Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 22,399 kes (1,528,672 kes kumulatif, 84.7%);
  • Kes baharu : 19,378 kes (1,805,382 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (7 warganegara; 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,364 kes [16,782 warganegara (86.7%);  2,582 bukan warganegara (13.3%)];
  • Kes aktif : 259,189 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,388 kes (975 kes COVID-19; 413 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 762 kes (463 kes COVID-19; 299 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 330 kes [17,521 kes kumulatif, 0.97%; 268 warganegara, 62 bukan warganegara; 93 kes BID (55 warganegara; 38 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,838 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,362 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,476 kluster.

Untuk makluman, nilai RT Malaysia secara keseluruhan bagi dua hari berturut-turut telah mencatatkan bacaan kurang dari 1.0 dan diharapkan ini akan terus menunjukkan penurunan. Ini merupakan petanda positif kerana meskipun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini, keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ianya bertambah baik secara perlahan. Situasi COVID-19 dalam negara diharap terus berkembang baik setara dengan peningkatan kadar vaksinasi di samping pematuhan terhadap SOP dan amalan norma baharu.

Jika dilihat daripada 19,378 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus)  telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,378 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,6131581,956101,489
SARAWAK2,4642301,3712861
SABAH2,404651,393 –946
JOHOR2,331763983 –585
PULAU PINANG1,726201514 –1,011
KEDAH1,4709965 –496
PERAK1,389143653 –593
KELANTAN1,35671931 –354
WP KUALA LUMPUR7403400 –337
PAHANG559106357 –96
TERENGGANU53214437 –81
MELAKA399145155198
NEGERI SEMBILAN270241351110
 PERLIS80438 –38
WP PUTRAJAYA4129 –12
WP LABUAN4 –4
JUMLAH KESELURUHAN19,3781,93610,317147,111

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 3 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Permas BaratTempat KerjaJohorJohor Bahru131573
2Tapak Bina Lebuh Kota IskandarTempat KerjaJohorJohor Bahru92133
3Jalan Tembaga Ulu PulaiTempat KerjaJohorPontian57192
4Jalan Kulai Kota TinggiTempat KerjaJohorKulai2167
5Jalan Sri Sulong EmpatTempat KerjaJohorBatu Pahat1178
6Jalan Padang Lalang TangkakTempat KerjaJohorTangkak1122
7Industri Desa Tropika SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1074
8Kuala GrisTempat KerjaKelantanKuala Krai2954
9Jalan Maju Kota BharuTempat KerjaKelantanKota Bharu1533
10Kampung Limau ManisTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok1117
11Industri Batu DuaTempat KerjaNegeri SembilanTampin26118
12Industri Batu TigaTempat KerjaPahangRaub1958
13Jalan Bandar IntanTempat KerjaPerakHilir Perak1845
14Tapak Bina Tanjong PinangTempat KerjaPulau PinangTimur Laut85136
15Industri Jalan Kampung JawaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan22316
16Sawit GelasahTempat KerjaSarawakSubis2793
17Industri Dua Jalan Empat Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat6395
18Tapak Bina Putra PerdanaTempat KerjaSelangorSepang49115
19Industri Meranti PerdanaTempat KerjaSelangorSepang47230
20Industri Jalan SegentingTempat KerjaSelangorKuala Langat2031
21Kampung Mentera BangguKomunitiKelantanKota Bharu1124
22Kampung Machang Gocoh HilirKomunitiKelantanPasir Mas812
23Kampung Limau Purut HilirKomunitiKelantanPasir Mas dan Tanah Merah77
24Batu Gajah MerlimauKomunitiMelakaJasin3140
25Kampung PianKomunitiPahangTemerloh2442
26Kampung Changkat BelulangKomunitiPerakKampar1037
27Nanga TapihKomunitiSarawakBetong76101
28Kampung PanggilKomunitiSarawakSri Aman69222
29Jalan Prima PelangiKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurKepong dan Lembah Pantai1629
30Lorong Impian EnamKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangSeberang Perai Tengah1254
31Batu 30Kumpulan Berisiko TinggiPerakKuala Kangsar2450
32Jalan Padi SatuKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru2083
33Jalan MasuriPendidikan TinggiSarawakSibu2436
34Kampung Banggol Pak AwangKeagamaanKelantanMachang1320

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 2 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.20
 PERLIS1.15
JOHOR1.09
TERENGGANU1.07
SABAH1.06
PULAU PINANG1.05
KEDAH1.03
KELANTAN1.03
PERAK1.01
PAHANG1.00
WP PUTRAJAYA 0.95
SELANGOR0.90
MELAKA0.88
WP KUALA LUMPUR0.81
NEGERI SEMBILAN0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.97