Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,680 kes (1,198,726 kes kumulatif, 81.7%);
  • Kes baharu : 22,242 kes (1,466,512 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 22,238 kes [18,243 warganegara (82.0%);  3,995 bukan warganegara (18.0%)];
  • Kes aktif : 254,484 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,060 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 540 kes;
  • Kes kematian : 225 kes [13,302 kes kumulatif, 0.91%; 198 warganegara, 27 bukan warganegara; 35 kes BID (27 warganegara; 8 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,306 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 49 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,920 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,386 kluster.

Daripada 22,242 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 430 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,812 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 18,631 kes (83.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 225 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 74 kes di Selangor, 37 kes di Johor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Sabah, 15 kes di Pulau Pinang, 14 kes  di Kedah, sembilan (9) kes di Perak,  lapan (8) kes di Negeri sembilan, tujuh (7) kes di Melaka, masing-masing enam (6) kes di Kelantan dan Pahang, lima (5) kes di Terengganu, dan dua (2) kes di Sarawak.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 17 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 17 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.29), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.19), dan Sabah (nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

TINDAKAN YANG DIPERLUKAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO DAN KESAN PEMBUKAAN SEMULA LEBIH BANYAK SEKTOR EKONOMI DAN SOSIAL

KKM mengambil maklum dan memahami kepentingan pengumuman Kerajaan mengenai pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat berdasarkan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu bagi mengimbangi usaha menyelamatkan nyawa (lives) serta aktiviti mata pencarian (livelihood). Pada masa yang sama KKM juga berusaha sedaya upaya dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan memfokuskan usaha untuk menangani risiko bagi mengelakkan pembentukan lebih banyak kluster.

Tindakan-tindakan KKM memerlukan kerjasama dan kepatuhan semua pihak agar ianya berjaya mengawal situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara kita di mana ianya masih berada pada tahap yang membimbangkan. Kes harian masih menunjukkan purata tujuh (7) hari kes jangkitan COVID-19 sekitar 20 ribu kes sehari. 

Secara keseluruhan terdapat sebanyak 2,913 kluster telah dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga iaitu pada 28 Mac 2021 (Minggu Epidemiologi ke-13). Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,549 kluster (53.2 peratus) adalah kluster tempat kerja dan 880 kluster (30.2 peratus) adalah kluster komuniti.

Kluster komuniti

Sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga sehingga kini, KKM telah melaporkan sebanyak 880 kluster komuniti yang melibatkan:

  • positif COVID-19;
  • masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU);
  • telah dilaporkan dalam kluster-kluster ini; dan
  • 439 kluster masih aktif.

Negeri yang melaporkan kluster komuniti tertinggi adalah Kelantan (239 kluster; 27.2 peratus), Sarawak (171 kluster; 19.4 peratus), dan Sabah (94 kluster; 10.7 peratus).

Kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti;

  • Aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster);
  • Komuniti di rumah panjang (44 kluster); dan
  • Majlis sambutan perayaan (55 kluster).

Siasatan epidemiologi di lapangan mendapati bahawa walaupun telah ada larangan bagi mengadakan majlis sosial atau menerima pelawat dan tetamu, masih ada di kalangan anggota masyarakat yang menjalankan aktiviti ziarah menziarahi atau berkumpul dalam majlis dan seterusnya, mencetuskan kluster dalam komuniti.

Kluster Tempat Kerja

Bagi kluster kategori tempat kerja, bermula 28 Mac 2021 (Fasa kedua gelombang ketiga) sehingga 17 Ogos 2021, KKM telah melaporkan sebanyak 1,549 kluster tempat kerja yang melibatkan:

  • positif COVID-19;
  • masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU);
  • telah dilaporkan dalam kluster tempat kerja ini; dan
  • masih aktif dan di bawah tempoh pemantauan wabak.

