Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 21,582 kes (1,550,254 kes kumulatif, 85.0%);
  • Kes baharu : 19,057 kes (1,824,439 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (4 warganegara; 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,047 kes [16,784 warganegara (88.1%);  2,263 bukan warganegara (11.9%)];
  • Kes aktif : 256,302 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,369 kes (978 kes COVID-19; 391 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 764 kes (460 kes COVID-19; 304 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 362 kes [17,883 kes kumulatif, 0.98%; 304 warganegara, 58 bukan warganegara; 104 kes BID (69 warganegara; 35 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,854 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,399 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,455 kluster.

Daripada 19,057 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 405 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,652 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 8,544 kes (44.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,393 kes (23.1 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua, manakala 6,120 kes (32.1 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.  

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,057 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,7751711,91271,685
SARAWAK2,7231571,474-1,092
SABAH2,2791641,2371877
JOHOR2,0771961,1851695
PULAU PINANG1,558128476-954
PERAK1,450178562-710
KELANTAN1,43474992-368
KEDAH1,3297885-437
WP KUALA LUMPUR71143231383
TERENGGANU60579415-111
PAHANG41039303-68
MELAKA33860158-120
NEGERI SEMBILAN24221131-90
 PERLIS992427-48
WP PUTRAJAYA18-11-7
WP LABUAN9-9--
JUMLAH KESELURUHAN19,0571,30210,100107,645

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Kampung Taib 2Tempat KerjaSelangorHulu Selangor1755
2Tapak Bina Baiduri JayaTempat KerjaSelangorHulu Langat72106
3Industri Jalan Tiga Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat2735
4Industri Riang 21Tempat KerjaJohorJohor Bahru2988
5Jalan SekakapTempat KerjaJohorMersing39144
6Jalan Baling PengkalanTempat KerjaPerakHulu Perak1231
7Sri BandingTempat KerjaPerakHulu Perak84174
8Jalan Jinjang 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1571
9Industri Palong 17Tempat KerjaNegeri SembilanJempol26148
10Industri Gebeng 1/11Tempat KerjaPahang dan TerengganuKuantan dan Kemaman27355
11Jalan Besar Rantau PanjangTempat KerjaKelantanPasir Mas820
12Jalan SemawangTempat KerjaSabahSandakan116376
13Kampung GebengKomunitiKelantanMachang dan Pasir Mas77
14Kampung Rahmat HilirKomunitiKelantanPasir Mas1011
15Kampung Atas TolKomunitiTerengganuKuala Terengganu2162
16Kampung Pasir AkarPendidikan LainTerengganuBesut59105

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 3 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.14
 PERLIS1.13
JOHOR1.11
TERENGGANU1.05
PULAU PINANG1.05
SABAH1.04
KELANTAN1.03
PERAK1.02
KEDAH1.01
PAHANG1.00
WP PUTRAJAYA 0.99
SELANGOR0.88
MELAKA0.88
NEGERI SEMBILAN0.80
WP KUALA LUMPUR0.79
WP LABUAN0
MALAYSIA0.96