Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 21,877 kes (1,381,668 kes kumulatif, 83.1%);
  • Kes baharu : 22,070 kes (1,662,913 kes kumulatif);
  • Kes import : 15 kes (8 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 22,055 kes [18,832 warganegara (85.4%);  3,223 bukan warganegara (14.6%)];
  • Kes aktif : 265,695 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):982 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 470 kes;
  • Kes kematian : 339 kes [15,550 kes kumulatif, 0.94%;
  • 289 warganegara, 50 bukan warganegara;
  • 99 kes BID (74 warganegara; 25 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,611 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 28 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,144 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,467 kluster.

Daripada 22,070 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 412 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,658 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 17,029 kes (77.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 339 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 103 kes di Selangor, 41 kes di Sabah, 40 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 38 kes di Pulau Pinang, 37 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 15 kes di Perak, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lapan (8) kes di Kelantan dan Pahang, enam (6) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, tiga (3) kes di Sarawak, serta dua (2) kes di Perlis.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 26 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 26 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.23), diikuti oleh Sarawak (nilai1.20), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 22,070 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,9203832,91012,626
SABAH3,010371,782 -1,191
SARAWAK2,2242691,406 -549
KEDAH2,072541,342 -676
PULAU PINANG1,829310513 -1,006
JOHOR1,8091719753660
WP KUALA LUMPUR1,06825119546
KELANTAN1,05174674 -303
PERAK939126447 -366
PAHANG61095391 -124
MELAKA58967201 -321
TERENGGANU48829345 -114
NEGERI SEMBILAN338171652154
 PERLIS763415 -27
WP PUTRAJAYA39-24 -15
WP LABUAN8-4 -4
JUMLAH KESELURUHAN22,0701,66811,705158,682

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1MundaiKomunitiSarawakSerian66133
2DurasKomunitiSarawakSerian6086
3Plaman BantangKomunitiSarawakSerian5597
4MapuKomunitiSarawakTebedu4365
5Nanga BengapKomunitiSarawakLubok Antu42186
6Nanga DapKomunitiSarawakKanowit2965
7Jero GelasahKomunitiSarawakSubis1572
8Kampung Bukit KechikKomunitiKelantanBachok2230
9Kampung Nik NalKomunitiKelantanKota Bharu1216
10Kampung Lubok PukolKomunitiKelantanKota Bharu1217
11Lorong Mat NasirKomunitiKelantanKota Bharu1015
12Kampung KusarKomunitiKelantanPasir Mas913
13Perumahan KetengahKomunitiTerengganuDungun60135
14Kampung Raja Cameron HighlandsKomunitiPahangCameron Highlands1619
15Kampung Simpang ArangKomunitiJohorJohor Bahru79394
16Industri Persiaran DelimaTempat KerjaSelangorKlang dan Kuala Langat107490
17Jalan IstanaTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling2849
18Jalan BBLS DuaTempat KerjaSelangorSepang624
19Ladang 0004 Kuala BaramTempat KerjaSarawakMiri31178
20KM20 Jalan BetongTempat KerjaSarawakBetong2355
21Tapak Bina Changkat Sungai Ara 20Tempat KerjaPulau PinangBarat Daya114364
22Tapak Bina Jalan Permatang PauhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah2645
23Jalan NafiriTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan22354
24Tingkat Perusahaan EnamTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah1836
25Bukit TingkatTempat KerjaPahangTemerloh26125
26Industri Bandar Tun Abdul RazakTempat KerjaPahangRompin1667
27Persiaran Teknologi 55Tempat KerjaJohorKulai, Kluang, Johor Bahru, dan Kota Tinggi201,177
28Tembok Puncak AlamPusat TahananSelangorKuala Selangor74287


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 26 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.23
SARAWAK1.20
SABAH1.19
PULAU PINANG1.14
JOHOR1.09
KELANTAN1.08
PERAK1.08
KEDAH1.03
TERENGGANU1.03
PAHANG1.01
MELAKA1.00
SELANGOR0.97
WP KUALA LUMPUR0.84
NEGERI SEMBILAN0.82
WP PUTRAJAYA 0.78
WP LABUAN0
MALAYSIA1.02