Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,902 kes (1,609,930 kes kumulatif, 85.6%);
  • Kes baharu : 18,547 kes (1,880,734 kes kumulatif);
  • Kes import : 18 kes (7 warganegara; 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 18,529 kes [16,264 warganegara (87.8%);  2,265 bukan warganegara (12.2%)];
  • Kes aktif : 252,002 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,318 kes (977 kes COVID-19; 341 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 735 kes (447 kes COVID-19; 288 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 311 kes [18,802 kes kumulatif, 1.0%; 270 warganegara, 41 bukan warganegara; 93 kes BID (68 warganegara; 25 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,960 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 39 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,495 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,465 kluster.

Secara keseluruhannya sehingga 7 September 2021, daripada 1,880,734 kes positif COVID-19;

  • 1,721,274 kes (91.5 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin [1,441,205 kes (76.6 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi dan 280,069 kes (14.9 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tidak lengkap divaksinasi] ; dan
  • Hanya 159,460 kes (8.5 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.
Rajah 1 Status Vaksinasi Kes COVID-19

Daripada 18,547 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 308 kes (1.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 18,239 kes (98.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 2.

Rajah 2 Status Vaksinasi  Kes COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19. Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 3 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 18,547 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK3,2004042,120 –676
SELANGOR2,4072181,1882999
JOHOR2,1742701,163 –741
SABAH2,107361,141 –930
PULAU PINANG1,776194625 –957
KEDAH1,48747871 –569
KELANTAN1,458441,015 –399
PERAK1,197258568 –371
PAHANG7422084064124
TERENGGANU64529492 –124
WP KUALA LUMPUR631112987315
MELAKA448105205 –138
NEGERI SEMBILAN22981133105
WP PUTRAJAYA2219 –3
PERLIS208 –12
WP LABUAN4112
JUMLAH KESELURUHAN18,5471,83310,233186,463

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Sungai SegamatTempat KerjaJohorSegamat115251
2Industri Jalan Johor KluangTempat KerjaJohorKluang dan Batu Pahat49135
3Tapak Bina Tanjung 27Tempat KerjaJohorKulai40128
4Jalan Pandan Batu EnamTempat KerjaJohorJohor Bahru2774
5Industri Jalan PalohTempat KerjaJohorBatu Pahat2549
6Jalan Anggerik KulaiTempat KerjaJohorKulai2599
7Industri Jalan Jorak EstetTempat KerjaJohorBatu Pahat18174
8Dah Tapak Bina GandingTempat KerjaKedahKota Setar1429
9Simpang Tiga Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu917
10Seksyen 27 Jalan Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu915
11Industri Simpang EmpatTempat KerjaMelakaAlor Gajah4164
12Jalan Teluk GadingTempat KerjaPahangRompin1328
13Jalan Pelabuhan EmpatTempat KerjaPerakManjung106221
14Tapak Bina Lintang Hajjah RehmahTempat KerjaPulau PinangTimur Laut92480
15Kebun Baru Kampung JuruTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah49145
16Lorong Perusahaan Baru DuaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah3276
17Lorong Perusahaan Maju EmpatTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah2289
18Industri Jalan Lima Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat69202
19Industri Jalan Karburetor 21Tempat KerjaSelangorKlang2696
20Tapak Bina Jalan SP 1/3Tempat KerjaSelangorKuala Langat2547
21Tapak Bina Jalan MerbukTempat KerjaSelangorKuala Langat1518
22Rimbunan KasehTempat KerjaTerengganuDungun58173
23Tapak Bina Bulatan Pandan 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa1820
24Pinang JawaKomunitiSarawakKuching9192
25BeruruKomunitiSarawakPakan4454
26Bukit BarunKomunitiSarawakTatau5290
27Sungai TangapKomunitiSarawakSubis dan Beluru42103
28Sungai SetulaiKomunitiSarawakSebauh1252
29Kampung Badong DalamKomunitiPahangPekan2982
30Lubuk WongKomunitiPahangTemerloh22284
31Keratong LapanKomunitiPahangRompin2032
32Kampung Dusun KechauKomunitiPahangLipis18271
33Solok DukuKomunitiMelakaAlor Gajah5172
34Kampung Pangkal GerapKomunitiKelantanPasir Mas1111
35Kampung Padang BukitKomunitiKelantanPasir Mas59
36Dah Kampung EnamKomunitiKedahKubang Pasu3380
37Dah TinggiKumpulan Berisiko TinggiKedahKota Setar1215
38Seri Impian KluangInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPMJohorKluang1086
39Pagar Siput 3Pusat TahananJohorKota Tinggi969


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 6 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.19
JOHOR1.10
TERENGGANU1.08
 PERLIS1.08
PULAU PINANG1.05
PERAK1.05
KELANTAN1.02
SABAH1.00
KEDAH0.99
PAHANG0.98
WP PUTRAJAYA 0.96
MELAKA0.89
SELANGOR0.88
WP KUALA LUMPUR0.82
NEGERI SEMBILAN0.79
WP LABUAN0
MALAYSIA0.96