Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 23,473 kes (1,506,273 kes kumulatif, 84.3%);
  • Kes baharu : 20,988 kes (1,786,004 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,987 kes [18,436 warganegara (87.8%);  2,551 bukan warganegara (12.2%)];
  • Kes aktif : 262,540 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 1,417 kes (1,001 kes disahkan COVID-19; 416 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 783 kes (470 kes disahkan COVID-19; 313 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 249 kes [17,191 kes kumulatif, 0.96%;
  • 198 warganegara, 51 bukan warganegara;     
  • 80 kes BID (46 warganegara; 34 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,804 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 31 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,316 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,488 kluster.

Daripada 20,988 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 341 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,647 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 9,860 kes (47.0 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,995 kes (23.8 peratus)  telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin, manakala 6,133 kes (29.2 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 September 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,988 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,0732532,0001,820
SARAWAK2,9922342,152– 606
KEDAH2,455201,495940
SABAH2,329821,379868
JOHOR2,145535886724
PULAU PINANG1,600125505970
KELANTAN1,24764754429
PERAK990133464393
TERENGGANU98732757198
WP KUALA LUMPUR7313301400
PAHANG599110373116
MELAKA40796174137
NEGERI SEMBILAN30119135147
 PERLIS9085032
WP PUTRAJAYA37325
WP LABUAN541
JUMLAH KESELURUHAN20,9881,71111,49017,786

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Kota BayuemasTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling83140
2Industri Jalan Labohan Dagang-NilaiTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Klang64518
3Bagan Parit BaruTempat KerjaSelangorSabak Bernam2135
4Industri Taman Alam Jaya 2/5Tempat KerjaSelangorKuala Selangor dan Petaling1886
5Jalan Kilang PendingTempat KerjaSarawakKuching70112
6Jalan Usaha Jaya DuaTempat KerjaSarawakKuching dan Asajaya4141
7Industri Jalan SemebaTempat KerjaSarawakKuching3232
8Jalan Bintulu – BakunTempat KerjaSarawakBintulu1920
9Perusahaan Valdor 12Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan40239
10Jelawat Lapan Seberang JayaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah33150
11Industri Lorong Perusahaan 8CTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah1863
12Industri Jalan Batu BerendamTempat KerjaMelakaMelaka Tengah62606
13Taman Perindustrian Batu BerendamTempat KerjaMelakaMelaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah36178
14Jalan 1/44 Padang TembakTempat KerjaKelantanKota Bharu1430
15Tapak Bina Datin HalimahTempat KerjaJohorJohor Bahru223420
16Cyber 14Tempat KerjaJohorKulai1433
17Perniagaan Jalan Kempas LimaTempat KerjaJohorKota Tinggi5120
18Maxbi LibaiKomunitiSarawakSubis93266
19Kampung DangakKomunitiSarawakKuching1919
20Kampung Baru LipisKomunitiPahangLipis1879
21Jalan Seterpa Kampung ParitKomunitiKelantanKota Bharu1421
22Jalan Jati PenawarKomunitiJohorKota Tinggi1272
23Kampung MerkangKomunitiKelantanPasir Puteh1218
24Kampung Bukit TandakKomunitiKelantanPasir Mas1230
25Kampung Banggol Kemian HilirKomunitiKelantanPasir Mas913
26Kampung Kubang Panjang HuluKomunitiKelantanPasir Mas912
27Jalan Mariamah LimaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru4364
28Jalan Sentral 28Kumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru1125
29Jalan Pinang GelugorKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut dan Seberang Perai Selatan1188
30Jalan Seroja Saujana UtamaKumpulan Berisiko TinggiSelangorKuala Selangor4873
31Jalan PahlawanPendidikan TinggiSabahKota Kinabalu dan Penampang4572


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 1 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.18
 PERLIS1.11
JOHOR1.09
SABAH1.08
PULAU PINANG1.07
KELANTAN1.04
PERAK1.03
TERENGGANU1.03
KEDAH1.02
PAHANG1.02
SELANGOR0.92
WP PUTRAJAYA 0.91
MELAKA0.90
WP KUALA LUMPUR0.81
NEGERI SEMBILAN0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.99