  TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa2837
34Seksyen 14   Jalan Bayam 2Kumpulan  Berisiko  TinggiKelantanKota Bharu dan Tumpat1530
35Peretak  Kuala KubuPendidikan TinggiSelangorHulu Selangor2150


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 15 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.29
KELANTAN1.19
SABAH1.16
PULAU PINANG1.15
SARAWAK1.14
PERAK1.11
JOHOR1.10
KEDAH1.09
PAHANG1.08
TERENGGANU1.05
SELANGOR1.02
NEGERI SEMBILAN1.00
MELAKA1.00
WP KUALA LUMPUR0.99
WP PUTRAJAYA0.90
WP LABUAN0
MALAYSIA1.05