Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 22,701 kes (1,632,631 kes kumulatif, 85.9%);
  • Kes baharu : 19,733 kes (1,900,467 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara; 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,730 kes [17,286 warganegara (87.6%);  2,444 bukan warganegara (12.4%)];
  • Kes aktif : 248,673 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,299 kes (904 kes COVID-19; 395 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 750 kes (430 kes COVID-19; 320 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 361 kes [19,163 kes kumulatif, 1.0%; 301 warganegara, 60 bukan warganegara; 102 kes BID (71 warganegara; 31 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,995 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 35 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,536 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,459 kluster.

Secara keseluruhannya sehingga 8 September 2021, daripada 1,900,467 kes positif COVID-19;

  • 1,734,088 kes (91.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi [1,449,632 kes (76.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi dan 284,456 kes (15.0 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tidak lengkap divaksinasi] ; dan
  • Hanya 166,379 kes (8.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.
Rajah 1 Status Vaksinasi Kes COVID-19

Daripada 19,733 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Rajah 2 Status Vaksinasi  Kes COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19. Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 3 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,733 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK3,1001632,090-847
SELANGOR2,9892021,460-1,327
PULAU PINANG2,474166769-1,539
SABAH2,0671551,083-829
JOHOR1,867302864-701
KEDAH1,564539171593
KELANTAN1,47156973-442
PERAK1,31998495-726
TERENGGANU904193565-146
PAHANG700171443-86
WP KUALA LUMPUR53742472284
MELAKA37576158-141
NEGERI SEMBILAN2565698-102
 PERLIS74-43-31
WP PUTRAJAYA29-12-17
WP LABUAN71--6
JUMLAH KESELURUHAN19,7331,69610,21737,817

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 8 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan NuriTempat KerjaSelangorKuala Langat79122
2Tapak Bina Persiaran ElminaTempat KerjaSelangorPetaling67129
3Industri Dua Jalan Anggerik Mokara 47Tempat KerjaSelangorKlang50167
4Industri Dua Jalan Bandar LamaTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Klang3036
5Tapak Bina Persiaran Laman ViewTempat KerjaSelangorSepang2069
6Tapak Bina Jalan EleganTempat KerjaSelangorSepang1292
7Pasar MatuTempat KerjaSarawakMatu29121
8Tapak Bina Jalan Tasek Mutiara TujuhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan123518
9Tapak Bina Jalan Kubang MenerongTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah81290
10Jalan Mayang Pasir TigaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya dan Timur Laut46468
11Zon Industri Bebas TigaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya21283
12Tapak Bina Jalan Tengku AzizahTempat KerjaJohorJohor Bahru56235
13Industri Jalan Gangsa KulaiTempat KerjaJohorKulai18230
14Industri Jalan Johor Ayer HitamTempat KerjaJohorBatu Pahat15656
15Dah Tapak Bina PataniTempat KerjaKedahKuala Muda54226
16Dah Empat Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda51117
17Industri Persiaran Pengkalan 32Tempat KerjaPerakKinta35120
18Semambu EmpatTempat KerjaPahangKuantan2955
19Ladang Jalan Bahau - RompinTempat KerjaNegeri SembilanJempol75336
20Jalan PBR 12Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah2590
21Jalan Kubang Golok - MerabangKomunitiKelantanBachok2036
22Kampung Gong ManakKomunitiKelantanPasir Puteh1518
23Jalan Kubang KacangKomunitiKelantanKota Bharu1423
24Kampung KedapKomunitiKelantanPasir Mas, Machang, dan Kota Bharu1426
25Kampung Kuala BesarKomunitiKelantanKota Bharu917
26Lorong Pasir LadaKomunitiKelantanKota Bharu915
27Lorong MadrasahKomunitiKelantanPasir Mas913
28Lorong Penggawa YahyaKomunitiKelantanPasir Mas56
29Jalan Sutera Bakar BatuKomunitiJohorJohor Bahru116193
30Sungai Tekam JerantutKomunitiPahangJerantut2782
31LemujanKomunitiSarawakPakan3842
32Jalan Chemor EstateKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta7597
33Kampung Ayer PapanKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta1331
34Jalan SP 5/4Pendidikan LainSelangorKuala Langat17118
35Jalan Scientex 20Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPMJohorKulai1148


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 7 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.18
JOHOR1.09
TERENGGANU1.09
PERAK1.03
PULAU PINANG1.02
KELANTAN1.02
PAHANG1.01
 PERLIS1.01
KEDAH0.98
SABAH0.97
WP PUTRAJAYA 0.95
MELAKA0.92
SELANGOR0.88
WP KUALA LUMPUR0.81
NEGERI SEMBILAN0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.95