Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 19 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 21,720 kes (1,220,446 kes kumulatif, 81.9%);
  • Kes baharu : 22,948 kes (1,489,460 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (4 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 22,939 kes [19,145 warganegara (83.5%);  3,794 bukan warganegara (16.5%)];
  • Kes aktif : 255,534 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,060 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 528 kes;
  • Kes kematian : 178 kes [13,480 kes kumulatif, 0.90%; 155 warganegara, 23 bukan warganegara; 35 kes BID (26 warganegara; 9 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,348 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 42 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,945 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,403 kluster.

Daripada 22,948 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 457 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 22,491 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 17,981 kes (78.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap divaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 178 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 65 kes di Selangor, 36 kes di Johor, 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Sabah, masing-masing lapan (8) kes di Pulau Pinang, Pahang, dan Melaka, lima (5) kes  di Kelantan, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan, Sarawak, dan Terengganu, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Perak.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 17 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 18 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,67499.387,175538,146
SABAH1,97148.702,583113,929
KEDAH1,74176.772,13776,076
WP KUALA LUMPUR1,68187.971,439 (5)160,650
JOHOR1,45437.031,526116,667
PULAU PINANG1,38276.481,655 (3)66,359
KELANTAN1,21461.941,27162,233
SARAWAK1,04535.931,206 (1)92,016
PERAK1,00838.601,22954,886
MELAKA70071.9773742,586
PAHANG67138.3573636,501
NEGERI SEMBILAN61953.2355686,835
TERENGGANU53941.6862126,610
WP PUTRAJAYA4345.15265,016
PERLIS3513.11421,191
WP LABUAN43.4699,759
MALAYSIA20,78060.6922,948 (9)1,489,460

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 3

Perincian 22,948 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,1753673,984-2,824
SABAH2,5831231,503-957
KEDAH2,1371141,297-726
PULAU PINANG1,65512743831,087
JOHOR1,526172866-488
WP KUALA LUMPUR1,43927535679
KELANTAN1,271174825-272
PERAK1,229183436-610
SARAWAK1,206957451365
MELAKA737195258-284
PAHANG736176453-107
TERENGGANU62165483-73
NEGERI SEMBILAN55635298-223
PERLIS42112-29
WP PUTRAJAYA26-16-10
WP LABUAN9-2-7
JUMLAH KESELURUHAN22,9481,82912,36998,741

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 19 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Perusahaan Satu BeranangTempat KerjaSelangorHulu Langat150212
2Industri Serendah 17Tempat KerjaSelangorKlang,  Petaling, Kuala Selangor, Sepang, dan Kuala Langat85130
3Industri Sungai JanggutTempat KerjaSelangorKuala Selangor77144
4Tapak Bina Lembah Selatan 2Tempat KerjaSelangorSepang dan Hulu Langat68294
5Industri Cheras Jaya 1/4Tempat KerjaSelangorHulu Langat66165
6Tapak Bina Laluan Klang BantingTempat KerjaSelangorKlang dan Kuala Selangor60298
7Tapak Bina Jalan U12Tempat KerjaSelangorPetaling45118
8Tapak Bina Hulu Yam BharuTempat KerjaSelangorHulu Selangor2750
9Industri Jalan Taib Sungai ChohTempat KerjaSelangorHulu Selangor2243
10Jalan Ria 25Tempat KerjaSelangorPetaling dan Klang1875
11Lorong Perusahaan Bukit Minyak SembilanTempat KerjaPulau PinangSeberang  Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan44155
12Jelawat Dua Seberang JayaTempat KerjaPulau PinangSeberang  Perai Tengah1370
13Zon Dagang Bebas 4ATempat KerjaPulau PinangSeberang  Perai Tengah dan Seberang  Perai Selatan20147
14Jalan Perindustrian Bukit Minyak SatuTempat KerjaPulau PinangSeberang  Perai Tengah6158
15Jalan Kampung SigalTempat KerjaKelantanGua Musang2271
16Industri Taman Desa KemuminTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok1531
17Tasek Raja 2Tempat KerjaKelantanPasir Mas1217
18Jalan Tepi Sungai MelintangTempat KerjaPerakHilir Perak65127
19Jalan Izzudin  TaipingTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama21167
20Industri Kinta RahmanTempat KerjaPerakKinta dan Kuala Kangsar70434
21Perindustrian  Seelong JayaTempat KerjaJohorKulai12145
22Jalan Canggih  SembilanTempat KerjaJohorJohor Bahru1154
23Industri KemasulTempat KerjaPahangBentong43114
24Pos BlauKomunitiKelantanGua Musang38162
25Kampung Kuin PasirKomunitiKelantanBachok dan Kota Bharu2741
26Taman Desa JohanKomunitiKelantanPasir Mas1321
27Jalan Engku MudaKomunitiKelantanPasir Mas1218
28Kampung GaungKomunitiKelantanPasir Mas625
29Kampung Jejulok  BangguKomunitiKelantanKota Bharu dan Bachok2329
30Nanga PutiKomunitiSarawakTatau dan Bintulu3749
31SenibongKomunitiSarawakLundu dan Kuching926
32Kampung Bunga SerianKomunitiSarawakSerian2958
33Jalan Wawasan  Simpang RenggamKomunitiJohorKluang19191
34Jalan Teknologi 10 TangkakKomunitiJohorTangkak1060
35Dah Kampung LadangKomunitiKedahKubang Pasu67103
36Rantau TerataiKomunitiPahangMaran3770
37Pulai TengahKomunitiSelangorSabak  Bernam1235
38Kampung Tasek KubuKomunitiTerengganuMarang dan Hulu Terengganu84243
39Tembok 2Pusat  TahananKedahKota Setar489570
40Dah DTI RelauPusat  TahananKedahBandar Baharu60521
41Jalan Persiaran Abu Bakar SultanKumpulan  Berisiko  TinggiJohorJohor Bahru2152
42Sungai Buaya  JenjaromKeagamaanSelangorKuala Langat1496

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 18 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.33
SARAWAK1.21
SABAH1.19
PULAU PINANG1.18
KELANTAN1.14
KEDAH1.10
PERAK1.10
JOHOR1.07
PAHANG1.06
MELAKA1.06
TERENGGANU1.05
SELANGOR0.99
WP KUALA LUMPUR0.96
NEGERI SEMBILAN0.95
WP PUTRAJAYA0.91
WP LABUAN0
MALAYSIA1.04