Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 21,257 kes (1,443,262 kes kumulatif, 83.7%);
  • Kes baharu : 19,268 kes (1,725,357 kes kumulatif);
  • Kes import : 16 kes (4 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,252 kes [16,662 warganegara (86.5%);  2,590 bukan warganegara (13.5%)];
  • Kes aktif : 265,713 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,033 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 476 kes;
  • Kes kematian : 295 kes [16,382 kes kumulatif, 0.95%;
  • 261 warganegara, 34 bukan warganegara;
  • 53 kes BID (39 warganegara; 14 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,709 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,222 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,487 kluster.

Daripada 19,268 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 399 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,869 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 14,664 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 295 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 81 kes di Selangor, 47 kes di Johor, 42 kes di Sabah, 36 kes di Kedah, 23 kes di Pulau Pinang, 13 kes  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 kes di Perak, 11 kes di Terengganu, masing-masing tujuh (7) kes di Pahang dan Kelantan, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan, Sarawak, dan Melaka, serta satu (1) kes di Perlis.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 29 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 29 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.24), diikuti oleh Perlis (nilai1.20), dan Sabah (nilai RT 1.14). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Pahang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,268 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,5671542,1981,215
SABAH2,310371,342 -931
JOHOR2,2653291,292 -644
KEDAH2,084881,349 -647
SARAWAK2,0282891,285 -454
PULAU PINANG1,78011864531,014
KELANTAN1,308133854 -321
PERAK1,144160513 -471
PAHANG788215461 -112
WP KUALA LUMPUR6721830713334
TERENGGANU54419419 -106
MELAKA395113135 -147
NEGERI SEMBILAN26911128 -130
 PERLIS711230 -29
WP PUTRAJAYA41-22 -19
WP LABUAN2-2 --
JUMLAH KESELURUHAN19,2681,69610,982166,574

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Raja MuarTempat KerjaJohorMuar6577
2Jalan Muafakat Simpang RenggamTempat KerjaJohorKluang6485
3Jalan Perniagaan Setia EnamTempat KerjaJohorJohor Bahru3786
4Industri PLO 200Tempat KerjaJohorKulai3149
5Jalan Berangan KluangTempat KerjaJohorKluang26265
6Seri Delima Kota TinggiTempat KerjaJohorKota Tinggi1152
7Tapak Bina Jalan Pasir Mas TunjongTempat KerjaKelantanKota Bharu4360
8Kampung Tanjung KualaTempat KerjaKelantanTumpat3044
9Jalan NaraTempat KerjaKelantanPasir Puteh1523
10Seksyen 69 Pasir TumbohTempat KerjaKelantanKota Bharu716
11Persiaran Cassia Selatan EmpatTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah61413
12Industri Jalan SerulingTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan26135
13Industri Lorong Sungai TiramTempat KerjaPulau PinangBarat Daya241,270
14Tapak Bina Pinggiran GohTempat KerjaPahangKuantan135242
15Industri Jalan Empat TemerlohTempat KerjaPahangTemerloh72207
16Jalan Equine 9BTempat KerjaSelangorPetaling2479
17Tapak Bina Jalan Sultan Zainal AbidinTempat KerjaTerengganuKuala Terengganu80421
18Pos TohoiKomunitiKelantanGua Musang2958
19Kampung Cabang Empat Tok DaratKomunitiKelantanPasir Mas2141
20Kampung Padang EnggangKomunitiKelantanKota Bharu1319
21Kampung Beta Pohon BulohKomunitiKelantanPasir Mas1214
22Lorong MustafaKomunitiKelantanKota Bharu dan Bachok1117
23Kampung Pulau PisangKomunitiKelantanKota Bharu1015
24Cabang Empat Salam 2KomunitiKelantanPasir Mas821
25Kampung Gertak Anak BuayaKomunitiKelantanPasir Mas717
26Jalan Ladang Teh HabuKomunitiPahangCameron Highlands15171
27Jalan Pasar Intan 181KomunitiPerakHilir Perak3473
28Nanga TekalitKomunitiSarawakTatau5764
29Belinggai Ulu NiahKomunitiSarawakSubis33119
30Sungai RinginKomunitiSarawakMeradong2992
31Bagan SekinchanKomunitiSelangorSabak Bernam1768
32Persiaran Titiwangsa TigaKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa1113
33Jalan Kasawari LarkinKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru1933
34Dah GerigisPendidikan LainKedahKota Setar dan Kubang Pasu6263
35Jalan Kempas Lima DesaruPendidikan TinggiJohorKota Tinggi1272
36Tembok JasinPusat TahananMelakaJasin4598


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 29 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.24
 PERLIS1.20
SABAH1.14
PULAU PINANG1.10
JOHOR1.07
TERENGGANU1.07
KELANTAN1.05
PERAK1.05
KEDAH1.04
PAHANG0.98
MELAKA0.98
SELANGOR0.94
WP PUTRAJAYA 0.86
WP KUALA LUMPUR0.83
NEGERI SEMBILAN0.79
WP LABUAN0
MALAYSIA1.01

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: