SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
24 OGOS 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 18,613 kes (1,316,336 kes kumulatif, 82.6%);
- Kes baharu : 20,837 kes (1,593,602 kes kumulatif);
- Kes import : 22 kes (12 warganegara, 10 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 20,815 kes [17,440 warganegara (83.8%); 3,375 bukan warganegara (16.2%)];
- Kes aktif : 262,713 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,063 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 511 kes;
- Kes kematian : 211 kes [14,553 kes kumulatif, 0.91%;
- 187 warganegara, 24 bukan warganegara;
- 40 kes BID (26 warganegara; 14 bukan warganegara)];
- Jumlah kluster : 4,506 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 3,060 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,446 kluster.
Daripada 20,837 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 358 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,479 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, 16,949 kes (81.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Sebanyak 211 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 41 kes di Johor, 36 kes di Selangor, 32 kes di Kedah, 23 kes di Pulau Pinang, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 12 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Pahang, lima (5) kes di Terengganu, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Perlis.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 23 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 23 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.26), diikuti oleh Perlis (nilai1.25), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
24 Ogos 2021 @ 6:45 petang.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
Perincian 20,837 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 4,645 | 361 | 2,312 | 14 | 1,958 |
SABAH | 3,376 | 164 | 2,094 | – | 1,118 |
PULAU PINANG | 2,054 | 274 | 684 | – | 1,096 |
KEDAH | 1,772 | 31 | 1,152 | – | 589 |
JOHOR | 1,743 | 338 | 897 | – | 508 |
SARAWAK | 1,543 | 356 | 819 | – | 368 |
KELANTAN | 1,422 | 106 | 975 | – | 341 |
WP KUALA LUMPUR | 1,284 | 19 | 508 | 4 | 753 |
PERAK | 1,242 | 132 | 496 | – | 614 |
PAHANG | 521 | 80 | 346 | – | 95 |
MELAKA | 396 | 108 | 111 | – | 177 |
TERENGGANU | 383 | 37 | 266 | – | 80 |
NEGERI SEMBILAN | 351 | 19 | 139 | 4 | 189 |
PERLIS | 74 | 29 | 20 | – | 25 |
WP PUTRAJAYA | 27 | – | 17 | – | 10 |
WP LABUAN | 4 | – | 3 | – | 1 |
JUMLAH KESELURUHAN | 20,837 | 2,054 | 10,839 | 22 | 7,922 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 24 OGOS 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Tapak Bina Bukit Mahkota | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 122 | 148 |
2 | Tapak Bina Jalan Lapan Olak Lempit | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat dan Klang | 58 | 80 |
3 | Industri Jalan P/2A | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 53 | 78 |
4 | Industri Jalan Puchong Kajang | Tempat Kerja | Selangor | Sepang dan Petaling | 33 | 125 |
5 | Tapak Bina Jalan Tampin | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 19 | 32 |
6 | Industri Meranti Permai Satu | Tempat Kerja | Selangor | Sepang, Petaling, dan Hulu Langat | 10 | 43 |
7 | Jalan Industri Bukit Panchor | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 81 | 232 |
8 | Tapak Bina Persiaran Cassia Selatan Tiga | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 31 | 121 |
9 | Tingkat Perusahaan 4B | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 30 | 181 |
10 | Persiaran Bayan Lepas | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah | 27 | 1500 |
11 | Lorong Perusahaan Maju 11 | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 18 | 43 |
12 | Industri Jalan Bukit Tambun | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 13 | 26 |
13 | Industri Jalan 5A/44 Kemumin | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu | 14 | 20 |
14 | Jalan Doktor Kota Bharu | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu | 10 | 15 |
15 | Batu Empat Jalan Kuala Krai | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu | 9 | 20 |
16 | Tapak Bina Persisiran Sutera | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 82 | 109 |
17 | Jalan Hasil Dua | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 12 | 47 |
18 | Jalan Kempas Dua Desaru | Tempat Kerja | Johor | Kota Tinggi | 11 | 65 |
19 | Industri Sawit Jalan Rim | Tempat Kerja | Melaka | Jasin | 38 | 51 |
20 | Jalan Perindustrian Rembia Satu | Tempat Kerja | Melaka | Alor Gajah | 30 | 131 |
21 | Sungai Pin 3 | Tempat Kerja | Sabah | Kinabatangan | 55 | 83 |
22 | Simpang Tiga Rungkup | Tempat Kerja | Perak | Hilir Perak | 30 | 104 |
23 | Kampung Palas Merah | Komuniti | Kelantan | Tumpat | 13 | 14 |
24 | Kampung Bechak Mulong | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 13 | 19 |
25 | Kampung Padang Dalam Kedai Lalat | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 13 | 19 |
26 | Kampung Binjal Bunut Susu | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 10 | 10 |
27 | Kampung Masai Asal | Komuniti | Johor | Johor Bahru | 60 | 231 |
28 | Kampung Jawa Kota Tinggi | Komuniti | Johor | Kota Tinggi | 7 | 60 |
29 | Desa Kenanga | Komuniti | Pahang | Rompin | 14 | 552 |
30 | Nanga Pelugau | Komuniti | Sarawak | Selangau | 24 | 59 |
31 | Kampung Rhu Muda | Komuniti | Terengganu | Marang | 62 | 116 |
32 | Jalan Syers | Kumpulan Berisiko Tinggi | WP Kuala Lumpur | Kepong | 27 | 72 |
33 | Lorong Haji Mughni | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Klang | 8 | 74 |
34 | Tembok Kok Klang | Pusat Tahanan | Perlis | Kangar | 100 | 160 |
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 23 OGOS 2021
NEGERI | NILAI RT |
SARAWAK | 1.26 |
PERLIS | 1.25 |
SABAH | 1.19 |
PULAU PINANG | 1.14 |
KELANTAN | 1.10 |
KEDAH | 1.08 |
PERAK | 1.06 |
TERENGGANU | 1.06 |
JOHOR | 1.05 |
MELAKA | 1.05 |
PAHANG | 1.01 |
SELANGOR | 0.96 |
WP KUALA LUMPUR | 0.90 |
NEGERI SEMBILAN | 0.85 |
WP PUTRAJAYA | 0.81 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 1.01 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.