Negeri yang melaporkan kluster tempat kerja tertinggi adalah Selangor (414 kluster; 26.7 peratus), Johor (322 kluster; 20.8 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (149 kluster; 9.6 peratus).

Tiga (3) sub-kluster tempat kerja tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh ini melibatkan;

  • Sektor pengilangan (780 kluster);
  • Sektor perkhidmatan (260 kluster); dan
  • Sektor pembinaan (181 kluster).

Usaha untuk menurunkan kluster di tempat kerja memerlukan penekanan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja, pemantapan vaksinasi di kalangan pekerja serta penguatkuasaan yang tegas. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh KKM adalah seperti di bawah:

  1. Mengemaskini garis panduan COVID-19: Management Guidelines For Workplaces (ANNEX 25), untuk panduan dan rujukan pihak industri. Tindakan yang perlu diambil oleh majikan dan pekerja dalam memastikan jangkitan COVID-19 di tempat kerja dapat dicegah dan dikawal;
  2. Sesi libat urus bersama pemain industri pada 27 Julai 2021, 5 Ogos 2021 dan 17 Ogos 2021. Ianya juga telah melibatkan persatuan-persatuan seperti Malaysian Employer Federation (MEF), Federation of Malaysian Manufacture (FMM), SME Association, SME Corp., wakil dari kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), JKKP, Kementerian Sumber Manusia (KSM), dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

KKM ingin kembali menyarankan perkara berikut untuk sentiasa diamalkan dan diberi perhatian secara serius oleh semua pihak yang bertanggung jawab seperti ketua unit komuniti/majikan dan individu /pekerja;

Oleh itu, kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa sebelum ini sehingga membawa kepada banyak kematian akibat COVID-19, serta penutupan pelbagai sektor ekonomi dan sosial berikutan peningkatan kluster di tempat kerja dan kluster komuniti. Kita seharusnya sama-sama mengambil rasa tanggungjawab dalam memelihara negara daripada terus dibelenggu oleh pandemik COVID-19. Semoga unit kehidupan kita dapat segera pulih dan berfungsi seperti sedia kala bagi memacu negara ke arah yang lebih sejahtera.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN**BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,54797.506,858 (4)530,971
SABAH1,90046.952,413111,346
WP KUALA LUMPUR1,81695.051,587159,211
KEDAH1,74576.961,85273,939
JOHOR1,48137.711,477115,141
PULAU PINANG1,32373.241,86764,704
KELANTAN1,17159.751,35160,962
SARAWAK1,04535.941,40390,810
PERAK96336.881,03653,657
NEGERI SEMBILAN66857.4357786,279
MELAKA66668.4557941,849
PAHANG65337.3067535,765
TERENGGANU53141.0148725,989
WP PUTRAJAYA4749.68254,990
PERLIS3513.17501,149
WP LABUAN43.7459,750
MALAYSIA20,59560.1522,242 (4)1,466,512

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 3

Perincian 22,242 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,8583093,43943,106
SABAH2,4132331,410-770
PULAU PINANG1,867434544-889
KEDAH1,852451,018-789
WP KUALA LUMPUR1,58765711-811
JOHOR1,477396650-431
SARAWAK1,403113884-406
KELANTAN1,351134900-317
PERAK1,03678449-509
PAHANG675140436-99
MELAKA57986276-217
NEGERI SEMBILAN57722232-323
TERENGGANU48758364-65
PERLIS50727-16
WP PUTRAJAYA25-12-13
WP LABUAN5-2-3
JUMLAH KESELURUHAN22,2422,12011,35448,764

