Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 22 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,200 kes (1,278,670 kes kumulatif, 82.2%);
  • Kes baharu : 19,807 kes (1,555,093 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,802 kes [16,605 warganegara (83.9%);  3,197 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 262,255 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,026 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 496 kes;
  • Kes kematian : 232 kes [14,168 kes kumulatif, 0.91%;
  • 201 warganegara, 31 bukan warganegara; 
  • 43 kes BID (32 warganegara; 11 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,442 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,006 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,436 kluster.

Daripada 19,807 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 343 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,464 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 16,368 kes (82.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 232 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 94 kes di Selangor, 64 kes di Johor, 16 kes di Sabah, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Kelantan, lapan (8) kes di Pulau Pinang, lima (5) kes di Perak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Negeri Sembilan, dua (2) kes di Terengganu, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Pahang.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 21 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 21 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis dan Sarawak (masing-masing nilai RT 1.31), diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,807 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,3791003,10522,172
SABAH2,6381581,640 –840
KEDAH1,948901,179 –679
SARAWAK1,7722211,0781472
PULAU PINANG1,501138576 –787
JOHOR1,391345677369
KELANTAN1,196118829 –249
WP KUALA LUMPUR999195192459
PERAK703136237 –330
PAHANG59868418 –112
MELAKA558110185 –263
TERENGGANU53424378132
NEGERI SEMBILAN50859245 –204
 PERLIS54722 –25
WP PUTRAJAYA 2411 –13
WP LABUAN41 –3
JUMLAH KESELURUHAN19,8071,59311,10057,109

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Istimewa LapanTempat KerjaJohorJohor Bahru44100
2Industri Jalan Haji Manan KluangTempat KerjaJohorKluang1726
3Jalan SME SatuTempat KerjaJohorKulai1052
4Dermaga Halaman TimurTempat KerjaJohorJohor Bahru822
5Jalan TDB SatuTempat KerjaMelakaMelaka Tengah24124
6Industri Lot TujuhTempat KerjaMelakaMelaka Tengah21210
7Industri Jalan Elkay UtamaTempat KerjaMelakaJasin391,650
8Jalan Jinjang AmanTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1011
9Tapak Bina Jalan Gelugor 2Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara5974
10Dataran Satria PerwiraTempat KerjaNegeri SembilanTampin5284
11Perusahaan Tupai 15Tempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama931
12Industri Jalan LundangTempat KerjaKelantanTumpat dan Kota Bharu813
13Kampung Machang GochohKomunitiKelantanPasir Mas511
NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
14Kampung Durian KudungKomunitiKelantanBachok2045
15Kampung Padang TengahKomunitiKelantanKota Bharu1520
16Kampung Pauh TemanganKomunitiKelantanMachang2753
17Perumahan Jalan Padang TembakKomunitiKelantanKota Bharu dan Tanah Merah2029
18SemadaKomunitiSarawakSerian5880
19Sungai Penyarai 2KomunitiSarawakTatau dan Bintulu57101
20Kampung Matang LotKomunitiSarawakKuching21100
21Kampung Lintang BaruKomunitiSarawakSerian6292
22Kampung Sungai KabukKomunitiPahangCameron Highlands13213
23Kampung PenangahKomunitiSabahTongod36120
24Jalan Besar Pulau MerantiKumpulan Berisiko TinggiSelangorSepang2653


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.31
SARAWAK1.31
SABAH1.22
PULAU PINANG1.16
KELANTAN1.11
PERAK1.10
KEDAH1.10
MELAKA1.08
JOHOR1.06
PAHANG1.05
TERENGGANU1.05
SELANGOR0.97
WP KUALA LUMPUR0.92
NEGERI SEMBILAN0.89
WP PUTRAJAYA 0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA1.04