Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 22,657 kes (1,359,791 kes kumulatif, 82.9%);
  • Kes baharu : 24,599 kes (1,640,843 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 24,591 kes [19,712 warganegara (80.2%);  4,879 bukan warganegara (19.8%)];
  • Kes aktif : 265,841 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):990 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 487 kes;
  • Kes kematian : 393 kes [15,211 kes kumulatif, 0.93%;
  • 294 warganegara, 99 bukan warganegara;
  • 100 kes BID (50 warganegara; 50 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,583 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 35 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,112 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,471 kluster.

Pada hari ini, Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh sebulan yang lepas iaitu sebanyak 22,657 kes. Jika dibandingkan pada 25 Julai 2021, jumlah kes yang didiscaj daripada hospital adalah 1,562 orang dan jumlah ini meningkat kepada 2,153 orang pada 25 Ogos 2021. Ini adalah petanda yang positif.

Walaupun pada hari ini negara mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang pandemik, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah berada di kategori klinikal 1 dan 2 semasa didiagnosa, iaitu 23,939 kes bersamaan 97.3 peratus daripada keseluruhan kes pada hari ini. Sebanyak 660 kes (2.7 peratus) pula adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19.

Ini seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri. Sehingga 25 Ogos 2021, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia di mana 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin.

Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dan hadir pada tarikh temujanji seperti yang telah dijadualkan. Di samping itu, kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu terus diamalkan walaupun telah menerima dos vaksin lengkap.

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 393 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 125 kes di Selangor, 61 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

48 kes di Johor, 33 kes di Melaka, 31 kes di Pulau Pinang, 26 kes di Sabah, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 15 kes di Kedah dan Perak, sembilan (9) kes di Kelantan, lapan (8) kes di Pahang, serta dua (2) kes di Terengganu.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 25 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 25 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak dan Perlis (masing-masing dengan nilai RT 1.22), diikuti oleh Sabah (nilai1.21), dan Pulau Pinang (nilai RT 1.12). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Ogos 2021 @ 7.00 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 24,599 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,9365743,097 -3,265
SABAH3,4872631,992 -1,232
JOHOR2,7857791,267 -739
PULAU PINANG2,078230765 -1,083
SARAWAK2,0242461,187 -591
KEDAH1,53854925 -559
KELANTAN1,312142790 -380
PERAK1,170144516 -510
WP KUALA LUMPUR881-3867488
PAHANG69082497 -111
TERENGGANU56753434 -80
NEGERI SEMBILAN52615229 -282
MELAKA5151082161190
 PERLIS672125 -21
WP PUTRAJAYA20-13 -7
WP LABUAN3-1 -2
JUMLAH KESELURUHAN24,5992,71112,34089,540

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Dua Sungai LalangTempat KerjaSelangorHulu Langat86170
2Tapak Bina Persiaran Alam SariTempat KerjaSelangorHulu Langat79128
3Ladang Pulau CareyTempat KerjaSelangorKuala Langat58157
4Industri Perusahaan SuriaTempat KerjaSelangorGombak, Klang, dan Kuala Selangor44417
5Industri Batu 14 1/2 JeramTempat KerjaSelangorKuala Selangor33198
6Jalan Kebun Nenas 3DTempat KerjaSelangorKlang2360
7Industri Jalan PBSTempat KerjaSelangorPetaling dan Hulu Langat1820
8Industri Jalan Empat Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat1619
9Tapak Bina Jalan Eco BotaniTempat KerjaJohorJohor Bahru7377
10Industri SAC LapanTempat KerjaJohorKulai28300
11Industri Idaman TigaTempat KerjaJohorKulai dan Johor Bahru2642
12Senai Murni 12Tempat KerjaJohorKulai1290
13Jalan Kenanga 29Tempat KerjaJohorKulai642
14Tapak Bina Jalan Perusahaan SatuTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama48315
15Industri Taman FarmaseutikalTempat KerjaPerakPerak Tengah22255
16Industri Lorong Tanjung TigaTempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Port Dickson19298
17Industri Jalan Merdeka 33Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah33145
18Hamparan 2Tempat KerjaSabahKinabatangan2177
19Jalan SerunaiTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan62128
20Jalan Hulu EngkamopTempat KerjaSarawakPakan dan Sarikei1460
21Kampung DerdapKomunitiKelantanKota Bharu1723
22Jalan Pasar Desa Bunut SusuKomunitiKelantanPasir Mas1533
23Kampung Tanjong DalKomunitiKelantanKota Bharu1322
24Taman WartaKomunitiKelantanPasir Mas512
25Jalan PasakKomunitiJohorKota Tinggi825
26Jalan Sri PeraniKomunitiJohorKota Tinggi637
27Se-MenyanKomunitiSarawakSibu66293
28Telok BatuKomunitiSarawakMeradong1660
29Dengkil JayaKomunitiSelangorSepang dan Gombak134621
30Jalan SerampangKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru4357
31Jalan Pusara Simpang RenggamKumpulan Berisiko TinggiJohorKluang1739
32Jalan Tun HababKumpulan Berisiko TinggiJohorKota Tinggi1243
33Dah Lebuh KulimKumpulan Berisiko TinggiKedahKulim, Kuala Muda, dan Baling54650
34Pagar Teluk IntanPusat TahananPerakHilir Perak59125
35Dah MengkuangPendidikan LainKedahBaling35155


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 25 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.22
 PERLIS1.22
SABAH1.21
PULAU PINANG1.12
PERAK1.09
KEDAH1.08
KELANTAN1.08
JOHOR1.05
TERENGGANU1.04
PAHANG1.00
MELAKA0.99
SELANGOR0.95
WP KUALA LUMPUR0.87
NEGERI SEMBILAN0.82
WP PUTRAJAYA 0.80
WP LABUAN0
MALAYSIA1.02