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Jalan  WarisanTempat KerjaSelangorSepang216325
2Industri Perusahaan Cheras JayaTempat KerjaSelangorHulu Langat dan Petaling142181
3Industri Jalan Hi-Tech TujuhTempat KerjaSelangorHulu Langat dan Petaling78105
4Industri Sri MudaTempat KerjaSelangorKlang,  Petaling, dan Kuala Selangor69149
5Tapak Bina Bestari DuaTempat KerjaSelangorSepang3589
6Industri Jalan Keretapi LamaTempat KerjaSelangorKuala Selangor1465
7Industri Integrasi Rawang  3/6Tempat KerjaSelangorGombak1426
8Industri Jalan Raja MusaTempat KerjaSelangorKuala Selangor1072
9Industri Zon Dagang Satu 2Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan221397
10Lorong Industri EnamTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan57183
11Lorong IKS Bukit Minyak SatuTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah2655
12Jalan IKS Bukit MinyakTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah2044
13Jalan Tengah Bayan BaruTempat KerjaPulau PinangBarat Daya11101
14Lorong Jelawat  LapanTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara10107
15Batu 25 Jalan  Kuching - SerianTempat KerjaSarawakSerian3652
16Tanjong Kibong DuaTempat KerjaSarawakSibu1760
17DijihTempat KerjaSarawakSelangau1333
18Kampung LanggotTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok1419
19Lorong Merak Pintu GengTempat KerjaKelantanTumpat dan Kota Bharu1021
20Batu Lapan Jalan Kuala KraiTempat KerjaKelantanKota Bharu1015
21Jalan I-Park  Satu  IndahpuraTempat KerjaJohorKulai40753
22Perindustrian Idaman EnamTempat KerjaJohorKulai dan Kota Tinggi2041
23Jalan Masyhur SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1644
24Tapak Bina Medini Sentral DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru14131
25Perindustrian Dua PontianTempat KerjaJohorPontian1348
26Jalan Desa KiaraTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong dan Lembah Pantai2052
27Sungai Pin 2Tempat KerjaSabahKinabatangan2093
28Sungai Pinang KecilTempat KerjaPerakManjung3060
29Industri Hulu BalokTempat KerjaPahangKuantan63259
30Industri Lot 14 Batu BerendamTempat KerjaMelakaMelaka Tengah31242
31Kampung Kelar GodelKomunitiKelantanPasir Mas1623
32Kampung KeladangKomunitiKelantanKota Bharu1623
33Kampung Pulau PasirKomunitiKelantanKota Bharu1117
34Kampung Pangkal  PisangKomunitiKelantanKota Bharu914
35Kampung Lubok GongKomunitiKelantanPasir Mas89
36Kampung SiramKomunitiKelantanPasir Mas510
37Jalan  Mersing - KluangKomunitiJohorMersing89421
38Bukit Batu Simpang RenggamKomunitiJohorKluang3251
39Parit 3A Sungai ManikKomunitiPerakHilir Perak2141
40Tanjung Keramat  LangkapKomunitiPerakHilir Perak1935
41Permata DengkilKomunitiSelangorSepang, Hulu Langat, dan Petaling139200
42Dah Kampung TokaiKomunitiKedahPendang58137
43Kampung Pasir DurianKomunitiPahangJerantut17188
44Jalan Residensi 2Kumpulan  Berisiko  TinggiPulau PinangTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan30106
45Jalan RengasKumpulan  Berisiko  TinggiSelangorKlang dan Petaling1559
46Jalan Manggis MuarKumpulan  Berisiko  TinggiJohorMuar1339
47Jalan SepaduKumpulan  Berisiko  TinggiWP Kuala LumpurLembah Pantai1213
48Cabang Tiga MidinKumpulan  Berisiko  TinggiKelantanPasir Puteh dan Kota Bharu729
49Pagar Jalan Sekolah ArabPusat  TahananJohorPontian2692


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 17 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.29
SARAWAK1.19
SABAH1.17
KELANTAN1.16
PULAU PINANG1.15
KEDAH1.11
PERAK1.09
JOHOR1.07
MELAKA1.07
TERENGGANU1.07
PAHANG1.06
SELANGOR1.01
WP KUALA LUMPUR0.98
NEGERI SEMBILAN0.95
WP PUTRAJAYA0.91
WP LABUAN0
MALAYSIA1.04