Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 23 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,053 kes (1,297,723 kes kumulatif, 82.5%);
  • Kes baharu : 17,672 kes (1,572,765 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (1 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,664 kes [15,299 warganegara (86.6%);  2,365 bukan warganegara (13.4%)];
  • Kes aktif : 260,700 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,040 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 502 kes;
  • Kes kematian : 174 kes [14,342 kes kumulatif, 0.91%;
  • 158 warganegara, 16 bukan warganegara; 
  • 21 kes BID (14 warganegara; 7 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,472 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,033 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,439 kluster.

Daripada 17,672 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 436 kes (2.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,236 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 14,337 kes (81.13 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 174 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 53 kes di Johor, 28 kes di Pulau Pinang, 25 kes di Sabah, 11 kes di Negeri Sembilan, masing-masing  sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, dan Kelantan, masing-masing tujuh (7) kes di Selangor dan Pahang, enam (6) kes di Melaka, empat (4) kes di Perak, serta masing-masing tiga (3) kes di Sarawak dan Perlis.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 22 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 22 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.03. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.29), diikuti oleh Perlis (nilai1.24), dan Sabah (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 17,672 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,316882,391 –1,837
SABAH2,4741401,609 –725
KEDAH1,60246937 –619
SARAWAK1,5382888764370
PULAU PINANG1,45179600 –772
JOHOR1,3673006241442
KELANTAN1,176126812 –238
PERAK952209286 –457
WP KUALA LUMPUR8914693419
PAHANG506188256 –62
NEGERI SEMBILAN47878209 –191
TERENGGANU47043324 –103
MELAKA36380162 –121
 PERLIS57413 –40
WP PUTRAJAYA2421 –3
WP LABUAN76 –1
JUMLAH KESELURUHAN17,6721,6699,59586,400

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 23 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Seroja 28Tempat KerjaJohorKulai48173
2Industri Batu 10 SegamatTempat KerjaJohorSegamat3694
3Jalan Amal BakriTempat KerjaJohorMuar2740
4Tapak Bina Jalan MengkibolTempat KerjaJohorKluang2262
5Industri Idaman 15Tempat KerjaJohorKulai1437
6Jalan Lingkaran  DalamTempat KerjaJohorJohor Bahru1232
7Industri Parit  PanjangTempat KerjaJohorPontian1085
8Industri Korporat  SatuTempat KerjaSelangorKlang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat266301
9Industri Sungai Pinang 5/1Tempat KerjaSelangorKlang dan Kuala Langat3089
10Dah 12 Industri KulimTempat KerjaKedahKulim103132
11Dah Ladang PelamTempat KerjaKedahBaling4762
12Jalan TangokTempat KerjaKelantanBachok1332
13Lorong Taman SariTempat KerjaKelantanKota Bharu79
14Sawit ChiniTempat KerjaPahangPekan41112
15Industri Mambang  Diawan TigaTempat KerjaPerakKampar14158
16Jalan Sungai KluangTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah421,293
17Mas SawaiTempat KerjaSarawakSubis15295
18Jalan Padang HiliranTempat KerjaTerengganuKuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, dan Setiu45325
19Kampung Pulau SaKomunitiKelantanPasir Puteh2338
20Kuala BetisKomunitiKelantanGua Musang1924
21Kampung Kayu RendangKomunitiKelantanKota Bharu1420
22Jalan Bunut SusuKomunitiKelantanPasir Mas810
23Kampung Paya MengkuangKomunitiKelantanPasir Mas822
24Kampung BakatKomunitiKelantanPasir Mas57
25Kota Gelanggi DuaKomunitiPahangJerantut873
26Kampung TemalianKomunitiPahangRaub1120
27Sungai Belukang  BarohKomunitiPerakHilir Perak2852
28Nansang TugongKomunitiSarawakPakan5162
29Bukit RasahKumpulan  Berisiko  TinggiNegeri SembilanSeremban4354
30Jalan Perak KamparKumpulan  Berisiko  TinggiPerakKampar3145

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 22 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.29
 PERLIS1.24
SABAH1.21
PULAU PINANG1.15
KELANTAN1.10
KEDAH1.09
MELAKA1.08
PERAK1.07
JOHOR1.06
TERENGGANU1.05
PAHANG1.03
SELANGOR0.97
WP KUALA LUMPUR0.89
NEGERI SEMBILAN0.89
WP PUTRAJAYA 0.82
WP LABUAN0
MALAYSIA1.03