Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,798 kes (1,337,134 kes kumulatif, 82.7%);
  • Kes baharu : 22,642 kes (1,616,244 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 22,637 kes [19,028 warganegara (84.1%);  3,609 bukan warganegara (15.9%)];
  • Kes aktif : 264,292 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,003 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 490 kes;
  • Kes kematian : 265 kes [14,818 kes kumulatif, 0.92%;
  • 219 warganegara, 46 bukan warganegara;
  • 69 kes BID (51 warganegara; 18 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,548 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 42 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,090 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,458 kluster.

Daripada 22,642 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 478 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 22,164 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 18,143 kes (80.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 265 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 105 kes di Selangor, 39 kes di Johor, 23 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, masing-masing 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, 12 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Perak, enam (6) kes di Sarawak, masing-masing lima (5) kes di Kelantan dan Pahang, empat (4) kes di Melaka, serta dua (2) kes di Terengganu.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 24 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 24 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.28), diikuti oleh Sarawak (nilai1.22), dan Sabah (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 22,642 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,3253503,07042,901
SABAH3,224752,09811,050
KEDAH2,2791831,422-674
JOHOR1,832262979-591
SARAWAK1,667226966-475
PULAU PINANG1,427146479-802
KELANTAN1,424133897-394
PERAK1,390322536-532
WP KUALA LUMPUR1,128122523-483
TERENGGANU74474555-115
PAHANG52285326-111
MELAKA34251128-163
NEGERI SEMBILAN26937121-111
PERLIS441015-19
WP PUTRAJAYA21-9-12
WP LABUAN4-2-2
JUMLAH KESELURUHAN22,6422,07612,12658,435

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Persiaran Puncak Alam 11Tempat KerjaSelangorKuala Selangor, Petaling, dan Klang48150
2Tapak Bina Persiaran EmasTempat KerjaSelangorKuala Langat4675
3Industri Anggerik Mokara 59Tempat KerjaSelangorKlang4155
4Jalan Lalang Batu 30Tempat KerjaSelangorHulu Langat4052
5Jalan Western 2Tempat kerjaSelangorSepang18323
6Jalan Perak EmpatTempat kerjaJohorJohor Bahru49420
7Jalan Kampung KelicapTempat KerjaJohorBatu Pahat35961
8Industri Jalan Teknologi Simpang RenggamTempat KerjaJohorKluang19136
9Sungai DinarTempat KerjaJohorPontian1884
10Tenggaroh 11Tempat KerjaJohorMersing16161
11Jalan SerasaTempat KerjaKelantanGua Musang38467
12Jalan LKS Kuala KraiTempat KerjaKelantanKuala Krai2987
13Lebuhraya Rantau PanjangTempat KerjaKelantanPasir Mas1123
14Industri Kanthan SatuTempat KerjaPerakKinta75337
15Tapak Bina Jalan PC 10Tempat KerjaPerakMuallim2637
16Tapak Bina Jalan Jelawai DuaTempat KerjaPerakMuallim24115
17Pesara Kampung JawaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya dan Timur Laut49190
18Lorong Perusahaan 8CTempat kerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah29210
19Lorong Perusahaan Maju DuaTempat kerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah28174
20Dah Lima Industri KulimTempat KerjaKedahKulim, Bandar Baharu, dan Kuala Muda54187
21Dah Enam Industri KulimTempat KerjaKedahKulim dan Baling4293
22Tapak Bina Persiaran Tecoma 2Tempat kerjaWP Kuala LumpurKepong94190
23Industri Gebeng 3/2Tempat KerjaPahangKuantan491,093
24Kampung Kenanga LabokKomunitiKelantanMachang1730
25Jerek BaruKomunitiKelantanGua Musang1522
26Kampung Lata RekKomunitiKelantanKuala Krai1044
27Kampung Jeram Pasir PutehKomunitiKelantanPasir Puteh912
28Kampung Bendang IkanKomunitiKelantanPasir Mas813
29Papulut KeneringKomunitiPerakHulu Perak2899
30Jalan Nakhoda ManjungKomunitiPerakManjung17101
31PerhentianKomunitiTerengganuBesut751,124
32Kampung LimbongKomunitiTerengganuDungun52173
33Jalan RejabKomunitiJohorKota Tinggi541
34Kampung JeramKomunitiNegeri SembilanSeremban1392
35OparKomunitiSarawakBau66131
36Lorong Enam SekinchanKomunitiSelangorSabak Bernam1030
37Jalan Kampung Tengah MuarKumpulan Berisiko TinggiJohorMuar3195
38Jalan Mutiara Emas UtamaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru dan Muar1192
39Jalan Assam KumbangKumpulan Berisiko TinggiPerakLarut, Matang, dan Selama644
40Jalan Hospital Sri AmanKumpulan Berisiko TinggiSarawakSri Aman22217
41Jalan Sepang 2Kumpulan Berisiko TinggiSelangorSepang814
42Pagar Jalan Bakau CondongPusat TahananJohorBatu Pahat1767


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 24 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.28
SARAWAK1.22
SABAH1.21
PULAU PINANG1.18
KELANTAN1.10
PERAK1.07
KEDAH1.06
JOHOR1.06
TERENGGANU1.03
MELAKA1.02
PAHANG1.01
SELANGOR0.94
WP KUALA LUMPUR0.88
NEGERI SEMBILAN0.87
WP PUTRAJAYA 0.78
WP LABUAN0
MALAYSIA1.02